Jawapan ringkas
Pakej JAD dibuka dari RM56,900 seorang (Elite Economy). RM23,398 dah ada dalam harga tu: Bayaran Haji PJH (Pengelola Jemaah Haji).
- RM23,398 diambil dari akaun TH (Tabung Haji), tak ditambah lagi. Status sumber: Brosur JAD 1448H / Belum diumumkan TH
- Muassasah (laluan TH): B40 (rendah) RM15,000, M40 (bukan B40/T20) RM23,500, T20 (melebihi RM15,000 sebulan) RM33,300 (kos penuh).
JADSuper · bilik berempat
Ke mana perginya harga pakej
RMDeposit RM1,000 seorang · semua pakej
- Dari akaun THRM23,398Bayaran Haji PJH, ±37% harga. Dah ada dalam harga, tak ditambah lagi (angka brosur, tertakluk TH)
- Tunai kepada JADRM40,502Dibayar dalam tiga peringkat:
- 1 · DepositRM1,000 seorangLepas lulus pemeriksaan kesihatan dan jawab tawaran TH
- 2 · 50% bakiRM19,751Dua minggu lepas deposit
- 3 · Baki penuhRM19,751Selewat-lewatnya 1 Disember 2026
Sumber: brosur JAD 1448H; deposit: pengesahan pegawai pemasaran JAD, 17 Okt 2026; pecahan bayaran: pengesahan pegawai pemasaran JAD, 2 Okt 2026. RM23,398 tertakluk TH.
Dalam halaman ini
- Kos Muassasah: B40 RM15,000, M40 RM23,500, T20 RM33,300
- Apa yang termasuk dalam kos haji TH
- RM23,398 dalam pakej swasta
- Harga pakej JAD yang masih dibuka: Elite Economy dari RM56,900 seorang
- Bayar dalam tiga peringkat
- Kos yang mungkin di luar harga pakej
- Kira bajet sekeluarga
- Kalau tuan/puan membuat rayuan
- Panduan berkaitan
RM15,000 ada dua maksud
- Syarat simpanan dalam akaun TH, untuk terima surat tawaran atau mohon rayuan.
- Bayaran Haji kategori B40, kalau pergi melalui Muassasah.
Syarat mohon rayuan RM15,000, bukan RM33,300. Ia bukan jumlah yang dibayar kalau lulus. Status sumber: Siaran TH 28 Sep 2026
Rayuan dibuka 2 Oktober 2026 di THiJARI dan tutup Januari 2027. Status sumber: Siaran TH 28 Sep 2026
Bayaran kalau rayuan lulus ada di bahagian rayuan di bawah.
Fakta tanpa tanda saya ambil daripada sumber rasmi TH di bawah. Tanda Musim lepas maksudnya amalan musim sebelum ni, belum tentu sama untuk 1448H.
Kos Muassasah: B40 RM15,000, M40 RM23,500, T20 RM33,300
TH kekalkan kos penuh haji Muassasah (haji yang TH urus sendiri) pada RM33,300. Ni tahun keempat berturut-turut angka tu tak berubah.
Untuk B40 dan M40, Bantuan Kewangan Haji Bersasar tanggung sebahagiannya.
Seorang bayar berapa
- Muassasah B40RM15,000
- Muassasah M40RM23,500
- Muassasah T20RM33,300
- Pakej JAD dibuka paling rendahdari RM56,900Biru: RM23,398 dari akaun TH (brosur, tertakluk TH)
Oren: tunai kepada JAD
Sumber: siaran TH (kadar Muassasah 1448H); brosur JAD 1448H. Laluan lain, cara bayar pun lain.
Lihat jadual: siapa B40, M40, T20 dan bantuan TH
| Kategori | Siapa | Bantuan TH | Bayaran Haji |
|---|---|---|---|
| B40 | Pendapatan rendah: penerima STR atau bantuan kerajaan bagi B40 | RM18,300 | RM15,000 |
| M40 | Bukan B40 dan bukan T20 | RM9,800 | RM23,500 |
| T20 | Pendapatan melebihi RM15,000 sebulan | Tiada, bayar kos penuh | RM33,300 |
Kalkulator: harga seorang, sekeluarga dan jadual bayaran
Pilih laluan, bilik dan bilangan orang. Jumlah keluar terus.
Buka laman di pelayar biasa untuk kira bayaran.
Lihat jadual harga asal →Harga seorangRM15,000
Menurut soalan lazim TH, kadar ni dah tetap, dan kategori tak boleh tukar ikut suka. Cuma B40 dan M40 boleh pilih bayar lebih, masa sahkan tawaran di laman web THiJARI.
