JAD Travel & Tours Ustaz ZulkifliPegawai Pemasaran JAD

Khusus untuk suami isteri yang sama-sama dapat tawaran haji 2027

Dah bertahun susah senang bersama. Sekarang, dapat pula menunaikan haji bersama.

Satu lagi perjalanan yang cukup bermakna untuk dilalui dengan orang yang paling memahami kita.

Memori Haji Kita

Pasangan jemaah JAD tersenyum bersama, musim haji 1447H
Pasangan jemaah JAD, musim haji 1447HJemaah JAD · 1447H
Dengan pasangan sendiri

Banyak benda tak perlu cakap pun. Masing-masing dah faham.

Daripada urusan barang, cara tidur, sampailah kebiasaan masing-masing. Dengkur pun dah biasa.

Nak berehat pun boleh jadi diri sendiri. Tak perlu segan, tak perlu terlalu jaga tingkah laku.

Tapi bila berkongsi bilik dengan orang lain, lainlah ceritanya.

Tentang bilik

Bila pilih pakej haji pasangan, ada satu tempat yang jangan terlepas pandang.

Aziziyah.

Kawasan hotel antara Masjidil Haram dan Mina. Di sinilah jemaah tinggal pada hari-hari haji, musim lepas dari 1 hingga 15 Zulhijah. Di Makkah dan Madinah, banyak pakej sediakan bilik berdua. Tapi di Aziziyah, bergantung pakej, suami dan isteri mungkin tidur bilik asing. Masing-masing berkongsi bilik dengan jemaah lain, ikut jantina.

Susunan lazim

  • Makkahberdua
  • Aziziyahbilik asing
  • Madinahberdua
Papan nama Hotel Nusk Al-Masarah dan banner JAD "Memori Haji Kita 1447H", jemaah JAD melambai pada waktu malam
Hotel JAD di Aziziyah: Nousk Al-Masarah, Jalan Sidqi

Di Makkah berdua. Di Aziziyah berdua. Di Madinah pun berdua.

Bersama JADAziziyah berdua: pilihan tambahan

  • MakkahAl Safwah Tower 1
  • AziziyahNousk Al-Masarah
  • MadinahMaden Taiba
  • ±60 mhotel ke Masjidil Haram
  • 3 tempatsebilik: Madinah, Makkah, Aziziyah
  • ±150 mhotel Madinah ke Masjid Nabawi

Jadi sekarang, tinggal pilih pengalaman yang paling sesuai untuk tuan puan berdua.

Super · Pilihan 2

Untuk bilik berdua di tiga tempat, mula dengan Pilihan 2.

Pakej Super kini guna hotel yang sama dengan Elite: Al Safwah Tower 1, lebih kurang 60 meter ke Masjidil Haram, dengan wang saku 1,000 riyal Saudi seorang. Penerbangan sewa khas kumpulan awal, tarikh ikut jadual TH. Pilihan 2 beri tuan puan bilik berdua di hotel Makkah, Aziziyah dan Madinah. Di khemah Arafah dan Mina pula, susunannya ikut aturan khemah yang kami terangkan di bawah.

Pilihan 2 · Privasi Pasangan

  • Bilik berdua di Makkah, Aziziyah dan Madinah
  • Kursus haji 1 hari
  • Kelengkapan Set Eco: 21 jenis barang (suami), 22 jenis (isteri)
  • Wang saku 1,000 riyal Saudi seorang di Makkah
SeorangRM80,900
PasanganRM161,800

Bilik berdua di Aziziyah RM8,000 seorang, dah termasuk dalam harga di atas.

Termasuk RM23,398 seorang dari akaun Tabung Haji (TH), tertakluk TH.

Tak kisah bilik asing di Aziziyah? Pilihan 1, RM72,900 seorang →

Tengok keempat-empat pilihan sekali gus ↓

Pilih dari awal. Bila nama dah masuk eHajj (sistem Arab Saudi untuk visa, hotel dan khemah), bilik tak boleh tukar lagi.

Arafah dan Mina

Pilihan bilik berdua dah nampak. Tapi di Arafah dan Mina, tempat berehat pun penting juga, kan?

Tandas senang ke tak, tidur di mana, solat dan dengar kuliah di mana. Itulah yang PMN Type A+ (Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf) susun untuk jemaah JAD di Masya'ir, iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Jemaah JAD keluar berdoa di beranda khemah PMN Arafah yang terletak di atas bukit, menjelang Maghrib

Arafah · PMN Type A+

Tempat wukuf, dihias dan disusun untuk jemaah JAD

  • Ruang tidur lebih kurang 20 orang sebilik, lelaki dan wanita diasingkan
  • Ruang solat, majlis ilmu dan khutbah Arafah, berasingan daripada ruang tidur
  • Tandas khas kawasan khemah JAD: dikongsi sesama jemaah khemah, tak berkongsi dengan khemah lain
  • Bufet khas JAD: kambing golek, jus, air mineral, snek, buah dan ais krim
Deretan sofa katil berbantal dalam khemah PMN JAD di Arafah, musim 1447HKoridor khemah PMN JAD di Arafah dengan bilik bersekat, musim 1447HKambing golek dan dua dulang nasi di meja bufet khemah PMN JAD, Arafah, musim 1446H

Susunan khemah Arafah ni dah disahkan JAD untuk musim 2027, tertakluk arahan Kementerian Haji Arab Saudi dan TH. Foto dari musim 1446H dan 1447H; kambing golek di bufet khemah PMN, musim 1446H. Gambar luar khemah: jemaah keluar berdoa menjelang Maghrib.

