Jawapan ringkas
Dah dapat surat tawaran haji 1448H, atau masih menunggu? Surat mula keluar 21 September 2026, dan kemuncak musim ni wukuf di Arafah, 15 Mei 2027.
- Dah dapat surat? TH maklumkan melalui SMS, e-mel atau pos. Semak di THiJARI, laman dan aplikasi rasmi Tabung Haji (TH), dan jawab tawaran di laman web THiJARI.
- Belum dapat? Rayuan buka 2 Oktober 2026 dan tutup Januari 2027. Syarat mohon rayuan ialah simpanan RM15,000 dalam akaun TH, bukan RM33,300. Status sumber: Rasmi TH
Lihat 4 soalan lagi
- Boleh daftar atau bayar dulu? Belum. Borang pengesahan JAD hanya diisi lepas surat tawaran (atau kelulusan rayuan) sampai, dan tiada bayaran sebelum tu. Jemaah rayuan pun sama: tiada bayaran sebelum rayuan lulus. Status sumber: Borang JAD 1448H; pengesahan JAD
- Simpanan belum RM15,000? Bila baki sampai RM15,000 dan kekal sekurang-kurangnya sebulan, tuan/puan masuk giliran secara automatik. Ini Pelan Persediaan Haji (Seruan Istito'ah) TH. Bersedia untuk 1449H. Status sumber: Rasmi TH
- Rayuan tak lulus? Kalau tiada makluman TH sampai akhir Syawal 1448H (lebih kurang awal April 2027), maknanya rayuan tidak berjaya. Status sumber: Rasmi TH 1448H (Masihi anggaran)
- Bila terbang? Penerbangan pertama 8 April 2027. Tarikh tuan/puan sendiri keluar dalam Surat Jadual Penerbangan (SJP), Februari 2027.
JADHaji 1448H · tarikh penting, rasmi TH
- September 2026Kos dan Bayaran Haji 1448H diumumkanRasmi TH 1448H
- 21 September 2026
- Ikut surat tawaranTarikh akhir jawab tawaran dicetak dalam surat tawaran tuan/puanMusim lepas, tertakluk TH
- September 2026Pemeriksaan kesihatan, kena lulus baru layak terima tawaranRasmi TH 1448H (bulan sahaja)
- 25 September 2026
- 2 Oktober 2026
Lihat 12 tarikh lagi
- Oktober 2026Sediakan pasport, daftar MyNIISe dan daftar Saudi Visa Bio (SVB)Rasmi TH 1448H (bulan sahaja)
- 8 November 2026Syarikat pakej haji (PJH) tutup pendaftaran tawaran dan rayuanPengesahan JAD, 26 Okt 2026
- Paling lewat 1 Disember 2026Untuk jemaah JAD: baki penuh harga pakej dijelaskanBrosur JAD 1448H
- Januari 2027Rayuan ditutupRasmi TH 1448H (bulan sahaja, hari belum diumumkan)
- Syaaban (ikut musim lepas)Serah pasport dan 2 keping gambar ke pejabat cawangan THMusim lepas, tertakluk TH
- Februari 2027Surat Jadual Penerbangan (SJP) keluar, masa ni baru tahu tarikh terbang setiap bakal hajiRasmi TH 1448H (bulan sahaja)
- Akhir Syawal 1448H (lebih kurang awal April 2027, ikut kalendar Saudi)Kalau tiada makluman sampai tarikh ni, maknanya rayuan tidak berjayaRasmi TH 1448H (Masihi anggaran)
- 8 April 2027
- Ikut SJPLapor diri, pasport dipulangkan, dan berlepasMusim lepas, tertakluk TH
- 15 Mei 2027Wukuf di Arafah, tertakluk kepada ketetapan Arab SaudiRasmi TH 1448H
- 24 Mei 2027Penerbangan pertama pulangRasmi TH 1448H
- Belum adaTarikh penerbangan terakhirBelum diumumkan TH
Dalam halaman ini
Saya tulis panduan ni untuk bakal haji, dan untuk anak-anak yang tolong uruskan haji mak ayah.
Saya bawa rombongan umrah sejak 2012, dan dah bertugas sebagai mutawwif lima musim haji (2022 hingga 2026). Keputusan tetap di tangan TH.
Dari surat tawaran ke wukuf 15 Mei 2027: tarikh penting
Lajur Status tunjuk sama ada TH dah umumkan perkara tu untuk musim ni. Tekan nama urusan untuk baca panduan penuh.

