
Kursus Perdana Ibadat Haji
Kursus dan praktikal haji: versi eksklusif 2 hari 1 malam, atau 1 hari.
2 hari 1 malam: Elite · Classic · Silver · Gold · Basic (sold out)1 hari: Elite Economy · Super · Basic Economy & MyJAD (sold out)
Pakej masih dibuka
Dua-dua di Al-Safwah Tower ±60 m, dengan wang saku 1,000 riyal. Bezanya set kelengkapan, kursus dan kumpulan penerbangan.
Dah dapat surat tawaran haji 1448H? 6 daripada 10 pakej haji JAD masih dibuka, hotel sekitar 60–80 meter ke Masjidil Haram.
Nak buat rayuan, atau belum dapat giliran? Semak langkah di sini →“…semua petugas … sentiasa bertanya khabar.”Mohd S. · Jemaah Haji 1447H · ulasan Google
Paling rendah Elite Economy, bilik berlima, di Al-Safwah Tower ±60 m. Sudah sold out: MyJAD Basic, MyJAD Elite, Basic Economy dan Basic.
Harga seorang, termasuk Bayaran Haji PJH (Pengelola Jemaah Haji) RM23,398 bagi warganegara, dari akaun TH (tertakluk TH).
masih dibukasold out
Dekat · ±60–80 m ke Masjidil Haram
±430 m ke Masjidil Haram
Harga seorang, bilik berempat. Semua 10 pakej ada bilik ini, jadi dibanding sama rata. Paksi mula RM50,000.
Hotel atau setaraf. Sumber: brosur JAD 1448H, poster MyJAD, makluman HQ JAD 23 Okt 2026 (hotel Super) dan poster Elite Economy 30 Okt 2026.
Semua pakej: Fullboard · Makan 3 kali sehari
Bilik berdua dari RM72,900 seorang (Super)
Harga pada kad pakej ikut bilik yang dipilih. Bilik berempat atau berlima dikongsi ikut jantina. Suami isteri nak sebilik? Pilih Berdua.
Untuk pasangan: di Aziziyah (1–15 Zulhijah), bilik dikongsi ikut jantina. Nak kekal sebilik? Boleh upgrade bilik berdua, RM8,000 seorang (Elite Economy: RM6,000).
Sahkan masa daftar pakej, sebelum nama dihantar ke eHajj. eHajj ialah sistem Arab Saudi tempat PJH daftar jemaah untuk visa, hotel dan khemah.
Lepas dihantar, bilik tak boleh tukar. Ia bergantung pada bilik yang masih ada. Lihat di sini atau tanya saya.
Pergi berdua suami isteri? Pilihan bilik berdua Elite →
Hubungi Ustaz Zul / Puan Azimah untuk diskaun istimewa.
WhatsApp
Nama penuh saya Zulkifli Ahmad. Saya mutawwif (pembimbing jemaah di Tanah Suci) umrah sejak 2012.
Dah bertugas lima musim haji (2022–2026), dan dengan JAD sejak 2018.
Insya-Allah, musim 1448H saya bertugas bersama jemaah JAD. Tanya apa-apa di WhatsApp. Saya sendiri atau Puan Azimah yang jawab.
★★★★★“…saya sangat bertuah bertemu dengan Ustaz Zulkifli Ahmad yang sangat2 baik hati dan sangat supportive.”Farid S. · jemaah umrah · ulasan GoogleWhatsApp saya
Pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026. Tarikh ini sama untuk semua PJH.
Tekan status tuan/puan di atas. Saya tunjuk langkah seterusnya.
Mesej tuan/puan hanya untuk saya hubungi semula tentang pakej haji. Notis Data Peribadi
Belum bersedia hari ini? Tinggalkan nama. Saya akan menghubungi tuan/puan tentang pakej 1448H.
Ini bukan tempahan, bukan pendaftaran rayuan Tabung Haji, dan tiada bayaran. Rayuan dimohon sendiri melalui Tabung Haji.
Imbas QR dengan telefonBM. Maklumat yang tuan/puan sendiri beri dalam borang ini atau dalam mesej WhatsApp dikumpul oleh Ustaz Haji Zulkifli.
Saya Pegawai Pemasaran JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd (795573-W, PJH18/1448H).