Ruang dalam khemah PMN JAD di Mina, jemaah berehat atas sofa-katil merah, musim 1444H

Mina · PMN Type A+

Lebih kecil, dekat tempat melontar

  • Khemah ni pun dihias dan disusun JAD
  • Ruang tidur lelaki dan wanita diasingkan
  • Bufet khas JAD: snek, jus, ais krim dan makanan ringan
  • Lebih kurang 200 meter ke Kompleks Jamrah
Jemaah JAD duduk santai atas sofa-katil merah dalam khemah PMN Mina sambil dengar perkongsian, musim 1444HPintu gerbang maktab 112 khemah PMN di Mina pada waktu malam, jemaah lalu di hadapan, musim 1444H

Tandas di Mina pula tandas maktab, iaitu tandas kawasan khemah yang dikongsi. Foto dari musim 1444H.

Jemaah JAD berdoa menghadap Kaabah di dataran tawaf

Malam 10 Zulhijah

Tawaf haji (tawaf ifadah) ialah rukun haji selepas Arafah. Tanpa PMN, jemaah turun bermalam di Muzdalifah dan tawaf haji pada 16 Zulhijah. Dengan PMN:

Awal pagi 10 Zulhijah, tawaf dan saie haji dah selesai. Lega rasanya, kan?

  1. ArafahLepas Isyak, lebih kurang pukul 10 malam, naik kenderaan khas kumpulan sendiri
  2. MuzdalifahBas masuk bila dah tiba waktu mabit (bermalam), dan lalu sahaja tanpa berhenti
  3. Masjidil HaramTawaf dan saie haji, awal pagi 10 Zulhijah
  4. AziziyahBalik ke hotel. Kalau ambil bilik berdua, rehat sebilik.

Ini susunan musim lepas. Masa sebenar ikut keadaan jalan dan kumpulan, jadi kami tak boleh janji jam yang tepat.

Hari melontar (hari Tasyrik, 11–13 Zulhijah)

  1. Khemah PMN Minamabit
  2. Kompleks Jamrahmelontar
  3. Hotel JAD, Jalan Sidqijalan kaki lebih kurang 15 minit dari Jamrah

Dari Jamrah ke hotel, laluannya untuk pejalan kaki sahaja, tiada bas. Selepas menyempurnakan mabit dan melontar, jemaah boleh kekal di khemah PMN Mina atau balik berehat di hotel, ikut susunan mutawwif (pembimbing jemaah).

Bilik berdua + PMN

Kalau nak bilik berdua dan pengalaman PMN sekali, ini Pilihan 4.

Pilihan 4 · Pengalaman Lengkap Pasangan

  • Bilik berdua di 3 tempat
  • PMN Type A+: khemah Arafah & Mina, kenderaan khas, tawaf haji awal
  • Kursus haji 1 hari
  • Set Eco 21/22 jenis dan wang saku 1,000 riyal Saudi seorang
SeorangRM90,900
PasanganRM181,800

Beza harga Pilihan 2 dan Pilihan 4: RM10,000 seorang (RM20,000 pasangan). Beza tu ialah PMN Type A+. Kursus haji 1 hari, Set Eco 21/22 jenis dan wang saku 1,000 riyal Saudi sama dalam semua pilihan.

Pilihan 4 sesuai kalau…

  • Bilik berdua di Makkah, Aziziyah dan Madinah memang keutamaan tuan puan
  • Tuan puan juga hargai kemudahan PMN tadi: khemah JAD di Arafah dan Mina, kenderaan kumpulan sendiri, dan tawaf haji awal pagi 10 Zulhijah
Nak PMN, tapi tak kisah bilik asing di Aziziyah? Pilihan 3, RM82,900 seorang ↓ Nak tengok perjalanan PMN penuh, hentian demi hentian? ↓
Semua pilihan

Keempat-empat pilihan, satu tempat. Tekan dan banding sendiri.

Tekan satu pilihan, atau hidupkan dua tambahan: Aziziyah berdua dan PMN. Harga seorang dan pasangan ikut berubah, jadual bayaran di bawah pun sama.

Super Available · kini di hotel Al Safwah Tower 1, ±60 m ke Masjidil Haram, dengan wang saku 1,000 riyal Saudi.
MyJAD Elite Sold out · nak hotel yang sama, pilih Super di sini.

Asas, berdua di Makkah & Madinah RM72,900Aziziyah berdua +RM8,000PMN +RM10,000

Super · bilik berduaAvailable★★★★★

Al Safwah Tower 1

±60 m ke Masjidil Haram ±40 hariMakan 3 kali

Harga seorang

Bilik berdua Makkah & Madinah · asas pakej Super RM72,900
Jumlah seorang80,900
RM161,800
pasangan
Wang saku 1,000 riyal Saudi seorang, kursus haji 1 hari dan Set Eco 21/22 jenis, dalam semua pilihan.