Dua istilah dalam jadual: MyNIISe dan Saudi Visa Bio (SVB)
- MyNIISe: sistem imigresen baru Jabatan Imigresen Malaysia. Status sumber: Laporan media
- Saudi Visa Bio (SVB): aplikasi kerajaan Arab Saudi untuk permohonan visa haji.
Istilah lain dalam surat TH dan brosur pakej ada di kamus istilah haji.
Hari tepat untuk baris "bulan sahaja", semak di THiJARI bila TH umumkan.
Dah dapat surat tawaran? Lulus pemeriksaan kesihatan dulu, baru boleh jawab tawaran TH. Ikut tujuh langkah, dari surat tawaran ke deposit.
Pakej JAD yang masih dibuka: Elite Economy, Super, Elite, Classic, Silver dan Gold (lihat pakej). Empat lagi dah sold out. Status sumber: Pengesahan JAD, 23 dan 31 Okt 2026
Haji 2027 jatuh bila?
Mei 2027. Wukuf di Arafah 15 Mei 2027 (9 Zulhijjah 1448H), tertakluk Arab Saudi. Status sumber: Rasmi TH 1448H
Raya Haji di Saudi dijangka 16 Mei 2027. Status sumber: Jangkaan JAD, belum diumumkan TH
Cuaca: musim panas
Musim lepas (Mei 2026), jabatan cuaca Arab Saudi (NCM) ramal suhu siang 42°C hingga 47°C di Makkah. Status sumber: Musim lepas
TH jangka bakal haji berjalan kira-kira 7 km sehari pada hari melontar. Mula berlatih: persediaan kesihatan.
Soalan lazim
Macam mana nak tahu saya dapat tawaran haji 1448H?
TH maklumkan melalui SMS, e-mel atau pos. Tuan/puan boleh semak sendiri di THiJARI. Jawab tawaran pula kena buat di laman web THiJARI (www.thijari.com.my), sebab aplikasi THiJARI tak ada fungsi terima tawaran haji.
Bila tarikh akhir jawab surat tawaran?
Tarikh akhir dicetak dalam surat tawaran tuan/puan sendiri. Musim-musim lepas, tempohnya pendek: 30 hari pada 1441H, dan 7 hari bekerja pada 1444H. Ingat, kena lulus pemeriksaan kesihatan dulu sebelum boleh jawab tawaran.
Kalau saya tolak tawaran tahun ni, giliran saya hilang ke?
Tanya TH dulu sebelum tolak atau tangguh. Telefon pusat panggilan THCC di +603-6207 1919 (8 pagi hingga 6.30 petang), dan tanya kesannya pada giliran tuan/puan. Boleh juga pergi ke pejabat TH cawangan.
Saya dapat SMS dari 66300. Betul ke itu surat tawaran?
Jangan bergantung pada SMS je. Semak sendiri di THiJARI, laman web www.thijari.com.my. Kalau masih ragu, telefon THCC di +603-6207 1919.
1448H bersamaan tahun bila?
Tahun 1448 Hijrah bermula pertengahan Jun 2026, dan hari wukuf, 9 Zulhijjah 1448H, jatuh 15 Mei 2027. Sebab tu TH tulis haji 1448H/2027M. TH sendiri catat 15 Muharram 1448 bersamaan 30 Jun 2026.
Lihat 2 soalan lagi
Raya Haji 2027 bila?
Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) jatuh sehari selepas wukuf. Wukuf dijadual 15 Mei 2027, jadi Raya Haji di Arab Saudi dijangka 16 Mei 2027 (jangkaan kami, belum diumumkan TH). Tarikh cuti umum di Malaysia pula ikut pengumuman rasmi kerajaan.
Haji 2027 lebih awal berapa hari daripada musim lepas?
Lebih kurang 11 hari. Musim lepas, wukuf jatuh 26 Mei 2026. Musim ni, wukuf dijadual 15 Mei 2027, tertakluk ketetapan Arab Saudi (Rasmi TH).
Semua panduan haji
Sekarang
Lepas surat tawaranLepas Surat Tawaran Haji 1448H Sampai: Langkah Satu demi Satu
Dah dapat surat tawaran haji 1448H? Kira baki hari ke tarikh akhir, dan ikut susunan TH: lulus pemeriksaan, cukupkan bayaran, jawab di laman web THiJARI.
Baca panduan
Menunggu suratSurat Tawaran Haji 2027 Belum Sampai? Ini Disemak
Giliran haji 2027 tapi surat tawaran 1448H belum sampai? Semak simpanan RM15,000, maklumat hubungan, THiJARI dan TH, kemudian timbang rayuan.