Maklumat itu ialah nama, status haji yang dipilih, bilangan orang, negeri, masa sesuai dihubungi, nombor telefon, dan bahagian laman asal mesej.
Tujuannya satu sahaja: menghubungi tuan/puan tentang pakej haji 1448H dan perkembangan rayuan, dan jika belum mendapat giliran, pakej musim berikutnya.
Maklumat ini diberikan secara sukarela; jika tidak diberikan, saya tidak dapat menghubungi tuan/puan.
Ia tidak didedahkan kepada pihak lain, kecuali kepada JAD Travel & Tours apabila tuan/puan sendiri memilih untuk mendaftar pakej.
Ini bukan tempahan, bukan pendaftaran rayuan Tabung Haji, tiada bayaran dan tidak mengikat tuan/puan kepada JAD.
Untuk menyemak, membetulkan atau memadam data ini: WhatsApp 016-666 9200.
Data dipadam dua tahun selepas diberikan, atau lebih awal apabila diminta. Balas BERHENTI bila-bila masa untuk tidak dihubungi lagi.
EN. The details you provide in this form or in your WhatsApp message are collected by Ustaz Haji Zulkifli.
I am a Marketing Officer of JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd (795573-W, PJH18/1448H).
These are: name, hajj status selected, number of people, state, preferred contact time, phone number, and the page section the message came from.
They are used for one purpose only: to contact you about 1448H hajj packages and appeal updates.
If you have not yet received your turn, I may also contact you about packages for the following season.
Providing this information is voluntary; without it I cannot contact you.
It is not disclosed to any other party, except to JAD Travel & Tours when you yourself choose to register for a package.
This is not a booking, not a Tabung Haji appeal registration, involves no payment and does not bind you to JAD.
To access, correct or delete your data: WhatsApp 016-666 9200.
Data is deleted 2 years after you provide it, or earlier on request. Reply STOP anytime to stop being contacted.
Versi 25 Sep 2026
Contoh Super lawan Elite:
Banding 2 pakej sebelah-menyebelah:
Pilih jenis bilik untuk tengok harga seorang setiap pakej.
Leret jadual ke kiri untuk tengok semua pakej →
| Pakej | Basic EconomyKod JAD 1 – 3 | BasicKod JAD 4 – 6 | Elite EconomyKod JAD 24 – 27 | SuperKod JAD 7 – 10 | EliteKod JAD 11 – 14 | ClassicKod JAD 15 – 17 | SilverKod JAD 18 – 20 | GoldKod JAD 21 – 23 | MyJAD BasicKod MYJAD 1 – 2 | MyJAD EliteKod MYJAD 3 – 5 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Status | Sold out | Sold out | Available | Available | Available | Available | Available | Available | Sold out | Sold out |
| Harga dari (seorang) | RM54,900 | RM58,900 | RM56,900 | RM59,900 | RM64,900 | RM70,900 | RM73,900 | RM110,900 + caj kelas perniagaan (atas permohonan) | RM51,900 | RM54,900 |
| Bilik | Berempat, Bertiga, Berdua | Berempat, Bertiga, Berdua | Berlima, Berempat, Bertiga, Berdua | Berlima, Berempat, Bertiga, Berdua | Berlima, Berempat, Bertiga, Berdua | Berempat, Bertiga, Berdua | Berempat, Bertiga, Berdua | Berempat, Bertiga, Berdua | Berempat, Berdua | Berlima, Berempat, Berdua |
| Tempoh | ±40 hari | ±40 hari | ±40 hari | ±40 hari | ±40 hari | ±40 hari | ±40 hari | ±25 hari | ±40 hari | ±40 hari |