Perjalanan berdua, hentian demi hentian

Tekan setiap tempat, tengok tuan/puan sebilik atau tak.

Lihat jadual banding penuh, 4 pilihan
Perbandingan komponen dan harga empat pilihan
PerkaraP1P2P3P4
Makkah & Madinah2 orang2 orang2 orang2 orang
Aziziyah4–5 orang2 orang4–5 orang2 orang
PMN Type A+––✓✓
Kenderaan khas (PMN)––✓✓
Tawaf & saie awal (PMN)––✓✓
Kursus Perdana1 hari · semua pilihan
KelengkapanSet Eco 21/22 jenis · semua pilihan
Wang saku Makkah1,000 riyal Saudi seorang · semua pilihan
SeorangRM72,900RM80,900RM82,900RM90,900
PasanganRM145,800RM161,800RM165,800RM181,800

Jadual terpotong? Leret ke kiri.

Tanpa PMN pun, pengangkutan asas dan tawaf haji tetap ada. Tawaf haji di sini maksudnya tawaf ifadah, rukun haji yang dibuat selepas Arafah.

Kelengkapan dan kursus

Kurang pening bab packing. Semua pilihan: 21 jenis untuk suami, 22 untuk isteri.

Sebelum beli barang, semak dulu apa yang dah disediakan. Senang nak tahu apa lagi yang perlu dibeli sendiri.

Koleksi kelengkapan haji JAD 1448H: bagasi, backpack, beg, bantal leher, botol, topi dan visor
Koleksi kelengkapan JAD 1448H. Barang Set Eco pakej Super ada dalam senarai di bawah.

21 jenis Set Eco, sama untuk keempat-empat pilihan

EcoSet Eco, semua pilihan

  • Bagasi 28 inci
  • Backpack
  • Trolley backpack
  • Sling bag
  • Beg kasut
  • Bantal leher
  • Botol semburan wuduk
  • Uncang batu
  • Tag beg
  • Tag bagasi
  • Buku panduan
  • Sejadah mini
  • Sejadah
  • Payung
  • Tumbler
  • Smartwatch
  • Kerusi lipat
  • Ihram (2 set)
  • Kurta (2 pasang)
  • Baju polo
  • Topi
  • Blouse JAD
  • Jubah
  • Telekung
  • Tudung (2 pasang)
  • Topi
Set merchandise JAD Travel: bagasi, beg, payung dan pakaian.
Kursus haji

Kursus haji 1 hari, untuk semua pilihan pakej Super.

Tarikh dan tempat kursus 1448H akan dimaklumkan kemudian. Kursus Asas Haji anjuran TH pun sangat digalakkan.

Apa lagi yang termasuk, semua pilihan
  • Pakej lebih kurang 40 hari, flight sewa khas kumpulan awal, tertakluk TH.
  • Kereta api laju Haramain (HHR) sehala, kelas ekonomi.
  • Makan 3 kali sehari (fullboard).
  • Wang saku 1,000 riyal Saudi seorang di Makkah.
  • Seorang mutawwif dan seorang petugas JAD untuk setiap bas (maksimum 50 jemaah).
PMN Type A+ · Pilihan 3 & 4

Khemah Mina ±200 m ke tempat melontar. Ini PMN Type A+, dari Arafah sampai Mina.

PMN (Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf): perjalanan jemaah JAD musim lepas, 1448H tertakluk TH. Tekan setiap hentian.

  1. Siang 8 Zulhijah1. Aziziyah → Arafah

    Kenderaan khas terus dari Aziziyah ke Arafah, tak tunggu bas muassasah (pengangkutan pihak Saudi, giliran diselia TH). Malam 9 Zulhijah, tidur di khemah PMN menanti wukuf (berhenti di Arafah untuk berdoa).

    Bas JAD bernombor 112 tiba di kem Arafah
    Bas JAD tiba di Arafah, musim haji 1444H
  2. 9 Zulhijah2. Wukuf di Arafah

    Wukuf, rukun haji paling besar, dalam khemah PMN: sofa bed, partition, ruang solat, bufet dan tandas khas khemah. Ibadah bersama kumpulan sendiri.

    Jemaah JAD berihram berdoa di luar khemah, berteduh di bawah payung hijau JAD
    Berdoa di luar khemah di Arafah, musim haji 1447H
  3. Malam 10 Zulhijah · sekitar 10 malam3. Bertolak dari Arafah

    Lepas Isyak, kenderaan khas bergerak ikut susunan kumpulan. Ini pengalaman musim lepas; kadang jalan sesak.

    Matahari terbenam di sebalik bukit Arafah, siluet jemaah di depan, musim 1447H
    Matahari terbenam di Arafah, musim haji 1447H
  4. Selepas separuh malam4. Muzdalifah, dalam bas

    Bas masuk Muzdalifah bila dah masuk waktu mabit, dan lalu sahaja tanpa berhenti; jemaah kekal dalam bas. Berada di Muzdalifah walau seketika selepas masuk waktunya, termasuk lalu dalam bas, sudah dikira mabit (bermalam).