Baca panduan
SekarangCara Rayuan Haji 1448H di THiJARI: Langkah demi Langkah
Rayuan haji 1448H dibuka 2 Okt 2026 hingga Jan 2027 di THiJARI. Syarat simpanan RM15,000, langkah di skrin satu demi satu, dan apa berlaku selepasnya.
Baca panduan
SekarangTHiJARI untuk Bakal Haji 1448H: Log Masuk, Tawaran dan Rayuan
Tak boleh log masuk THiJARI, atau tak jumpa butang jawab tawaran haji dalam aplikasi? Apa ada di laman web, apa ada di aplikasi, dan bila perlu telefon TH.
Baca panduan
Kursus THJadual Kursus Asas Haji 2027 (1448H) Ikut Negeri & Rekod Hadir
Jadual Kursus Asas Haji (KAH) 1448H ikut negeri: 12 siri, 25 Sep hingga Dis 2026, hujung minggu, pagi. Rekod hadir imbas QR e-Bimbingan, merit rayuan.
Baca panduan
Buat sekarangSenarai Semak Haji 1448H: Pasport, MyNIISe & Saudi Visa Bio
Bakal haji 1448H: urus pasport, MyNIISe dan Saudi Visa Bio, dan daftar PJH sebelum 8 November 2026. Senarai semak yang boleh ditanda satu-satu.
Baca panduan
Sebelum jawab tawaranPersediaan Kesihatan Haji 1448H: Pemeriksaan dan Vaksin
Takut gagal medical lepas bayar? JAD tak minta bayaran selagi belum lulus. Angka yang doktor guna, tahap Hijau hingga Hitam, vaksin dan kerusi roda.
Baca panduan
Sebelum jawab tawaranPemeriksaan Kesihatan Haji: Apa yang Doktor Nilai
Risau gagal medical haji? Apa berlaku dalam bilik doktor: ujian untuk semua, ujian ikut keadaan, ECAQ, Rankin, warna keputusan dan kalau dapat Hitam.
Baca panduan
Sebelum jawab tawaranKlinik Pemeriksaan Kesihatan Haji 1448H: Cari Ikut Negeri
Cari hospital dan klinik pemeriksaan kesihatan haji 1448H ikut negeri dan daerah dari senarai TH. Ada juga apa nak bawa, dan beza kerajaan dengan swasta.
Baca panduan
Untuk mak ayahHaji Warga Emas 1448H: Panduan untuk Anak
Mak ayah dah berumur dan nak tunaikan haji 1448H? Pemeriksaan kesihatan, ubat, kerusi roda, peneman, jarak hotel dan khemah Mina, disusun untuk anak.
Baca panduan
Panduan keluargaSoalan Lazim Haji 1448H/2027M
Jawapan pendek untuk 36 soalan sebenar haji 1448H: surat tawaran, THiJARI, rayuan, kesihatan, KAH, SJP, kos, deposit, bilik dan pembimbing JAD.
Baca panduanSebelum pilih dan bayar
Sebelum pilihCara Pilih Pakej Haji 1448H: Ikut Keadaan Keluarga
Pilih pakej haji 1448H/2027M ikut keadaan keluarga: warga emas, bajet ketat, cuti terhad, haji pertama. Plus 15 soalan untuk PJH (Pengelola Jemaah Haji).
Baca panduan
Sebelum bayarKos Haji 1448H/2027M: Bayaran TH dan Pakej Swasta
Kos haji 1448H/2027M: kadar TH B40, M40 dan T20, Bayaran Haji PJH RM23,398 (tertakluk TH), pakej JAD dari RM56,900 dan tarikh bayar.
Baca panduan
Panduan keluargaBeza Muassasah dan Pakej Swasta Haji 2027
Muassasah TH atau pakej swasta untuk haji 1448H/2027M? Beza cara bayar, hotel dan bilik, khemah Mina, klinik, dan contoh angka sekeluarga.
Baca panduan
Naik taraf khemahPMN Haji Maksudnya Apa? Khemah Naik Taraf & Tawaf Haji Awal
PMN haji maksudnya khemah Arafah dan Mina naik taraf, ±200 m ke Jamrah, kenderaan khas dan tawaf haji awal (susunan musim lepas). Gred, maktab dan harga.
Baca panduan
Banding lokasiLokasi Hotel dan Pergerakan Haji JAD 1448H
Jarak hotel Makkah, Madinah dan Aziziyah pakej JAD 1448H, khemah Mina Muaisim dan PMN, dan beza pergerakan Gold dengan pakej biasa.