| Hotel Makkah | Prestige Al-Mashaer ★★★★ | Prestige Al-Mashaer ★★★★ | Al-Safwah Tower ★★★★★ | Al-Safwah Tower ★★★★★ | Al-Safwah Tower ★★★★★ | Al Marwa Rayhaan (Rotana) ★★★★★ | Fairmont Makkah Clock Royal Tower ★★★★★ | Fairmont Gold ★★★★★ | Prestige Al-Mashaer ★★★★ | Al-Safwah Tower ★★★★★ |
| Jarak ke Masjidil Haram | ±430 m | ±430 m | ±60 m | ±60 m | ±60 m | ±80 m | ±80 m | ±80 m | ±430 m | ±60 m |
| Hotel Madinah | Maden Taiba ±150 m | Maden Taiba ±150 m | Maden Taiba ±150 m | Maden Taiba ±150 m | Maden Taiba ±150 m | Maden Taiba ±150 m | Maden Taiba ±150 m | Biltmore Al Madina ±15 m | Maden Taiba ±150 m | Maden Taiba ±150 m |
| Penerbangan (kumpulan ditetapkan TH) | Charter, tarikh awal | Charter, tarikh awal | Charter, awal / pertengahan / akhir | Charter, tarikh awal | Charter, awal / pertengahan / akhir | Charter, awal / pertengahan / akhir | Charter, awal / pertengahan / akhir | Komersial; kelas perniagaan atas permohonan | Charter, tarikh awal | Charter, tarikh awal |
| Bilik Aziziyah | Berkongsi berlima atau berempat (ikut jantina) | Berkongsi berlima atau berempat (ikut jantina) | Hotel Nuzul Al Rayyan ±600 m ke Kompleks Jamrah, berkongsi berlima atau berempat (ikut jantina) | Berkongsi berlima atau berempat (ikut jantina) | Berkongsi berlima atau berempat (ikut jantina) | Berkongsi berempat (ikut jantina) | Berkongsi berempat (ikut jantina) | Bilik bertiga & berdua kekal sama | Berkongsi berlima atau berempat (ikut jantina) | Berkongsi berlima atau berempat (ikut jantina) |
| Khemah Mina | Muaisim | Muaisim | Muaisim | Muaisim | Muaisim | Muaisim | Muaisim | PMN ±200 m ke Jamrah | Muaisim | Muaisim |
| Set kelengkapan | Eco 21/22 jenis | Eksklusif 30/31 jenis | Eco 21/22 jenis | Eco 21/22 jenis | Eksklusif 30/31 jenis | Eksklusif 30/31 jenis | Eksklusif 30/31 jenis | Eksklusif 30/31 jenis | Eco 21/22 jenis | Eco 21/22 jenis |
| Kursus haji | 1 hari | 2 hari 1 malam | 1 hari | 1 hari | 2 hari 1 malam | 2 hari 1 malam | 2 hari 1 malam | 2 hari 1 malam | 1 hari | 1 hari |
| Wang saku | Tiada | Tiada | Tiada | 1,000 SAR | 1,000 SAR | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | 500 SAR |
| Kereta api laju HHR | Ekonomi | Ekonomi | Ekonomi | Ekonomi | Ekonomi | Ekonomi | Ekonomi | Kelas perniagaan | Ekonomi | Ekonomi |
| Sajian | Asia | Asia | Asia (ekonomi) di Makkah | Asia | Asia (ekonomi) di Makkah | Asia | Asia | Antarabangsa (Makkah & Madinah) | Asia | Asia (ekonomi) di Makkah |
Kotak oren = lebih baik daripada pakej di sebelah kiri. MyJAD dibanding dengan pakej yang hotelnya sama: MyJAD Basic dengan Basic Economy, MyJAD Elite dengan Elite. Baris Status: pakej mana masih dibuka.
Tanya pakej yang sesuai di WhatsApp →Kira bayaran →
Sudah dapat sebut harga daripada PJH lain? Kalau nama hotel sama, tanya tiga benda: berapa hari di hotel tu, berapa orang sebilik, dan apa lagi yang termasuk.
Harga PJH lain yang saya kumpul → Bincang dengan saya di WhatsApp →
Hotel Super & Elite, Al-Safwah Tower, ±60 m ke Masjidil Haram. Di Aziziyah, hotel ±500 m ke Kompleks Jamrah.

Kursus dan praktikal haji: versi eksklusif 2 hari 1 malam, atau 1 hari.
2 hari 1 malam: Elite · Classic · Silver · Gold · Basic (sold out)1 hari: Elite Economy · Super · Basic Economy & MyJAD (sold out)
Khemah naik taraf di Arafah dan Mina, dengan kenderaan khas. Di Mina ±200 m ke Jamrah (Muaisim ±3.5 km, musim lepas).