    Mutawwif JAD memberi taklimat kepada jemaah di dalam bas, musim 1447H
    Mutawwif (pembimbing jemaah) JAD beri taklimat dalam bas, musim haji 1447H
  5. Awal pagi 10 Zulhijah5. Masjidil Haram: tawaf & saie haji

    Terus ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie haji (ulang-alik Safa–Marwah); waktunya dah masuk lepas tengah malam. Dijangka siap sekitar Subuh. Musim lepas, tak seramai 13–15 Zulhijah.

    Jemaah JAD berkopiah putih berdoa menghadap Kaabah di dataran tawaf
    Berdoa di hadapan Kaabah
  6. Selepas tawaf6. Bergunting: tahallul awal

    Lepas bergunting, tuan/puan tahallul awal: 10 daripada 13 larangan ihram terlepas. Yang tinggal: nikah, dan hubungan suami isteri serta mukadimahnya. Melontar dan mabit di Mina masih perlu dibuat.

  7. Siang 10 Zulhijah7. Rehat di hotel Aziziyah

    Balik ke hotel Aziziyah dan rehat sampai bergerak semula waktu malam. Dengan Pilihan 4, tuan dan puan rehat sebilik.

    Lobi hotel JAD di Aziziyah: sofa, skrin dan sepanduk Selamat Datang Dhuyuf ar-Rahman
    Lobi hotel Aziziyah, tempat jemaah JAD berehat, musim haji 1446H
  8. Malam 11 Zulhijah8. Jamrah Aqabah & mabit Mina

    Lepas makan malam, ke Mina melontar Jamrah Aqabah; siap, tahallul kedua dan semua larangan ihram terlepas. Kemudian mabit di khemah PMN Mina, lebih kurang 200 meter ke Kompleks Jamrah. Rehat di hotel tak ganti mabit Mina.

    Jemaah JAD di dalam Kompleks Jamrah bersedia melontar, musim 1444H
    Bersedia melontar dalam Kompleks Jamrah, musim haji 1444H
    Mutawwif JAD memberi kuliah kepada jemaah di dalam khemah PMN Mina, musim 1444H
    Kuliah mutawwif dalam khemah PMN Mina, musim haji 1444H
  9. 11 hingga 13 Zulhijah9. Hari Tasyrik & nafar

    Melontar tiga jamrah dari khemah PMN. Lepas tu nafar (keluar dari Mina): awal pada 12 Zulhijah bila cukup syarat, atau thani pada 13 Zulhijah; mutawwif uruskan. Musim lepas, pindah ke hotel Makkah pada 15 Zulhijah.

    Rombongan jemaah JAD mengikut bendera menuju Kompleks Jamrah
    Ikut bendera petugas ke Kompleks Jamrah, musim haji 1446H
Peta Arafah, Muzdalifah, Mina dan kedudukan khemah PMN
Peta satelit kedudukan Arafah, Muzdalifah dan Mina
Kedudukan Arafah, Muzdalifah dan Mina, musim haji 1447H
Peta satelit lokasi khemah PMN berhampiran Kompleks Jamrah dan khemah Muaisim
Khemah PMN Mina dekat Kompleks Jamrah, dan khemah biasa di Muaisim (kawasan khemah Maktab Asia Tenggara, pihak yang uruskan jemaah dari Asia Tenggara), musim haji 1447H

Leret ke kiri untuk lihat rajah ringkas penuh →

Rajah ringkas Mina: hotel Aziziyah di luar Mina, had Mina selepas Jamrah 'Aqabah, kawasan mabit arah Jamrah Wusta, khemah PMN dan khemah Muaisim Hotel Aziziyah di luar Mina, lebih kurang 500 meter ke Kompleks Jamrah. Jamrah 'Aqabah (Jamrah Kubra) ialah jamrah paling hampir dengan Makkah; menurut pendapat muktamad mazhab Syafi'i, jamrah itu sendiri tidak termasuk Mina. Had Mina bermula selepas Jamrah 'Aqabah, ke arah Jamrah Wusta dan Jamrah Sughra. Jemaah dari Aziziyah berjalan masuk ke Mina untuk bermabit lebih separuh malam, kemudian berehat di hotel. Khemah PMN Maktab 112 (musim 1447H) lebih kurang 200 meter ke Jamrah. Khemah biasa Muaisim (Maktab Asia Tenggara) lebih kurang 3.5 kilometer; di kawasan itu ada Maktab 82, maktab Muassasah (musim 1447H). Bukan ikut skala. LUAR MINAAziziyah MINA Had Mina: selepasJamrah 'Aqabah (Kubra) Kompleks Jamrah 'AqabahWustaSughra Kawasan mabitarah Jamrah Wusta,lebih separuh malam Hotel Aziziyahrehat, bukan mabit ±500 m keKompleks Jamrahbalik rehat di hotel Khemah PMNMaktab 112 (1447H) ±200 m ke Jamrah ±3.5 km Khemah Muaisimada Maktab 82:Muassasah (1447H) arah Muzdalifah Bukan ikut skala

Hotel Aziziyah di luar Mina, ±500 m ke Kompleks Jamrah. Khemah PMN ±200 m, khemah biasa Muaisim (Maktab Asia Tenggara) ±3.5 km.

Macam mana rupa khemah Arafah PMN? Ini dari dalam.

Ini khemah Arafah. Partition cuma sekat ruang, bukan bilik berdua. Tandasnya khas untuk khemah, tapi dikongsi.