Apa yang termasuk dalam kos haji TH
- Flight
- Pengangkutan
- Penginapan di Arab Saudi
- Makanan
- Perubatan
- Kelengkapan
- Kursus dan bimbingan
- Bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi
Nasihat saya: belanja peribadi belum tentu termasuk. Asingkan dari awal.
Anggaran duit belanja sendiri ada di bahagian Duit poket.
RM23,398 dalam pakej swasta
PJH ialah Pengelola Jemaah Haji, iaitu syarikat swasta yang dilesenkan TH untuk tawarkan pakej haji. Musim 1448H ada 34 PJH, termasuk JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd.

Brosur JAD sebut Bayaran Haji PJH untuk warganegara ialah RM23,398. Jumlah ni dah ada dalam harga pakej, dan ditolak terus dari akaun TH jemaah.
Laman awam TH yang saya semak belum keluarkan kadar PJH 1448H. Jadi ni angka brosur, dan TH yang tetapkan angka akhir. Status sumber: Brosur JAD 1448H / Belum diumumkan TH
Visa, caj tambahan, dan siapa cukupkan RM23,398
- Visa haji dah termasuk dalam RM23,398 ni. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 30 Sep 2026
- TH boleh kenakan caj tambahan kalau ada kos baru daripada Arab Saudi.
- Ikut borang JAD, jemaah sendiri yang cukupkan Bayaran Haji dalam akaun TH, pada kadar yang TH tetapkan.
- Untuk jemaah PJH macam JAD, kadarnya sama untuk semua, tak ikut kategori pendapatan.
- Cukupkan Bayaran Haji PJH dalam akaun TH pada langkah 5, sebelum jawab tawaran di THiJARI. Status sumber: Borang JAD 1448H; soalan lazim TH 1448H
Simpanan belum cukup? Ikut 7 langkah di bawah.
RM23,398 hanya sebahagian harga pakej
Baki harga pakej dibayar kepada PJH.
Jadi RM23,398 tak boleh dibanding terus dengan RM15,000 atau RM23,500. Laluannya lain, cara bayar pun lain.
Harga pakej JAD yang masih dibuka: Elite Economy dari RM56,900 seorang
Status sumber: Brosur JAD 1448H; poster JAD 30 Okt
Harga bawah ni harga JAD, syarikat tempat saya bertugas sebagai pegawai pemasaran.
Lapan pakej biasa JAD ada 27 harga, ikut tingkat dan jenis bilik. Enam masih dibuka: Elite Economy, Super, Elite, Classic, Silver dan Gold. Basic Economy dan Basic dah sold out.
Paling tinggi RM128,900 (Gold, bilik berdua), belum termasuk business class yang atas permohonan.
Harga seorang, bilik berempat · skala RM0 hingga RM110,900. Gold: kelas perniagaan atas permohonan, tak dijamin; jika lulus ada caj tambahan, jika tak dapat tiada caj.
Brosur JAD 1448H
Lihat jadual harga asal
| Pakej | Harga bilik berempat | Tempoh brosur |
|---|---|---|
| Basic Economy | RM54,900 | lebih kurang 40 hari |
| Basic | RM58,900 | lebih kurang 40 hari |
| Elite Economy | RM58,900 | lebih kurang 40 hari |
| Super | RM63,900 | lebih kurang 40 hari |
| Elite | RM67,900 | lebih kurang 40 hari |
| Classic | RM70,900 | lebih kurang 40 hari |
| Silver | RM73,900 | lebih kurang 40 hari |
| Gold | RM110,900 (business class atas permohonan) | lebih kurang 25 hari |
Saya guna harga bilik berempat supaya semua pakej boleh dibanding sama rata.
Bilik berlima lebih murah: Elite Economy RM56,900, Super RM59,900, Elite RM64,900.
MyJAD Basic dan MyJAD Elite pun dah sold out. Status sumber: Poster MyJAD JAD 1448H; status pakej: pengesahan pegawai pemasaran JAD, 23 Okt 2026
Bilik berempat dan berlima di hotel Makkah dan Madinah dikongsi ikut jantina. Suami isteri nak sebilik, ambil bilik berdua. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 2 Okt 2026
Tentang Gold: business class atas permohonan
Kedua-dua harga Gold, RM110,900 dan RM128,900, belum termasuk business class (kelas perniagaan).
