Jawapan ringkas
Risau mak ayah gagal medical haji, tapi tak tahu doktor nak periksa apa? Ada darah tinggi atau kencing manis yang terkawal pun boleh lulus.
- Untuk semua: tekanan darah, berat badan (BMI), ujian jari untuk gula dan hemoglobin, dan soal selidik kesihatan mental.
- Ikut keadaan: X-ray, HbA1c (purata gula 3 bulan), ECG (rakaman jantung) dan ujian lain, bila doktor nampak sebabnya.
- Gagal, duit hangus? Tak. JAD tak minta bayaran selagi tuan/puan belum lulus.
Carta aliran · MyVAS (rekod KKM)
8 langkah dalam bilik doktor
Sahkan diri: nombor pendaftaran haji, tarikh lahir dan alamat.
Sejarah kesihatan: penyakit, pembedahan, alahan dan ubat semasa. Wanita ditanya pasal hamil dan putus haid.
Gaya hidup: merokok atau vape.
Daya fungsi: Functional Class (tahap penat) dan skor pergerakan Rankin (bahagian 4).
Cabang: Rankin 3ujian bangun-duduk 30 saatlulus: Merah (boleh pergi, risiko tinggi)
Ingatan dan mental: ECAQ untuk 60 ke atas, SSKM-20 untuk semua (bahagian 5).
Cabang: 60 tahun ke atasECAQmarkah 8 hingga 10AD8, temu bual saringan nyanyuk (demensia)
Ukur badan: tinggi, berat, BMI, tekanan darah, nadi, pernafasan, suhu, paras oksigen darah (SpO2) dan skor sakit.
Periksa fizikal dan ujian jari: gula darah dan hemoglobin.
Ujian lanjut, kalau ada sebab, dan keputusan: satu daripada lima status (bahagian 6).
Lima keputusan dalam MyVAS
- Perlu penilaian lanjut (Requires further evaluation)Dirujuk pakar dulu. Belum lulus, belum gagal
- HijauBoleh pergi, tiada penyakit
- KuningBoleh pergi, ada penyakit tapi stabil
- MerahBoleh pergi, risiko tinggi
- Gagal (Hitam)Tak lulus pemeriksaan
Sumber: manual MyVAS Edisi 11, panduan KKM Edisi 10 (musim lepas), tertakluk TH
Dalam halaman ini
- 1. Sebelum datang: bawa surat tawaran, MyKad dan rekod ubat
- 2. Dalam bilik doktor: soalan dulu, lepas tu ukur badan
- 3. Ujian darah untuk semua cuma dua: gula dan hemoglobin
- 4. Daya fungsi: larat ke tidak berjalan 7 km sehari
- 5. Umur 60 ke atas: ujian ingatan ECAQ, kadang-kadang disusuli AD8
- 6. Lima keputusan dalam MyVAS: hanya Gagal (Hitam) yang tak boleh pergi
- 7. Kalau dapat Hitam: penilaian semula melalui pegawai kesihatan negeri
- Hamil: panduan Edisi 10 (2025) gagalkan semua peringkat kandungan
- Kos: klinik kerajaan percuma, klinik swasta bayar sendiri
- BMI 40 angka panduan 2020; BMI 37.5 tiada dalam Edisi 8 hingga 10
- Empat perkara yang TH belum umumkan untuk 1448H
- Panduan berkaitan
Kenapa ikut panduan musim lepas
Fakta tanpa tanda dari sumber rasmi TH (Tabung Haji) 1448H. Tanda Musim lepas maksudnya dokumen KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) atau TH musim sebelum ni.
TH belum terbitkan panduan kesihatan baharu untuk 1448H. Jadi kebanyakan angka di bawah ikut Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji KKM dan TH, Edisi 10 dan 11.
1. Sebelum datang: bawa surat tawaran, MyKad dan rekod ubat
Surat tawaran 1448H mula keluar 21 Sep 2026. Lulus pemeriksaan dulu, cukupkan bayaran haji, baru jawab tawaran di THiJARI (laman dan aplikasi rasmi TH).
Bakal haji rayuan pun kena lulus pemeriksaan ni.