Deretan sofa katil berbantal dalam khemah PMN JAD di Arafah, musim 1447H
Sofa bed berbantal di Arafah, musim haji 1447H
Koridor khemah PMN JAD di Arafah dengan bilik bersekat, musim 1447H
Koridor bilik bersekat di Arafah, musim haji 1447H
Sudut bufet makanan dalam khemah PMN JAD di Arafah
Bufet dalam khemah di Arafah, musim haji 1446H
Jemaah berihram wukuf dalam khemah PMN JAD di Arafah
Wukuf dalam khemah di Arafah, musim haji 1446H

PMN · Pilihan 3 & 4Tanpa PMN · Pilihan 1 & 2

  • KenderaanKhas, kumpulan sendiriBas muassasah ikut giliran
  • MuzdalifahDalam bas, seketika selepas separuh malamTurun dan bermabit
  • Tawaf & saie hajiAwal pagi 10 Zulhijah16 Zulhijah
  • Khemah Mina±200 m ke JamrahMuaisim, ±3.5 km; malam 11–13 bermabit dalam kawasan Mina
Aliran penuh tanpa PMN (Pilihan 1 & 2), musim lepas
  1. 8–9 Zulhijah · Arafah. Wukuf dalam khemah di Arafah. Naik bas muassasah ikut giliran, diselia TH.
  2. Malam 10 Zulhijah · Muzdalifah. Turun dari bas dan bermabit di Muzdalifah.
  3. Pagi 10 Zulhijah · Mina. Bas turunkan jemaah di kawasan Muaisim. Dari situ jalan kaki lebih kurang 3.5 kilometer ke Kompleks Jamrah untuk melontar Jamrah Aqabah.
  4. Siang 10 Zulhijah · Hotel Aziziyah. Balik ke hotel, bercukur atau bergunting, dan tahallul awal. Rehat sampai Maghrib dan Isyak.
  5. Malam 11, 12 dan 13 Zulhijah · Mina. Setiap malam, lepas makan malam, jemaah dibawa bermabit dalam kawasan Mina, contohnya sekitar Kompleks Jamrah, Masjid Khaif atau tepi jalan. Tak perlu ke khemah Muaisim. Malam 13 Zulhijah untuk yang ambil nafar thani.
  6. 11 hingga 13 Zulhijah · Mina. Melontar tiga jamrah setiap hari dan bermabit di Mina setiap malam. Kemudian pilih nafar awal (12 Zulhijah) atau nafar thani (13 Zulhijah).
  7. 15 Zulhijah. Check-out hotel Aziziyah, check-in hotel Makkah.
  8. 16 Zulhijah · Masjidil Haram. Tawaf haji dan saie haji. Lepas ni tahallul thani (kedua).
Penginapan

Tiga hotel, dekat dengan yang penting. Makkah ±60 m, Madinah ±150 m ke masjid.

Hotel sama untuk semua pilihan. Beza cuma bilik di Aziziyah. Makan 3 kali sehari sepanjang pakej, lebih kurang 40 hari ikut jadual penerbangan TH.

Jemaah JAD tersenyum masuk hotel Maden di Madinah, disambut dengan bunga, musim 1447HMadinah
★★★★Maden Taiba atau setaraf
±150 m ke Masjid Nabawi

● Bilik berdua, semua pilihan

Pemandangan kota Makkah dengan menara jam di sebelah Masjidil HaramMakkah
★★★★★Al Safwah Tower 1 atau setaraf · wang saku 1,000 riyal Saudi seorang di Makkah

Sebahagian bilik menghadap Kaabah, tapi bukan semua. Dewan makan dan surau pula menghadap Masjidil Haram.

±60 m ke Masjidil Haram

● Bilik berdua, semua pilihan

Papan nama Hotel Nusk Al-Masarah dan banner JAD "Memori Haji Kita 1447H", jemaah JAD melambai pada waktu malamAziziyah
★★★Nousk Al-Masarah atau setaraf · dipilih sebab lokasinya, sama untuk semua pakej JAD

Di Jalan Sidqi. JAD pegang 9 tingkat di bangunan ni. Ada surau luas, dapur JAD (masakan Melayu dan Arab) dan pejabat operasi untuk jemaah bertanya.

±500 m ke Kompleks Jamrah

● Pilihan 2 & 4 berdua · Pilihan 1 & 3 berempat atau berlima ikut jantina

Leret untuk hotel seterusnya →

"Atau setaraf" maksudnya hotel lain yang sama bintang dan jaraknya. Pertukaran macam ni jarang berlaku.

Peta satelit laluan dari hotel JAD di Aziziyah ke Kompleks Jamrah, lebih kurang 500 meter
Jalan kaki dari hotel Aziziyah ke Kompleks Jamrah, lebih kurang 500 m · musim haji 1447H

Berapa malam di setiap tempat? Ini contoh kumpulan awal musim lepas.

Contoh musim 1447H, kumpulan awal: lebih kurang 46 hari. Pakej 1448H lebih kurang 40 hari; tarikh dan bilangan malam sebenar ikut jadual penerbangan TH. Flight pertama TH pada 8 April 2027.