- Business class kena mohon dulu, dan tak dijamin sebab kerusinya sangat terhad.
- Kalau lulus, caj tambahan ikut harga semasa, anggaran brosur RM15,000 hingga RM17,000 seorang.
- Kalau tak lulus, tiada caj.
Semua harga dah termasuk Bayaran Haji PJH RM23,398. Itu angka brosur.
TH yang tetapkan angka akhir, dan semua pakej boleh berubah ikut ketetapan TH. Status sumber: Belum diumumkan TH bagi RM23,398
Contoh pecahan Super (sama seperti bar di atas)
Contoh, Super bilik berempat, RM63,900 seorang:
- RM23,398 ialah Bayaran Haji PJH, ditolak terus dari akaun TH. TH yang tetapkan angka akhir.
- RM40,502 ialah baki bahagian pakej JAD
- Jumlahnya kekal RM63,900. RM23,398 tak ditambah lagi di atasnya.
Beza laluan TH dan swasta saya terangkan di Beza Muassasah dan Pakej Swasta.
Apa yang termasuk dalam harga pakej JAD
Status sumber: Brosur JAD 1448H; visa haji: pengesahan pegawai pemasaran JAD, 30 Sep 2026; set kelengkapan: senarai ibu pejabat JAD 1448H, 18 Okt 2026; poster JAD 30 Okt
Soalan yang selalu ditanya: harga tu dah termasuk flight, visa, hotel dan makan? Ya. Ini pecahannya:
9 perkara dah termasukSemua pakej kecuali Gold · Gold ditanda emas.
- Bayaran Haji PJHRM23,398, ditolak dari akaun TH (angka brosur, tertakluk TH)Gold: sama
- Visa hajiTermasuk dalam Bayaran Haji PJHGold: sama
- PenerbanganPenerbangan sewa khas (charter)Gold: Penerbangan komersil; business class atas permohonan, caj tambahan hanya kalau lulus
- HotelMakkah, Madinah dan AziziyahGold: Fairmont Gold, Biltmore Al Madina dan Aziziyah
Lihat 5 perkara lagi: Khemah Arafah dan Mina, Makan, Kereta api laju Haramain (HHR), Set kelengkapan haji, Kursus haji
- Khemah Arafah dan MinaKhemah biasa di Arafah; di Mina, Maktab Asia Tenggara (Muaisim)Gold: PMN (khemah naik taraf)
- MakanFullboard, 3 kali sehariGold: Fullboard International di Makkah dan Madinah
- Kereta api laju Haramain (HHR)Sehala, kelas ekonomiGold: Sehala, kelas perniagaan
- Set kelengkapan hajiSet Eco 21/22 jenis (MyJAD, Basic Economy, Elite Economy, Super) atau Set Eksklusif 30/31 jenis (yang lain)Gold: Set Eksklusif 30/31 jenis
- Kursus haji1 hari (Basic Economy, Elite Economy, Super) atau 2 hari 1 malam (yang lain)Gold: 2 hari 1 malam

Yang di luar harga pakej, saya senaraikan di bahagian bawah, "Kos yang mungkin di luar harga pakej".
Kenapa nampak lebih mahal?
Baca jawapan
Status sumber: Brosur JAD 1448H, banding brosur JAD 1447H
Dalam RM63,900 tu (Super, bilik berempat), RM23,398 ialah Bayaran Haji PJH yang diambil dari akaun TH tuan/puan.
Itu angka brosur, tertakluk TH. Jumlah tu lebih kurang 37%, dan bukan caj JAD.
Yang naik tahun ni tier bawah. Tahun lepas (1447H) Basic ada harga rebat mula RM47,900.
Tahun ni brosur satu harga tanpa rebat, dan paling rendah RM54,900 (Basic Economy, kini sold out). Sebab utamanya harga hotel naik. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 30 Sep 2026
- Classic dan Gold harga sama macam tahun lepas.
- Silver pun sama, dan bilik berdua Silver turun sedikit.
- Harga Gold belum termasuk business class, yang kena mohon dulu. Caj tambahannya ada dalam "Tentang Gold" di atas.
Kalau banding dengan PJH lain pula, ini yang saya kumpul dari e-brosur 33 PJH 1448H, setakat 1 Okt 2026.
Skala RM0 hingga RM70,000. Semua termasuk Bayaran Haji PJH RM23,398 (angka brosur, tertakluk TH).
Hotel, tempoh dan apa yang termasuk berbeza antara syarikat; harga setakat 1 Okt 2026 dan boleh berubah.