Baca panduan
Banding hotelHotel Mana yang Betul-betul dalam Clock Tower Makkah?
Clock Tower Makkah ada 7 hotel. Kenal beza dengan kompleks Safwah dan hotel jiran, Fairmont lawan Fairmont Gold, dan hotel pakej haji JAD 1448H.
Baca panduan
Banding perjalananDenai Haji JAD 1448H: Peta Hotel & Pergerakan
Pilih pakej Haji JAD 1448H. Check hotel, jarak berjalan, khemah dan perjalanan dalam satu paparan yang mudah.
Baca panduan Panduan keluarga8 Nov 2026: Tarikh Akhir Daftar Haji dengan PJH
Pendaftaran haji bersama PJH tutup 8 Nov 2026. Apa nak buat minggu ni: pilih pakej, pemeriksaan kesihatan, jawab THiJARI ikut PJH, beri butiran kepada JAD.
Baca panduan Panduan keluargaBagasi Haji 1448H: Berapa Kg, Air Zamzam & Pos Barang
Bagasi haji 2027: had 30 kg seorang musim lepas, beg tangan, air zamzam 5 liter, pos barang balik, powerbank dan barang larangan.
Baca panduan Panduan keluargaDuit & Kad di Tanah Suci: Riyal Tunai, Kad Debit & ATM
Duit haji 2027: berapa nak bawa, riyal tunai atau kad, Kad Debit-i TH, had tunai BNM, dan wang saku pakej JAD 1448H.
Baca panduan Panduan keluargaLulus Rayuan Haji 2027: Mahram, Pengiring & Merit, Apa Seterusnya
Rayuan haji 1448H lulus dan surat tawaran sampai? Langkah seterusnya: jawab THiJARI ikut PJH, pemeriksaan kesihatan, daftar dengan JAD sebelum 8 Nov 2026.
Baca panduan Panduan keluargaPasport Haji 1448H: Cara Buat, Kadar RM100 & Kalau Hilang
Pasport haji 2027: kadar RM100 dengan surat tawaran TH, dokumen yang dibawa, sah berapa lama untuk haji, gambar, dan apa nak buat kalau hilang.
Baca panduan Panduan keluargaSaudi Visa Bio (SVB) Haji 1448H: Bila, Cara dan Masalah Biasa
Saudi Visa Bio (SVB) haji 2027: apa yang diimbas, bila daftar untuk 1448H, langkah musim lepas, dan apa nak buat kalau aplikasi ralat.
Baca panduanSebelum terbang, dan musim depan
Sebelum terbangSurat Jadual Penerbangan Haji 1448H: Panduan SJP
SJP haji 1448H keluar Februari 2027. Tarikh rasmi TH, tempoh ±40 hari, cara semak SJP di THiJARI dan bila boleh confirm cuti.
Baca panduan
Persediaan awalSeruan Istito'ah: Persediaan Haji 1449H
Pendaftaran haji lama tak hangus. Seruan Istito'ah TH: simpanan RM15,000, cara giliran dikira, kiraan simpanan sebulan dan persediaan 1449H.
Baca panduanSiri Bimbingan Haji 1448H
Infografik ringkas untuk disimpan dan dikongsi dengan keluarga. Setiap satu merujuk Kursus Asas Haji dan bahan Tabung Haji.
Baca teks infografik #01
Tertinggal satu, kesannya jauh berbeza.
- Rukun: mesti dibuat, tiada gantinya sama sekali. Kalau tertinggal: haji tidak sah langsung. Contoh: niat ihram, wukuf, tawaf ifadah, sa’ie, cukur.
- Wajib: kena buat, tapi ada jalan ganti. Kalau tertinggal: haji sah, tapi wajib bayar dam. Berdosa jika sengaja. Contoh: niat di miqat, mabit, melontar.
- Sunat: dapat pahala jika buat, tiada dosa jika tinggal. Kalau tertinggal: haji tetap sah, tiada dam. Contoh: mandi sunat ihram, talbiah, berdoa di Arafah.
Rujukan: Kursus Asas Haji Siri 03 & 04, Tabung Haji (1445/1446H). Tanya pembimbing/TH bagi keadaan khusus.
Baca teks infografik #03
Dua daripada tiga amalan tentukan bila ihram tertanggal. Tiga amalan penentu: melontar Jamrah Kubra, tawaf dan sa’ie, bercukur. Tak semestinya ikut turutan.
- Tahallul awal (2/3): buat mana-mana dua, dah dapat tahallul awal. Boleh tanggal ihram, pakai wangi. Masih haram jimak dan sentuhan bersyahwat. Nikah/kahwin masih belum dibenarkan.