Di mana: hospital atau klinik, kerajaan atau swasta, dalam senarai TH 1448H. Cari klinik ikut negeri dan daerah.
Tarikh akhir? TH belum umumkan tarikh umum 1448H. Ikut tarikh dalam surat tawaran, dan beritahu doktor masa periksa.
Status sumber: Musim lepas
- Doktor berdaftar: mesti ada NPPKBH (nombor pendaftaran pemeriksa bakal haji), sah satu musim.
- Satu rekod sahaja: lepas keputusan dihantar, tak boleh periksa semula di klinik lain. Pilih klinik betul-betul.
- Isi MySejahtera dulu: sejarah penyakit dan soal selidik kesihatan mental boleh dijawab sebelum datang.
- Kena puasa? Tanya klinik dulu. Gula boleh diuji rawak atau berpuasa.
Ujian yang masih baru tak perlu diulang
Ujian yang masih baru tak perlu diulang. HbA1c dan ujian buah pinggang: dalam 3 bulan. ECG (rakaman degupan jantung): 6 bulan, kalau tiada simptom baru. X-ray dada: setahun.
Senarai semak: 7 perkara dibawa
Senarai semak bawa masa periksa:
Tandakan yang dah siap
0 / 7 siap2. Dalam bilik doktor: soalan dulu, lepas tu ukur badan
Doktor isi borang dalam MyVAS, iaitu sistem rekod pemeriksaan bakal haji KKM. Urutannya lebih kurang begini: carta 8 langkah di atas ↑
Status sumber: Musim lepas
Rujukan pakar dan lawatan kedua
Ada sejarah sakit jiwa, contohnya nyanyuk, skizofrenia atau bipolar? Sistem terus tanda "perlu penilaian lanjut". Itu rujukan pakar, bukan gagal.
Ujian makmal belum siap? Setahu saya, doktor boleh simpan rekod dan kemas kini kemudian. Jadi mungkin ada lawatan kedua.
3. Ujian darah untuk semua cuma dua: gula dan hemoglobin
Tak semua orang kena X-ray dan ECG.
Status sumber: Musim lepas
Semua bakal haji
- Tekanan darah, nadi, suhu, pernafasan, SpO2, BMI (ukuran berat badan ikut tinggi)
- Gula darah dan hemoglobin (ujian jari)
- SSKM-20 (soal selidik kesihatan mental)
Lihat 11 ujian lagi, ikut keadaan
HbA1c: Edisi 10 dan 11 tulis, 8.5% hingga 10% dirujuk pakar, dan atas 10% gagal. Edisi 9 (2024) tulis lulus untuk bawah 8.5%. Syarat gagal lain tetap terpakai.
Darah tinggi: Edisi 10 dan 11 gagalkan bila sistolik 160 atau diastolik 100 ke atas, walaupun dah dirawat, dan masih ada gejala.
Bila kencing manis, jantung atau dialisis jadi gagal
Syarat gagal lain untuk kencing manis, antaranya: masuk wad sebab komplikasi dalam 3 bulan, atau gula jatuh teruk (hipoglisemia major) dalam 6 minggu.
Jantung: serangan jantung atau angina tak stabil (sakit dada jantung) dalam 6 minggu, gagal. Kalau berlaku dalam 3 bulan sebelum periksa, dan Functional Class I atau II, dirujuk pakar jantung untuk kelulusan.
Buah pinggang: antara syarat gagal, sedang dialisis, atau penyakit buah pinggang tahap 5. Status sumber: Musim lepas, tertakluk TH
4. Daya fungsi: larat ke tidak berjalan 7 km sehari
TH jangka bakal haji berjalan lebih kurang 10,000 langkah, atau 7 km sehari, masa melontar.
Status sumber: Musim lepas
Functional Class ialah tahap penat atau sakit bila buat kerja:
- Kelas I buat kerja berat sahaja
- Kelas II buat kerja lebih sikit dari biasa
- Kelas III mandi atau pakai baju
- Kelas IV walaupun berehat
Maksud penuh Kelas I hingga IV
- Kelas I: penat bila buat kerja berat sahaja.