Harga paling rendah yang saya jumpa RM42,990 seorang, bilik berempat atau berlima, hotel Makkah ±190 m.
Pakej JAD yang masih dibuka paling rendah: Elite Economy, RM56,900 (bilik berlima).
Hotel, tempoh dan apa yang termasuk berbeza-beza antara syarikat, dan harga boleh berubah. Contohnya:
- Ada yang RM48,990 tulis 15 hari je di hotel Makkah, ±380 m ke Masjidil Haram.
- Ada yang RM44,940 bilik berlima, hotel Makkah ±380 m, dan hotel Aziziyah ±650 m ke Jamrah (JAD ±500 m; Elite Economy ±600 m).
Semua yang saya kumpul, termasuk JAD, dah masukkan RM23,398 dalam harga (angka brosur, tertakluk TH). Status sumber: Brosur dan laman PJH lain 1448H yang saya kumpul, setakat 1 Okt 2026
Jadi banding tiga benda dulu: berapa orang sebilik, berapa jarak hotel ke Masjidil Haram, dan apa yang termasuk. Cara banding penuh ada di Cara Pilih Pakej Haji.
Bayar dalam tiga peringkat
Tujuh langkah, dari surat tawaran ke deposit
Ini urutan untuk bakal haji yang pilih pakej JAD:
- Terima surat tawaran TH.
- Buat pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik dalam senarai TH.
- Lulus pemeriksaan. Ini syarat utama. Tanpa lulus, tuan/puan tak boleh jawab tawaran TH.
- Pilih pakej PJH, contohnya pakej JAD.
- Cukupkan Bayaran Haji PJH dalam akaun TH.
- Lengkapkan jawapan tawaran di laman web THiJARI, dalam tempoh yang tertulis pada surat tawaran.
- Bayar deposit kepada JAD.
Gagal pemeriksaan? Tuan/puan tak boleh jawab tawaran TH.
JAD pun tak minta apa-apa bayaran. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, selari soalan lazim TH 1448H, 1 Okt 2026
TH belum umumkan satu tarikh akhir jawab tawaran untuk semua. Ikut tarikh dalam surat tawaran masing-masing. Status sumber: Belum diumumkan TH
Pendaftaran pakej bersama JAD pula ditutup pada 8 November 2026, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan.
Tarikh ini sama untuk semua PJH. Status sumber: Pengesahan JAD, 26 Okt 2026
Baki pakej kepada JAD
Status sumber: Brosur JAD 1448H
Lihat contoh kiraan: deposit RM1,000 seorang
Contoh Super berempat, RM63,900 seorang. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 2 Okt 2026
- Bahagian tunai kepada JAD: RM40,502.
- Deposit RM1,000 seorang. Jadi baki RM39,502 dibahagi dua.
↑ Bayaran 3 peringkat ada di atas
Butiran setiap bayaran
Untuk bahagian yang dibayar kepada JAD, jadual bayaran macam ni:
-
Deposit RM1,000 seorang untuk semua pakej. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 17 Okt 2026
- Deposit ni sebahagian harga pakej, bukan bayaran tambahan.
- Ia hanya diminta pada langkah 7 di atas, iaitu lepas lulus pemeriksaan kesihatan dan lengkapkan jawapan tawaran TH.
- Jemaah rayuan pula bayar deposit lepas rayuan lulus dan lulus pemeriksaan kesihatan.
-
Dua minggu lepas deposit, bayar 50% daripada baki tunai kepada JAD. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 2 Okt 2026
-
Selesaikan baki penuh selewat-lewatnya 1 Disember 2026.
Kalau ambil naik taraf PMN atau upgrade bilik Aziziyah, caj tu dibayar bersama bayaran akhir ni. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026
Bayaran Haji PJH RM23,398 dari akaun TH berasingan daripada tiga bayaran ni. Bila tepat ia diambil, belum ada jawapan bertulis (lihat kotak di bawah).
Baca syarat dulu, baru bayar
Borang JAD sebut bayaran dibuat atas nama JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd sahaja. Status sumber: Brosur JAD 1448H
Minta pegawai terangkan syarat penuh dulu, baru bayar.
Lepas sahkan: tak boleh tarik diri, dan denda kalau batal
Lepas tuan/puan sahkan terima tawaran JAD, tuan/puan tak dibenarkan tarik diri.
Tak boleh juga pindah ke syarikat lain, atau kembali ke kaedah TH-Muassasah untuk musim ni.