Dah termasuk dalam Gold · pakej lain boleh mohon naik taraf, RM10,000 seorang, tertakluk kelulusan
Kenderaan khas untuk tawaf dan saie haji awal.
Gold / naik taraf PMN
Penginapan jemaah 1–15 Zulhijah, ±500 m ke Kompleks Jamrah. Elite Economy: Nuzul Al Rayyan, ±600 m.
Semua pakej kecuali Elite Economy
Ustazah Hajah Nony (Pembimbing Ilmu & Tadabbur) dan Ustazah Hajah Norasidah (Mutawwifah) bantu urusan jemaah wanita.

Set 1448H termasuk bagasi 28″, sejadah dan smartwatch. Jumlah ikut pakej dan jantina.
Set Eksklusif 30/31 jenis: Elite · Classic · Silver · Gold · Basic (sold out)Set Eco 21/22 jenis: Elite Economy · Super · Basic Economy & MyJAD (sold out)
Barangan kolaborasi bersama Mimpi Kita dan Siti Khadijah (brosur 1448H).

Majlis meraikan jemaah yang telah selesai menunaikan haji, diadakan di Tanah Suci.

Makkah ±60–80 m ke Masjidil Haram, semua pakej yang masih dibuka. Aziziyah ±500–600 m ke Jamrah.
Hotel Makkah 5 bintang: Elite Economy hingga Gold
PEKTA: penceramah kursus haji bertauliah TH. Satu mutawwif satu bas, ±40 jemaah sebas (musim lepas).



Petikan ulasan Google jemaah JAD, dipendekkan tanpa ditambah. 4.8★ (24 Sep 2026) · baca semua ↗
Jamuan, beg cenderahati di setiap meja, cabutan bertuah dan potong kek bersama jemaah.
Gambar musim lalu (1447H). JAD yang tentukan atur cara majlis 1448H, termasuk cabutan bertuah dan cenderahati.
Semua ini pilihan, tak wajib. Boleh tambah untuk bilik di Aziziyah, khemah di Masya'ir (Arafah & Mina) dan sajian hotel. Panduan penuh khemah naik taraf (PMN) →
Pilih bilik bertiga atau berdua di hotel? Boleh kekalkan bilik yang sama di Aziziyah, dengan tambahan harga ini.
Suami isteri boleh sebilik dengan naik taraf bilik berdua.
Pakej Elite Economy lebih rendah: bertiga RM2,000, berdua RM6,000 seorang.
Sahkan masa daftar pakej, sebelum nama dihantar ke eHajj (sistem Arab Saudi tempat PJH daftar jemaah). Lepas dihantar, bilik tak boleh tukar.
Bergantung pada bilik yang masih ada, dan dibayar bersama bayaran akhir pakej.
Sajian antarabangsa sepanjang di Makkah, mula 15 Zulhijah.

Khemah naik taraf di Arafah dan Mina, siap dengan kenderaan khas. Pakej Gold dah termasuk.
Pakej biasa lain boleh tambah, dan JAD pastikan ada tempat bila dipilih masa mendaftar. Bayarannya sekali dengan bayaran akhir pakej.
Anggaran saya untuk pakej ±40 hari: ±20 malam di Makkah dan 5–8 malam di Madinah, tak termasuk Aziziyah.
Kumpulan, tarikh dan bilangan malam sebenar, TH dan JAD yang tetapkan. Lokasi dan pergerakan →
Anggaran tarikh Masihi musim 1448H (dikira dari corak musim 1447H, bukan tarikh TH atau JAD):
Tarikh sebenar ada dalam SJP (Surat Jadual Penerbangan: surat TH yang beri tarikh terbang setiap bakal haji), Februari 2027.
Jadual ini untuk bahagian tunai pakej je. Bayaran Haji PJH pula TH ambil terus dari akaun Tabung Haji tuan/puan sendiri.
Pilih pakej, bilik dan berapa orang.
Deposit RM1,000 seorang, untuk semua pakej.
Harga pakej dah termasuk Bayaran Haji PJH 1448H/2027M bagi warganegara, iaitu
RM23,398TH ambil jumlah ini terus dari akaun Tabung Haji tuan/puan sendiri, jadi check dulu baki akaun cukup.