- Kelas II: penat bila buat kerja lebih sikit dari biasa, contohnya kemas rumah atau naik tangga.
- Kelas III: penat bila mandi atau pakai baju. Perlu bantuan.
- Kelas IV: penat walaupun berehat.
Kelas III dan IV terus gagal. Ini syarat gagal yang paling kerap berulang dalam panduan.
Skor pergerakan Rankin (Modified Rankin Scale) tengok setakat mana tuan/puan boleh urus diri:
- 0–2 lulus bahagian ni
- 3 ujian bangun-duduk 30 saat
- 4–5 terus gagal
Skor Rankin 0 hingga 5, dan ujian 30 saat
- 0 hingga 2: lulus bahagian ni.
- 3: perlu sedikit bantuan, tapi boleh berjalan sendiri. Doktor buat ujian bangun-duduk 30 saat.
- 4 dan 5: tak boleh berjalan atau urus diri tanpa bantuan. Terus gagal.
Ujian 30 saat tu dibanding dengan purata umur dan jantina. Lulus, tuan/puan dikod Merah (boleh pergi, risiko tinggi).
Kerusi roda? Ada pengecualian, tapi sempit: Persediaan Kesihatan Haji.
5. Umur 60 ke atas: ujian ingatan ECAQ, kadang-kadang disusuli AD8
ECAQ ialah soal selidik ingatan ringkas, markah penuh 10. Wajib untuk umur 60 ke atas, dan bawah 60 yang berisiko.
Status sumber: Musim lepas
- 0–4 Gagal
- 5–7 Dirujuk pakar
- 8–10 Teruskan ke AD8
ECAQ: apa beza Edisi 10 dan 11
Edisi 10 pun gagalkan markah 0 hingga 4 dan rujuk markah 5 hingga 7. Yang baharu dalam manual Edisi 11 ialah AD8 untuk markah 8 hingga 10.
Nyanyuk ringan dan syarat peneman
Nyanyuk ringan direkod sebagai status Daif (lemah atau kurang upaya), bukan gagal terus.
Edisi 10 benarkan dia lulus selepas dinilai pakar, kalau ada peneman yang juga dapat surat tawaran haji, sama jantina, sihat, bawah 60 tahun, dan uruskan hal harian dia.
Jangan latih mak ayah hafal jawapan. Saringan ni untuk keselamatan dia sendiri di tengah orang ramai.
SSKM-20: soal selidik mental
SSKM-20 ialah soal selidik kesihatan mental, wajib untuk semua. Markah 14 ke atas dirujuk pakar, bukan gagal.
Satu soalan tentang rasa nak mati terus dirujuk, walaupun markah rendah. Jawab dengan jujur.
6. Lima keputusan dalam MyVAS: hanya Gagal (Hitam) yang tak boleh pergi
Status sumber: Musim lepas lima status: hujung carta ↑
Lepas dihantar, doktor tak boleh ubah keputusan dalam sistem. Keputusan nampak dalam MySejahtera, di Health Records, bahagian Health Screening. Tak perlu cetak.
Berapa ramai tak lepas, Okt 2025
Okt 2025, menteri lapor lebih kurang 3% bakal haji tak lepas syarat kesihatan, musim 2025. Musim 2024, 2%. Status sumber: Laporan media
7. Kalau dapat Hitam: penilaian semula melalui pegawai kesihatan negeri
Hitam bermaksud gagal pemeriksaan kesihatan. Tawaran TH tak boleh dijawab.
Status sumber: Musim lepas
Penilaian semula status Hitam dimohon kepada Pegawai Epidemiologi atau Survelan Negeri sahaja, iaitu pemantau penyakit di JKN (Jabatan Kesihatan Negeri).
Jawatankuasa, cara mula memohon, giliran
Kes yang pakar tak dapat putuskan dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Khas negeri. Ahlinya tiga orang:
- Pegawai Epidemiologi atau Survelan Negeri
- pakar bidang penyakit tu
- pakar yang pernah bertugas dalam pasukan perubatan haji
Keputusan jawatankuasa ni muktamad, tiada rayuan. Ia juga boleh menilai semula bakal haji yang dah lulus, tapi kemudian jatuh sakit.