Denda kalau batal: 5% · 20% · 40%
Kalau batal, denda dikira atas bahagian JAD sahaja:
- 5% selepas bayar pakej
- 20% selepas jadual penerbangan keluar
- 40% selepas jadual keluar dan visa haji diperuntukkan
Contoh Super bilik berempat, bahagian JAD RM40,502:
- 5%: RM2,025
- 20%: RM8,100
- 40%: RM16,201
Status sumber: Borang JAD 1448H
Dua soalan yang belum berjawab
Setakat 2 Okt 2026, dua soalan ni belum ada jawapan bertulis daripada ibu pejabat JAD.
Satu, kalau tak cukup duit untuk bayaran kedua atau ketiga (tarikh akhir 1 Disember 2026).
Dua, bila tepat RM23,398 diambil dari akaun TH tuan/puan.
(Soalan gagal pemeriksaan kesihatan dah berjawab: gagal bermaksud tak boleh jawab tawaran TH, dan JAD tak minta apa-apa bayaran.)
Kalau mana-mana perkara ni penting untuk keluarga tuan/puan, minta jawapan bertulis dulu sebelum bayar.
Kos yang mungkin di luar harga pakej
Status sumber: Brosur JAD 1448H
Brosur JAD: 5 perkara dibayar berasingan
Brosur JAD letak perkara ni sebagai bayaran berasingan:
- pos dan kargo
- pengangkutan tambahan
- ziarah tambahan
- bimbingan mutawwif (pembimbing jemaah) di luar pakej
- insurans tambahan dan kad perubatan
Pakej Gold ada kad perubatan hospital atau klinik swasta dalam cirinya. Untuk pakej lain, jangan anggap perlindungan tambahan tu termasuk, selagi tak ada pengesahan bertulis.
Caj di bawah ni ditambah di atas harga pakej. Aziziyah ialah kawasan penginapan dekat Kompleks Jamrah.
Lihat jadual caj tambahan
| Perkara | Angka | Bila perlu |
|---|---|---|
| Bilik bertiga di Aziziyah | RM4,000 seorang (Elite Economy RM2,000) | Nak kekal bertiga macam bilik hotel |
| Bilik berdua di Aziziyah | RM8,000 seorang (Elite Economy RM6,000) | Suami isteri nak sebilik |
| PMN: khemah Arafah dan Mina serta kenderaan khas | RM10,000 seorang (brosur) | Pakej selain Gold; Gold dah termasuk |
| Sajian antarabangsa | RM5,500 seorang (brosur) | Nak menu antarabangsa di Makkah |
| Dam (bayaran sembelihan) | RM810 seekor (musim lepas) | Syarat visa musim lepas; kadar 1448H belum ada |
Bilik Aziziyah tanpa upgrade, dan bila bayar caj ni
Hotel Aziziyah: Nousk Al-Masarah ★3 (Elite Economy: Nuzul Al Rayyan). Tanpa upgrade, bilik dikongsi ikut jantina. Gold kekal ikut bilik yang dipilih.
Upgrade Aziziyah tertakluk kekosongan, jadi minta masa daftar. Caj upgrade dan PMN dibayar bersama bayaran akhir (lihat Baki pakej di atas).
Dam
Baca
Status sumber: Musim lepas
Satu lagi bayaran yang elok disimpan dalam bajet ialah dam (bayaran sembelihan). Musim lepas (1447H), dam jadi syarat visa:
- RM810 seekor.
- Bayar melalui THiJARI atau kaunter TH, mulai 1 Ramadan.
Kalau tak bayar, TH bekukan jumlah tu dari akaun mulai 1 Syawal. Kadar 1448H belum ada lagi.
Duit poket
Status sumber: Anggaran, bukan harga tetap
Tiada angka rasmi. Satu pasangan yang pergi haji 2026 selama 48 hari kongsi di Threads: habis lebih kurang RM15,000 berdua, di atas harga pakej.
Kebanyakan pakej JAD lebih kurang 40 hari, jadi ambil angka tu sebagai gambaran je. Tanda yang dah masuk bajet:
Tandakan yang dah siap
0 / 6 siapBuka senarai duit poket: 6 perkara
Riyal tunai atau kad, ATM dan had tunai keluar negara: Duit & Kad di Tanah Suci.
Pasal kerusi roda: 2 perkara
Pasal kerusi roda:
- Kerusi roda manual disediakan percuma oleh pihak berkuasa Masjidil Haram (dilapor media 2024).