Berapa lama di setiap tempat, dan dari Aziziyah ke Masjidil Haram naik apa

Musim lepas, jemaah JAD masuk Aziziyah pada 1 Zulhijah dan tinggal di situ hingga 15 Zulhijah. Antara 1 dan 4 Zulhijah, JAD bawa jemaah ke Masjidil Haram dengan bas JAD, sekurang-kurangnya sekali. Nak pergi lebih kerap, boleh pergi sendiri sampai 4 Zulhijah.

Musim lepas, kumpulan awal ke Madinah dulu, kemudian Makkah, lepas tu Aziziyah. Kumpulan lewat pula masuk Makkah dulu, dan ke Madinah selepas haji. Tarikh setiap jemaah ada dalam jadual penerbangan TH, yang keluar kemudian.

Suasana musim lepas

Ini wajah-wajah jemaah JAD musim lepas. Insya-Allah, lepas ni giliran tuan puan berdua pula.

Pasangan jemaah JAD tersenyum memegang jambangan ros semasa tiba di Madinah
Disambut dengan ros di Madinah · 1447H
Rombongan jemaah JAD berjalan di bawah payung gergasi Masjid Nabawi
Bersama ke Masjid Nabawi · 1446H
Dua jemaah berihram tersenyum mengangkat ibu jari sambil memegang pinggan buah di khemah PMN Arafah
Buah-buahan di khemah PMN Arafah · 1447H
Kumpulan jemaah JAD bergambar di dataran dekat Masjidil Haram, burung merpati berterbangan
Di dataran Masjidil Haram · 1447H
Tiga jemaah JAD membuat isyarat hati dengan tangan, ceria tiba di hotel Madinah
Ceria sampai di hotel Madinah · 1447H
Jemaah berihram duduk sebaris tersenyum mengangkat ibu jari dalam khemah PMN Arafah
Menanti wukuf di khemah PMN Arafah · 1447H
Kumpulan besar jemaah JAD bergambar di depan Masjid Quba bersama banner JAD
Ziarah Masjid Quba, Madinah · 1447H
Jemaah wanita JAD tersenyum memegang jambangan ros semasa disambut di hotel Madinah
Disambut di hotel Madinah · 1447H

Leret untuk gambar seterusnya →

Kata jemaah JAD

Dah pergi dengan JAD. Dengar kata mereka sendiri.

4.8★★★★★181 ulasan Google
Pasangan jemaah JAD bergambar di hadapan Kaabah

"Semua Mutawif dan petugas sangat cemerlang dalam usaha membantu kesempurnaan manasik haji kami."

Dr Sofiah · jemaah haji JAD, ulasan Google

"Syukur Alhamdulillah dipertemukan dgn JAD Travels … untuk ibadah haji kami suami isteri."

NShaela A. · jemaah haji, bersama suami
Jemaah JAD bergambar beramai-ramai di lapangan terbang sebelum berangkat

"Terima kasih JAD Travel telah merealisasikan impian saya dan suami bagi mengerjakan Haji 1446H/2025."

Zuraidah T. · jemaah haji 1446H, bersama suami
Pasangan jemaah berihram di hadapan latar JAD

"Banyak dipermudahkan urusan semasa menunaikan haji di bawah pengurusan JAD Travel."

Is J. · jemaah haji JAD, ulasan Google

"Perkongsian Haji 2026 bersama JAD Travel & Tours Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya dan suami …"

Noridah M. · jemaah haji 1447H, bersama suami
Pasangan jemaah JAD berihram, selfie di tangga pesawat sebelum berangkat

"Dari awal sehinggalah selamat pulang ke tanah air, semua terjaga rapi."

Akma A. · jemaah haji JAD, ulasan Google
Tuan Haji Farih dan Puan Hajah Akma bercerita tentang kemuncak di Arafah, khemah yang selesa dan kelas pengisian JAD.
Ustaz Zulkifli Ahmad, mutawwif dan pegawai pemasaran JAD

Assalamualaikum. Saya Zulkifli Ahmad.

Mutawwif (pembimbing jemaah) dan pegawai pemasaran JAD. Mesej tuan/puan, saya sendiri atau Puan Azimah yang jawab.

  • 5 musim haji, 2022–2026
  • Bawa rombongan umrah sejak 2012

Musim 1448H insya-Allah saya bertugas lagi. Kumpulan bas, ibu pejabat JAD yang tentukan. Kenali saya →

Mutawwif JAD memberi taklimat kepada jemaah di dalam bas, musim 1447H

Satu kumpulan. Pasukan yang sama. Dari awal sampai akhir.

  • 1 + 1seorang mutawwif dan seorang petugas setiap bas, satu bas maksimum 50 jemaah
  • 2pembimbing wanita untuk keseluruhan jemaah JAD; Ustazah Hajah Norasidah (mutawwifah) ikut ke Tanah Suci

MutawwifTempat tanya hukum dan amalan: apa perlu buat, betul ke tak yang kita buat. Juga bawa kursus, majlis ilmu dan ziarah ikut jadual.

PetugasTempat mengadu bila demam atau ada urusan klinik, barang hilang, atau bilik ada masalah. Kebajikan harian pun petugas yang jaga.

Bayaran

Dah jumpa pilihan yang berkenan? Jom tengok jumlah dan cara bayar.