Cara mula memohon (cadangan saya)
Cara mula (cadangan saya): tanya doktor pemeriksa sebab keputusan tu, dan minta salinan rekod. Lepas tu tanya JKN negeri cara memohon.
Giliran lepas Hitam?
Giliran lepas Hitam? TH belum umumkan. Okt 2025, menteri cuma sarankan tangguh ke musim depan. Status sumber: Laporan media
Duit? Di JAD, tiada bayaran sebelum lulus, jadi tiada yang hangus. Pasangan yang lulus boleh teruskan pakej. Status sumber: Pengesahan JAD
Hamil: panduan Edisi 10 (2025) gagalkan semua peringkat kandungan
Status sumber: Musim lepas
Bila ujian air kencing hamil dibuat
Semua wanita ditanya sedang hamil atau tidak. Ujian air kencing hamil dibuat kalau haid lewat lebih 4 minggu.
Dalam jadual syarat gagal Edisi 10, hamil pada semua peringkat kandungan dikira gagal. Edisi 8 (2020) pun sama.
Beza dengan syarat Arab Saudi
Arab Saudi 1447H cuma tolak hamil 3 bulan terakhir, atau kehamilan berisiko tinggi. Tapi pemeriksaan di Malaysia yang putuskan, dan panduannya lebih ketat.
Musim ni, doktor yang sahkan. Kesan hamil pada giliran isteri belum diumumkan TH, jadi tanya pusat panggilan TH.
Kos: klinik kerajaan percuma, klinik swasta bayar sendiri
Status sumber: Bahan kursus TH
- Percumaklinik kerajaan
- Bayar sendiriklinik swasta
- Sehingga RM250voucher JAD
Apa termasuk: kerajaan dan swasta
Di fasiliti kerajaan, pemeriksaan dan vaksin Meningococcal (radang selaput otak) wajib tak dikenakan bayaran. Vaksin tambahan tak disediakan di situ.
Di klinik swasta, bayaran ditanggung bakal haji, termasuk vaksin. Kadar rasmi swasta tak diterbitkan TH atau KKM, jadi tanya caj dulu.
Voucher JAD, sehingga RM250: untuk pemegang surat tawaran 1448H/2027M yang daftar dengan JAD. Sah dalam tempoh jawab tawaran; jemaah rayuan dan pakej Elite Economy tak termasuk.
Status sumber: Pengesahan JAD; poster JAD 30 Okt
Cara guna voucher RM250
Guna di semua cawangan Klinik Anda, atau klinik swasta dalam senarai TH 1448H. Bayar dulu dan simpan resit. Jumlahnya ditolak dalam invois pakej JAD.
Vaksin bila? Lepas lulus
Vaksin bila? Lepas lulus. Ikut Edisi 10, Meningococcal ACYW-135 diberi selewat-lewatnya 10 hari sebelum penerbangan, iaitu 10 hari atau lebih awal.
Syarat vaksin Saudi 1448H belum terbit. Senarai vaksin musim lepas.
BMI 40 angka panduan 2020; BMI 37.5 tiada dalam Edisi 8 hingga 10
Status sumber: Musim lepas
Lihat 4 dakwaan lagi, dan nota Edisi 11
Manual MyVAS Edisi 11 rekod obesiti kelas 2 dan 3 sebagai status Daif. Setahu saya, manual tak sebut obesiti sebagai sebab gagal.
Untuk musim ni, angka BMI belum boleh dinafikan 100%, jadi tanya doktor pemeriksa.
Empat perkara yang TH belum umumkan untuk 1448H
Lihat 4 perkara itu
- Tarikh akhir pemeriksaan. Ikut tarikh dalam surat tawaran masing-masing.
- Berapa lama keputusan keluar, dan berapa lama ia sah.
- Kesan status Hitam pada giliran haji.
- Syarat kesihatan dan vaksin Arab Saudi untuk 1448H.
Angka di atas untuk faham proses, bukan untuk nilai diri sendiri. Keputusan kes tuan/puan tetap di tangan doktor pemeriksa.