Kalau Arab Saudi naikkan kos atau tambah kos baharu, TH berhak kenakan caj tambahan.
Semua pakej boleh berubah ikut keputusan TH. Caj baharu dari Arab Saudi tak termasuk dalam harga pakej.
Akaun pembayaran rasmi JAD untuk deposit dan bayaran pakej.
Bila tuan/puan dah sahkan terima tawaran JAD, tuan/puan tak dibenarkan lagi tarik diri.
Tak boleh juga tukar ke syarikat PJH lain, atau kembali ke urusan haji TH sendiri (Muassasah). Syarat ni ada dalam Borang Pengesahan, perkara 5.1.1.
Elok bincang dulu dengan keluarga. Sebelum tandatangan, tanya saya tiga benda:
Caj ini dikenakan kalau tuan/puan batal atau tunda. Ia dikira atas harga pakej selepas tolak Bayaran Haji PJH, maksudnya atas bahagian tunai je, bukan wang Tabung Haji.
Butiran lanjut ada dalam Borang Pengesahan Terimaan Tawaran Perkhidmatan Pakej Haji 1448H/2027M.
Nak tahu anggaran dalam RM? Tengok di kalkulator bayaran.
Tarikh dan tempoh pakej ikut jadual penerbangan (SJP) yang TH tetapkan.
Musim lepas, kumpulan awal terbang terus ke Madinah, kumpulan lewat ke Jeddah. Tunggu SJP keluar dulu, baru confirm cuti.
Deposit RM1,000 seorang, untuk semua pakej. JAD hanya minta deposit lepas tuan/puan lulus pemeriksaan kesihatan dan jawab tawaran TH. Gagal pemeriksaan bermaksud tak boleh jawab tawaran, dan JAD tak minta apa-apa bayaran. Tujuh langkah penuh →
Bayar terus atas nama JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd sahaja. Kalau bayar melalui orang tengah, atau kepada pihak lain selain JAD, JAD tak dapat tanggung. Syarat tunai Haji tertakluk kepada ketetapan dan ketentuan pihak TH.
Nak ubah jadual perjalanan, sebelum atau semasa di Tanah Suci? Kena dapat kelulusan pihak yang berkenaan dulu.
Semua kos tambahan jemaah tanggung sendiri. Contohnya pengangkutan darat atau udara, hotel, makan minum, dan pengurusan, termasuk petugas khas kalau perlu.
Untuk bilik bertiga dan berempat, katil tambahan biasanya lain saiz daripada katil asal (ikut pihak hotel).
Ini Bayaran Haji PJH (orang panggil juga wang naik haji). TH ambil terus dari akaun Tabung Haji tuan/puan sendiri, dan ia tidak dibayar kepada JAD.
Contohnya Super bilik berempat, RM63,900 seorang. RM23,398 seorang TH ambil dari akaun TH. Baki RM40,502 seorang tunai kepada JAD. Angka ini ikut keputusan TH.
Dalam setiap harga pakej, RM23,398 ialah Bayaran Haji PJH yang TH ambil dari akaun TH tuan/puan. Itu bukan caj JAD.
Yang naik tahun ni pakej paling bawah. Tahun lepas (1447H), Basic ada harga rebat mula RM47,900. Tahun ni brosur guna satu harga, paling rendah RM54,900 (Basic Economy, kini sold out).
Sebab utamanya harga hotel naik. Classic, Silver dan Gold pula harga sama macam tahun lepas, malah bilik berdua Silver turun sedikit. Pecahan kos penuh →
Ada. JAD beri voucher pemeriksaan kesihatan sehingga RM250 untuk bakal haji pemegang surat tawaran giliran haji 1448H/2027M, selagi masih dalam tempoh jawab surat tawaran TH. Tidak termasuk pakej Elite Economy.
Boleh guna di semua cawangan Klinik Anda dan mana-mana klinik swasta dalam senarai TH 1448H.
Tuan/puan bayar dulu di klinik dan simpan resit. Jumlah dalam resit, sehingga RM250, ditolak dalam invois pakej JAD. Panduan pemeriksaan kesihatan →
MyJAD Basic dan MyJAD Elite sudah sold out. Basic Economy dan Basic pun sudah sold out.
Yang masih dibuka: Elite Economy, Super, Elite, Classic, Silver dan Gold.