- Tahallul thani (3/3): buat ketiga-tiganya, itu tahallul thani. Semua larangan ihram gugur.
Rujukan: Kursus Asas Haji Siri 03: Rukun Haji (Bercukur), Tabung Haji. Tanya pembimbing/TH bagi keadaan khusus.
Baca teks infografik #04
Sahutan hamba kepada seruan Allah. Hafal lafaz dan maknanya.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
Labbaik Allahumma labbaik, aku sahut seruan-Mu ya Allah, aku sahut seruan-Mu,
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ
labbaik la syarika laka labbaik, aku sahut seruan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku sahut seruan-Mu;
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيكَ لَكَ
innal hamda wan ni'mata laka wal mulk, la syarika lak. segala puji, nikmat dan kerajaan milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Mula bertalbiah: sebaik selesai niat ihram di miqat. Sebut 3 kali, kemudian selawat dan doa.
Rujukan: infografik rasmi TH “Pengertian Talbiah” (KAH Siri 02), Kursus Asas Haji Siri 03 (amalan sunat ihram) dan Kursus Intensif Umrah & Haji (KITHU) Siri 04, Tabung Haji. Lafaz Arab: Al-Īḍāḥ, al-Nawawī. Tanya pembimbing/TH bagi keadaan khusus.
Baca teks infografik #06
Adab ringkas sebelum dan sebaik tiba di Tanah Suci.
- Baca doa masuk Tanah Haram sebaik sampai.
- Mandi sunat masuk Makkah, juga bagi yang haid dan nifas.
- Afdal masuk siang; tiba malam pun tiada salah.
- Letak barang, kemudian utamakan ke Masjidil Haram.
- Nampak Kaabah: angkat tangan, berdoa. Antara waktu doa diharap mustajab.
- Tawaf dahulu: tawaf umrah (tamattu') atau qudum (ifrad).
- Jaga hati, elak menyakiti orang dalam kesesakan.
- Perbanyak ibadat: tawaf, Al-Quran, doa dan istighfar.
Rujukan: Kursus Intensif Umrah & Haji (KITHU) Siri 06 (Adab Memasuki Mekah), Kursus Asas Haji Siri 01 (Adab & Kelebihan Tanah Haram Makkah), Tabung Haji. Tanya pembimbing/TH bagi keadaan khusus.
Sumber & lesen
Lihat 15 sumber yang saya rujuk
- Laman rasmi Tabung Haji · 2026-09-30
- Infografik TH: Perjalanan Haji 1448H/2027M (salinan diterima 25 Sep 2026; tarikh terbitan TH tidak dijumpai) · 2026-09-25
- Siaran TH: Rayuan Haji 1448H/2027M dibuka lebih awal mulai 2 Oktober · 2026-09-28
- Soalan Lazim Rayuan Haji 1448H/2027M, Tabung Haji · 2026-09-28
- Siaran TH 24 September 2026 tentang Kursus Asas Haji 1448H · 2026-09-24
- Siaran TH: Haji 1448H, kos dan bayaran haji dikekalkan · 2026-09-09
- Slaid kursus TH musim lepas (KAH Siri 10 Pengurusan Haji), portal e-Bimbingan TH (bahan musim lepas; dirujuk 29 Sep 2026) · 2026-09-29
- Soalan Lazim THiJARI, Tabung Haji (cara tahu terpilih: SMS, e-mel dan pos; terima tawaran di laman web, bukan aplikasi) · 2026-09-28
- Siaran TH: TH ingatkan bakal haji musim 1448H dan 1449H tingkat persediaan (10,000 langkah atau 7 km sehari) · 2026-07-06
- Laman TH: Pengendalian Haji, jadual operasi musim 1447H (wukuf 9 Zulhijjah 1447H = 26 Mei 2026) · 2026-09-22
- Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi: ramalan cuaca Makkah dan tempat ibadah haji, musim 1447H (19 Mei 2026) · 2026-05-19
- Poster MyJAD JAD 1448H (MyJAD Basic dan MyJAD Elite, khas pemegang surat tawaran giliran 1448H) · 2026-10-05
- Brosur Pakej Haji JAD Travel & Tours 1448H (baki penuh pakej paling lewat 1 Disember 2026) · 2026-09-21
- Pengesahan JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 26 Oktober 2026: pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026; tarikh sama untuk semua PJH · 2026-10-26
- Poster pakej Elite Economy, JAD Travel & Tours 1448H (30 Oktober 2026) dan pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 31 Oktober 2026 · 2026-10-31