Ditulis oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Pegawai Pemasaran JAD (Bangi), yang bertugas di Tanah Suci selama 5 musim haji (2022–2026).
Soalan lazim
Kalau gagal pemeriksaan kesihatan, duit hangus?
Tak. JAD tak minta bayaran selagi belum lulus. Kalau gagal, tawaran TH tak boleh dijawab, jadi tiada deposit. Ini pengesahan JAD.
Medical dulu atau bayar dulu?
Medical dulu. Ikut soalan lazim TH 1448H: lulus pemeriksaan, cukupkan bayaran haji, baru jawab tawaran di THiJARI. Deposit JAD paling akhir.
Klinik swasta boleh buat pemeriksaan kesihatan haji?
Boleh, kalau ada dalam senarai TH 1448H (kerajaan dan swasta, ikut negeri). Doktornya mesti ada NPPKBH, nombor pendaftaran pemeriksa bakal haji musim ni.
HbA1c tinggi, boleh pergi haji?
Ikut angka. Edisi 10 dan 11: 8.5% hingga 10% dirujuk pakar, bukan gagal; atas 10% gagal. Edisi 9 (2024) tulis lulus untuk bawah 8.5%. Keputusan tetap doktor.
Mak umur 65. Ujian apa yang lebih untuk dia?
Musim lepas: 60 ke atas buat ECAQ (ujian ingatan). Atas 60, X-ray dada, kecuali dah buat dalam setahun. Atas 40, ujian buah pinggang. Lain ikut penyakit mak.
Lihat 4 soalan lagi
Tak puas hati dengan keputusan. Boleh periksa semula di klinik lain?
Tak boleh. Satu bakal haji, satu rekod dalam MyVAS (sistem rekod KKM). Untuk Hitam, mohon penilaian semula melalui Pegawai Epidemiologi Negeri (musim lepas).
Tarikh akhir dah dekat, keputusan darah belum keluar. Macam mana?
Ikut tarikh akhir dalam surat tawaran sendiri. Beritahu doktor tarikh tu. Tak pasti? Telefon THCC (pusat panggilan TH), +603-6207 1919.
Darah tinggi, boleh lulus medical haji?
Boleh, kalau terkawal. Edisi 10 dan 11 gagalkan bila sistolik 160 atau diastolik 100 ke atas walaupun dah dirawat, dan masih bergejala. Bawa rekod klinik.
Kerja di luar negara, boleh buat medical di sana?
Setahu saya, tak. Ikut bahan kursus TH, pemeriksa mesti ada NPPKBH dan klinik mesti dalam senarai TH, ikut negeri di Malaysia. Jadi kena ada di Malaysia.
Panduan berkaitan
Sumber & lesen
Lihat 21 sumber yang saya rujuk
- Soalan lazim TH Haji 1448H/2027M, soalan 5: lulus pemeriksaan kesihatan dulu, kemudian cukupkan bayaran haji, kemudian jawab tawaran di THiJARI (dirujuk 22 Sep 2026) · 2026-09-22
- Siaran TH 9 Sep 2026: kos dan bayaran haji 1448H; surat tawaran mula 21 Sep 2026, berperingkat · 2026-09-09
- Siaran TH 28 Sep 2026: rayuan haji 1448H dibuka 2 Okt; kelulusan rayuan tertakluk kepada kelulusan ujian saringan kesihatan · 2026-09-28
- TH: Senarai fasiliti pemeriksaan kesihatan bakal haji musim 1448H (15 senarai negeri dan Wilayah Persekutuan, kerajaan dan swasta) · 2026-09-25
- Siaran TH 6 Jul 2026: bakal haji 1448H dan 1449H diminta tingkat persediaan (lebih kurang 10,000 langkah atau 7 km sehari masa melontar) · 2026-07-06
- KKM: Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Edisi 10 (1446H/2025M): §2.7 bawa surat tawaran, §2.14 ECAQ, §2.19–2.21 dan Lampiran 6 Jawatankuasa Penilaian Khas, §3.2 status MyVAS dan penilaian semula Hitam (ms.13), jadual ujian ikut keadaan (ms.14), kriteria gagal: jantung (ms.17), darah tinggi (ms.18), HbA1c (ms.19), ECAQ, demensia ringan dengan peneman dan BMI (ms.20), buah pinggang (ms.22), kehamilan (ms.25), Lampiran 2A Functional Class, Lampiran 2B Rankin, Lampiran 5 vaksin · 2026-10-07