Semua harga seorang, termasuk RM23,398 dari akaun TH (tertakluk TH). Lihat Elite Economy → · Lihat Super → · Lihat Elite →
Rayuan tuan/puan mohon sendiri melalui THiJARI, laman dan aplikasi rasmi TH, mulai 2 Oktober 2026 (tutup Januari 2027).
Ini termasuk kalau tuan/puan nak ke Tanah Suci bersama PJH seperti JAD.
Syaratnya, simpanan minimum RM15,000 dalam akaun TH tuan/puan (ketetapan TH). Tak perlu bayar penuh masa mohon. Setiap orang mohon sendiri.
Lulus atau tidak ikut tempat kosong dan saringan kesihatan TH, dan tiada jaminan lulus. Langkah penuh rayuan 1448H →
Kalau rayuan lulus:
Pakej yang masih dibuka: Super, Elite, Classic, Silver dan Gold. Untuk jemaah rayuan, saya syorkan Silver atau Gold. Pakej lebih mahal tak mempercepatkan rayuan TH.
Sebabnya, pakej paling murah biasanya penuh dulu dengan jemaah yang dah terima tawaran dan keluarga mereka. Itu pemerhatian saya, bukan polisi Tabung Haji.
Kalau mohon melalui laluan rayuan PJH, memilih pakej yang kurang persaingan boleh membantu, tapi itu potensi, bukan jaminan.
Keputusan akhir di tangan TH, jadi ambil pakej ikut kemampuan.
Tiada bayaran kepada JAD sebelum rayuan lulus dan tuan/puan lulus pemeriksaan kesihatan. Bila keputusan keluar, beritahu saya.
Kalau lulus: periksa kesihatan dulu, lepas tu pilih pakej yang masih ada kosong.
Kalau ikut urusan TH (Muassasah), bayaran haji ikut kumpulan pendapatan isi rumah: B40 (rendah), M40 (bukan B40, bukan T20) dan T20 (melebihi RM15,000 sebulan).
Kadar TH 1448H (siaran 9 Sep 2026): B40 RM15,000 · M40 RM23,500 · T20 RM33,300.
Kalau ikut PJH seperti JAD, TH ambil RM23,398 dari akaun TH untuk semua bakal haji (tiada kumpulan pendapatan). Baki pakej dibayar kepada JAD.
Hotel, bimbingan dan perkhidmatan pula ikut pakej yang dipilih.
RM15,000 ada dua maksud. Pertama, syarat simpanan dalam akaun TH untuk terima surat tawaran atau mohon rayuan.
Kedua, Bayaran Haji kategori B40 kalau ikut Muassasah. Kos haji 2027 →
Kalau B40 atau bajet ketat, tengok Muassasah dulu. RM15,000 seorang, iaitu RM44,900 kurang daripada pakej JAD yang masih dibuka paling rendah (Super, bilik berlima). Beza penuh Muassasah dan PJH →
Belum boleh. Borang Pengesahan hanya boleh diisi selepas surat tawaran TH sampai.
Sementara tunggu surat, pastikan simpanan minimum RM15,000 dalam akaun TH, atau simpan nama dan pilih "Belum dapat giliran".
Jemaah warga emas (75 tahun ke atas) mesti ada peneman sama jantina yang ikut sekali. Ini syarat JAD dan Tabung Haji.
Contohnya anak lelaki dengan ayah, atau anak perempuan dengan ibu.
Peneman pun perlu ada surat tawaran sendiri atau lulus rayuan sendiri (lihat soalan rayuan di atas).
Mutawwif dan petugas JAD bantu bila perlu, tapi bukan sepanjang masa. Jadi peneman itulah yang jaga keperluan harian.
Kalau jemaah kurang sihat di Tanah Suci, petugas JAD bantu ikut keperluan.
JAD sediakan kerusi roda, tapi bilangannya terhad, dan jemaah juga boleh beli sendiri. Semua jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan Tabung Haji.
Kalau dah perlukan kerusi roda masa di Malaysia lagi, bincang dengan saya dulu sebelum daftar.