Mula dengan harga penuh dulu. Lepas tolak bahagian akaun Tabung Haji (TH), barulah nampak berapa yang dibayar kepada JAD.

Contoh: Pilihan 2 · jadual bayaran

Harga penuh
RM161,800
Bahagian akaun TH
RM46,796
Jumlah kepada JAD
RM115,004
Baki selepas deposit
RM113,004
  1. Bayaran Haji PJH PJH ialah syarikat haji berlesen TH, iaitu JAD. Didebit dari akaun TH, tertakluk TH
    RM46,796
  2. Deposit JAD RM1,000 seorang, selepas lulus pemeriksaan kesihatan
    RM2,000
  3. Ansuran 1 Dua minggu selepas deposit
    RM56,502
  4. Bayaran akhir Paling lewat 1 Disember 2026Sama dengan ansuran 1.
    RM56,502

JumlahRM161,800Kursus haji 1 hari, Set Eco dan wang saku 1,000 riyal Saudi disertakan, tiada caj berasingan.

  • Tidak termasuk: belanja peribadi, dam (bayaran sembelihan) dan kos di luar pakej.
  • Lepas setuju pakej JAD, tak boleh tukar ke syarikat haji lain musim ini. Kalau batal juga, ada denda (lihat bawah).
  • Gagal pemeriksaan kesihatan? Tak boleh jawab tawaran TH, dan JAD tak minta apa-apa bayaran.
  • Batal lepas bayar? Denda 5%, 20% atau 40% daripada bahagian JAD, ikut bila batal. Butiran dalam Soalan lazim ↓
Jadual penuh: seorang dan pasangan
Peringkat dan bilaSeorangPasangan
Bayaran Haji PJH Didebit terus dari akaun TH, bukan dibayar kepada JAD. Pastikan cukup sebelum jawab tawaran.RM23,398RM46,796
Deposit JAD Lepas lulus pemeriksaan kesihatan dan jawab tawaran TH. Ini sebahagian harga, bukan caj tambahan.RM1,000RM2,000
Ansuran 1 2 minggu selepas deposit. Separuh daripada baki, upgrade dah termasuk.RM33,251RM66,502
Bayaran akhir Selewat-lewatnya 1 Disember 2026. Separuh lagi, sama dengan ansuran 1.RM33,251RM66,502
Jumlah (termasuk Bayaran Haji TH)RM90,900RM181,800
Cara kira, termasuk Pilihan 1, 2 dan 3.

RM90,900 tolak RM23,398 dari TH, jadi RM67,502 tunai kepada JAD. Mula dengan deposit RM1,000 seorang. Baki RM66,502 dibahagi dua sama rata, upgrade Aziziyah dan PMN dah termasuk: ansuran 1 RM33,251, bayaran akhir RM33,251. Pilihan lain pun dikira cara yang sama. Setiap bayaran seorang: Pilihan 1 RM24,251 · Pilihan 2 RM28,251 · Pilihan 3 RM29,251.

Semua bayaran dibuat atas nama JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd sahaja.

Langkah seterusnya

Dari mesej pertama sampai deposit. Kami bimbing satu-satu.

  1. Hantar mesej WhatsApp Ke 016-666 9200, terus dari butang hijau.
  2. Kami semak kelayakan Surat tawaran 1448H suami dan isteri.
  3. Sebut harga bertulis Pakej, bilik, jumlah dan jadual bayaran.
  4. Daftar dan deposit Lepas langkah TH selesai. Susunan bilik dikunci bila nama masuk eHajj.
7 langkah TH sebelum deposit JAD
  1. Suami dan isteri terima surat tawaran TH.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan di klinik dalam senarai TH.
  3. Lulus pemeriksaan. Kalau tak lulus, tak boleh jawab tawaran TH.
  4. Pilih PJH, iaitu syarikat haji berlesen TH. Dalam kes ni, JAD.
  5. Cukupkan Bayaran Haji PJH RM23,398 dalam akaun TH.
  6. Jawab tawaran di THiJARI (aplikasi rasmi TH) dalam tempoh yang tertulis pada surat.
  7. Bayar deposit RM1,000 seorang kepada JAD.
Dua perkara yang selalu buat pasangan ragu
10 malam → Subuh

Malam 10 Zulhijah panjang sangat?

  1. Lepas Isyak, ±10 malambertolak dari Arafah
  2. Lepas separuh malamMuzdalifah, dalam bas
  3. Awal pagitawaf & saie haji
  4. Subuhrehat di bilik berdua Aziziyah

Ya, panjang. Dengan PMN atau tanpa PMN, malam 10 Zulhijah dan siang 10 Zulhijah memang penat. Tanpa PMN pun, jemaah bermalam di Muzdalifah, kemudian berjalan lebih kurang 3.5 km ke Jamrah pagi tu. Bezanya, dengan PMN tawaf dan saie haji dah selesai awal pagi.

1 + 1 surat tawaran

Kalau hanya seorang yang ada surat tawaran 1448H

Masih ada jalan untuk pergi berdua, kalau rayuan lulus. Yang seorang lagi mohon rayuan, iaitu minta tempat haji walaupun belum dapat tawaran. Keputusan rayuan di tangan TH. Bila lulus, dia boleh ambil pakej Super yang sama, dengan harga yang sama: hotel sama, bilik tertakluk kekosongan, tarikh terbang ikut jadual TH.