- KKM: Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Edisi 9 (1445H/2024M): HbA1c: lulus ditulis untuk bawah 8.5% (ms.244); BMI 32.5 ke atas dengan penyakit tak terkawal, tanpa syarat Rankin (ms.254). Dibaca melalui salinan Wayback Machine laman KKM, 12 Ogo 2026; tiada salinan PDF dalam simpanan penulis · 2026-08-12
- KKM/TH: Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Edisi 11 (1447H/2026M, 64 ms). Bahagian kriteria yang dibaca penulis: muka surat 17 hingga 23 (darah tinggi ms.21, HbA1c ms.23); muka surat 24 hingga 31 belum dapat dibaca. Tiada PDF awam di portal KKM setakat 7 Okt 2026 · 2026-10-07
- KKM: Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Edisi 8 (1441H/2020M): kriteria gagal Obesity Class III, BMI 40 ke atas dengan Functional Class II, III dan IV; bakal haji wanita yang hamil tidak diluluskan · 2026-10-07
- KKM: Manual pengguna MySejahtera Hajj Management System (MyVAS) ikut Garis Panduan Edisi 11, 1447H/2026M (82 ms, dikemas 24 Okt 2025): skrin yang doktor isi, ujian wajib, ECAQ dan AD8, STOP-BANG, ujian berjalan 6 minit, status Daif, lima keputusan. Dipaut dari helpdesk MyVAS · 2025-10-24
- Helpdesk MyVAS (KKM): satu bakal haji hanya ada satu rekod pemeriksaan saringan kesihatan · 2023-07-11
- Helpdesk MyVAS (KKM): keputusan pemeriksaan dalam MySejahtera, Health Records, Health Screening; tak perlu dicetak · 2025-10-08
- Helpdesk MyVAS (KKM): pemeriksa bakal haji mesti ada NPPKBH, sah satu musim · 2025-10-08
- Kursus Asas Haji TH Siri 9, slaid Pemeriksaan Kesihatan: fasiliti kerajaan pemeriksaan dan vaksin Meningococcal wajib tanpa bayaran; fasiliti swasta bayaran ditanggung bakal haji (musim tidak dicetak pada slaid), portal e-Bimbingan TH · 2026-07-29
- Kementerian Kesihatan Arab Saudi: Health Requirements and Recommendations for Travelers to Saudi Arabia for Hajj, 1447H (2026): kehamilan trimester akhir atau berisiko tinggi; meningokokus sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba · 2025-12-30
- Siaran TH 19 Okt 2025: Kerajaan Arab Saudi umum syarat kesihatan musim haji (kehamilan berisiko tinggi dalam senarai tidak layak) · 2025-10-19
- Utusan Malaysia, 22 Okt 2025: menteri lapor lebih kurang 3% bakal haji tak lepas syarat kesihatan, berbanding 2% musim sebelumnya · 2025-10-22
- Kosmo, 21 Okt 2025: menteri sarankan bakal haji yang tak lepas syarat kesihatan menangguhkan giliran ke musim depan · 2025-10-21
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Okt 2026: deposit hanya selepas lulus pemeriksaan kesihatan dan jawab tawaran TH; gagal pemeriksaan = tiada bayaran kepada JAD · 2026-10-01
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 dan 2 Okt 2026: voucher pemeriksaan kesihatan sehingga RM250 di semua cawangan Klinik Anda dan klinik swasta dalam senarai TH 1448H, untuk penerima surat tawaran TH terus yang daftar dengan JAD; jemaah rayuan tidak termasuk · 2026-10-02
- Poster pakej Elite Economy, JAD Travel & Tours 1448H (30 Oktober 2026) dan pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 31 Oktober 2026 · 2026-10-31