Aziziyah ialah kawasan penginapan dekat Mina untuk hari-hari haji (1–15 Zulhijah). Hotelnya Nousk Al-Masarah ★3 (atau setaraf), sama untuk semua pakej termasuk Gold, kecuali Elite Economy: Nuzul Al Rayyan ★3 (atau setaraf), ±600 m ke Kompleks Jamrah.
Kenapa ★3? Sebab lokasinya, lebih kurang 500 m ke Kompleks Jamrah, supaya senang bergerak pada hari-hari haji.
Di sini bilik dikongsi berlima atau berempat, diasingkan ikut jantina (Classic dan Silver: berempat).
Kalau pilih bilik bertiga atau berdua di hotel, tuan/puan boleh kekalkan bilik yang sama di Aziziyah.
Tambahannya RM4,000 seorang untuk bertiga, atau RM8,000 seorang untuk berdua. Elite Economy: RM2,000 bertiga, RM6,000 berdua.
Suami isteri boleh sebilik kalau upgrade bilik berdua. Sahkan masa daftar pakej, sebelum nama dihantar ke eHajj.
eHajj ialah sistem Arab Saudi tempat PJH daftar jemaah untuk visa, hotel dan khemah. Lepas dihantar, bilik tak boleh tukar.
Bergantung pada bilik yang masih ada, dan dibayar bersama bayaran akhir pakej. Untuk pakej Gold, bilik bertiga dan berdua kekal sama. Aziziyah dan jarak ke Jamrah →
Muaisim: kawasan khemah Maktab Asia Tenggara di Mina (pakej standard). Lokasi khemah tertakluk kepada arahan Kementerian Haji Arab Saudi.
PMN (Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf): khemah naik taraf ±200 m ke Kompleks Jamrah, berbanding Muaisim lebih kurang 3.5 km jalan kaki sehala (musim lepas).
Gold dah termasuk PMN. Pakej lain boleh naik taraf, RM10,000 seorang, dan JAD pastikan ada tempat bila dipilih masa mendaftar.
HHR: Kereta Api Laju Haramain, Makkah–Madinah, sehala. Charter: penerbangan sewa khas, dijadualkan khusus untuk jemaah haji.
Jawapan penuh untuk urusan yang tengah berjalan musim ini. Setiap fakta ada tanda sumbernya.
Dah dapat surat tawaran? Ini yang tuan/puan dapat bersama JADSiapa bersama tuan/puan, dari tanah air sampai pulang, tawaran awal dan harga 9 pakej
Cara rayuan haji 1448H di THiJARISyarat, langkah demi langkah dan tarikh rayuan
THiJARI: laman web atau aplikasi?Tawaran dijawab di laman web sahaja. Tak boleh log masuk? Langkahnya ada di dalam.
Kursus Asas Haji (KAH) 1448HJadual di masjid, rekod hadir, dan kenapa hadir dikira untuk rayuan
Senarai semak OktoberPasport, daftar imigresen (MyNIISe) dan aplikasi visa haji (SVB)
Kos haji 2027Bayaran Haji, harga pakej dan jadual bayaran
Muassasah atau pakej swasta?Beza urusan TH dan PJH, siapa sesuai
Persediaan kesihatanPemeriksaan, vaksin dan persediaan fizikal
Pemeriksaan kesihatan hajiApa doktor periksa dalam 8 langkah, dan maksud lima keputusan
Haji warga emas: panduan untuk anakKesihatan, ubat, peneman, kerusi roda dan jarak hotel
Cara pilih pakej hajiIkut keadaan keluarga, dan 15 soalan untuk mana-mana PJH
Lokasi hotel dan pergerakanJarak hotel, khemah Mina, Madinah atau Makkah dulu
Berapa jauh saya perlu berjalan?Denai 1448H: jarak hotel ke Masjidil Haram ikut pakej, ±60–430 m
Jadual penerbangan (SJP)Bila SJP keluar, dan apa nak semak bila sampai
Belum dapat giliran? Bersedia untuk 1449HSimpanan RM15,000 dalam akaun TH dan Pelan Persediaan Haji
Soalan lazim bakal haji36 soalan sebenar dan jawapannyaDalam WhatsApp, tulis nama, berapa orang dan status haji: dah dapat surat tawaran, sedang mohon rayuan, atau belum. Tak perlu hantar MyKad atau nombor IC.
Boleh juga telefon nombor yang sama: 016-666 9200.