Super RM72,900+Aziziyah berdua RM8,000+PMN RM10,000=RM90,900 seorang

Sama dengan Pilihan 4. Termasuk RM23,398 dari akaun TH (tertakluk TH).

Semak susunan berdua untuk kami →

Soalan lazim

Soalan lazim pasangan: haid, kerusi roda dan tarikh flight.

Ambil PMN, kami bergerak sampai Subuh?

Ya. Semua jemaah PMN JAD tawaf awal malam tu. Tak ada kumpulan PMN yang tawaf cara biasa. Tanpa PMN pun, malam dan siang 10 Zulhijah tetap penat: bermalam di Muzdalifah, kemudian berjalan lebih kurang 3.5 km ke Jamrah. Bezanya cuma bila tawaf haji dibuat: awal pagi 10 Zulhijah dengan PMN, atau 16 Zulhijah tanpa PMN.

Kalau isteri saya datang haid sebelum tawaf haji?

Tangguh. Haid tak halang wukuf, mabit dan melontar. Yang terhalang tawaf je, jadi tawaf haji ditangguh sampai suci, sama macam jemaah lain. Kursus Asas Haji TH pun ajar perkara ni. Untuk kes sendiri, tanya pembimbing.

Bila flight kami?

Belum tahu. Ikut tarikh umum TH, flight pertama pergi pada 8 April 2027, tertakluk TH. Tarikh tuan/puan sendiri ada dalam Surat Jadual Penerbangan TH, yang kami jangka keluar Februari 2027. Tunggu surat tu dulu sebelum confirm cuti.

Siapa pembimbing kumpulan kami?

JAD dah umumkan 3 PEKTA, iaitu Ustaz Haji Abu Bakar, Ustaz Haji Yahdi dan Ustaz Haji Hilmi, serta 2 pembimbing wanita untuk keseluruhan jemaah JAD. Ustazah Hajah Norasidah (mutawwifah) ikut ke Tanah Suci. Setiap bas (maksimum 50 jemaah) ada seorang mutawwif dan seorang petugas. Siapa untuk bas tuan/puan, ibu pejabat JAD yang tentukan nanti.

Kalau salah seorang kami tak sihat di Makkah?

Beritahu petugas JAD. Petugas JAD yang akan bawa ke klinik atau hospital. Rawatan ikut aturan TH dan pihak berkuasa Saudi.

Kami perlu kerusi roda. Ada?

Ada, tapi terhad. Beritahu kami masa daftar. Di Makkah, JAD ada kerusi roda tapi jumlahnya terhad, dan boleh juga beli sendiri. Untuk hari-hari di Arafah, Muzdalifah dan Mina, JAD ada 25 unit kerusi roda elektrik untuk dipinjam. Kami tengok keperluan tuan/puan, ikut unit yang ada.

Kursus haji 1 hari bila dan di mana?

Belum ditetapkan. Kami beritahu bila dah ada. Kursus Asas Haji anjuran TH sangat digalakkan.

Kalau salah seorang kami gagal pemeriksaan kesihatan?

Yang gagal tak boleh jawab tawaran TH, dan JAD tak minta apa-apa bayaran daripadanya. Yang lulus boleh teruskan pakej sendiri. Susunan bilik berdua pula kami bincang semula, ikut kekosongan.

Kami boleh pilih nafar awal?

Boleh. Nafar awal pada 12 Zulhijah bila cukup syarat, atau nafar thani pada 13 Zulhijah. Dua-dua diurus mutawwif dan petugas.

Kalau kami batal lepas bayar, berapa dendanya?

Ada denda, ikut bila batal. Denda dikira atas bahagian yang dibayar kepada JAD je. Kadarnya 5% lepas bayar pakej, 20% lepas jadual penerbangan keluar, dan 40% lepas jadual keluar dan visa haji diperuntukkan. Untuk Pilihan 4, bahagian JAD RM67,502 seorang, jadi dendanya RM3,375.10 (5%), RM13,500.40 (20%) atau RM27,000.80 (40%) seorang. Untuk pasangan: RM6,750.20, RM27,000.80 atau RM54,001.60.

Sebelum bayar, tanya kami dulu. Kami terangkan satu-satu syarat dalam borang JAD.

Pasangan jemaah JAD, musim haji 1447H

Memori Haji Kita

Ada yang nak tanya sebelum buat keputusan?

Mesej kami di WhatsApp dulu. Kami bantu semak satu-satu, tak perlu terus bayar apa-apa.

  • Pilihan 2 · bilik berdua di 3 tempatRM80,900 seorang · RM161,800 pasangan
  • Pilihan 4 · bilik berdua + PMN Type A+RM90,900 seorang · RM181,800 pasangan

Pilihan 1 dan 3 pun ada. Banding keempat-empat pilihan ↑

Termasuk RM23,398 seorang dari akaun TH (tertakluk TH). Hubungi Ustaz Zul / Puan Azimah untuk diskaun istimewa.

WhatsApp 016-666 9200. Ustaz Zulkifli atau Puan Azimah yang akan jawab.

Belum pasti? Bincang pilihan kami dulu →

↑ Kembali ke atas · Bandingkan 4 pilihan

Tanya JAD Banding