- Kereta elektrik untuk tawaf atau saie pula berbayar, melalui app Tanaqol (Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi).
Satu lagi. Super dan Elite JAD dapat wang saku 1,000 SAR di Makkah (Elite: brosur JAD 1448H; Super: tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026). Pakej lain yang masih dibuka tiada wang saku.
Kira bajet sekeluarga
↑ Kira terus dengan kalkulator bajet sekeluarga
Contoh pasangan, Super bilik berdua: 2 × RM72,900 = RM145,800.
Nak sebilik di Aziziyah juga, tambah 2 × RM8,000 (tertakluk kekosongan), jadi RM161,800. Lepas tu tambah dam dan duit belanja. Status sumber: Brosur JAD 1448H
Tandakan yang dah siap
0 / 9 siapBuka 9 langkah kira bajet
Kalau tuan/puan membuat rayuan
Nak mohon rayuan 1448H, syaratnya simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun TH.
- RM15,000simpanan minimum dalam akaun TH untuk mohon
- RM33,300kalau lulus melalui laluan TH, tanpa bantuan
- Belum bayarkepada JAD sebelum rayuan dan pemeriksaan kesihatan lulus
TH tetapkan angka ni ikut kadar Bayaran Haji paling rendah, iaitu kadar B40. Kos penuh belum perlu dibayar masa memohon.
Kalau rayuan lulus melalui laluan TH: kos penuh RM33,300, tanpa bantuan kewangan.
Pengecualian: rayuan sebagai mahram atau pengiring
Ini termasuk isteri atau suami yang ikut pasangan terpilih.
Mereka bayar ikut kategori pendapatan isi rumah orang yang diiringi (B40, M40 atau T20).
Kalau tuan/puan pilih JAD, tiada bayaran kepada JAD sebelum rayuan 1448H lulus dan tuan/puan lulus pemeriksaan kesihatan.
Jadual bayaran kalau rayuan lulus (sama: deposit, 50% baki, baki penuh)
Kalau lulus sebelum 1 Disember 2026, jadualnya sama: Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026 (deposit: 17 Okt 2026)
- Deposit: RM1,000 seorang.
- 50% baki, dua minggu lepas deposit.
- Baki penuh, selewat-lewatnya 1 Disember 2026.
Lulus selepas 1 Disember 2026? Syarikat tetapkan jadualnya dan maklumkan kemudian. Status sumber: Brosur JAD 1448H dan pengesahan pegawai pemasaran JAD
Langkah mohon rayuan ada di Cara Rayuan Haji 1448H.
Soalan lazim
Berapa kos haji ikut TH (Muassasah) untuk 1448H/2027M?
Kos penuh RM33,300 seorang. Tapi yang dibayar ikut kategori pendapatan isi rumah yang TH guna. B40 bayar RM15,000. M40 bayar RM23,500. T20 bayar RM33,300.
Kalau ambil pakej JAD, kena tambah RM23,398 lagi ke?
Tak. Menurut brosur JAD 1448H, RM23,398 tu dah ada dalam harga pakej, dan ditolak terus dari akaun TH jemaah. Itu angka brosur. TH yang tetapkan angka akhir, dan setakat ni TH belum umumkan kadar PJH 1448H. Visa haji pun dah termasuk dalam Bayaran Haji PJH tu (pengesahan pegawai pemasaran JAD, 30 Sep 2026).
Pakej haji JAD paling rendah berapa?
Yang masih dibuka paling rendah: Elite Economy, RM56,900 seorang bilik berlima, atau RM58,900 bilik berempat. Empat pakej lain dah sold out. Semua pakej boleh berubah ikut ketetapan TH.
Bila kena cukupkan Bayaran Haji TH?
Lepas lulus pemeriksaan kesihatan dan pilih pakej. Tanpa lulus, tuan/puan tak boleh jawab tawaran TH. Cukupkan Bayaran Haji PJH dalam akaun TH dulu, barulah lengkapkan jawapan tawaran di laman web THiJARI. Tempohnya tertulis pada surat masing-masing.
Bayaran pakej JAD kena buat berapa kali?
Tiga kali. Pertama, deposit, lepas lulus pemeriksaan kesihatan dan jawab tawaran TH. Deposit RM1,000 seorang, semua pakej. Kedua, 50% baki tunai kepada JAD, dua minggu lepas deposit. Ketiga, baki selebihnya, selewat-lewatnya 1 Disember 2026. Contoh Super berempat dengan deposit RM1,000 seorang: RM19,751 + RM19,751.
Lihat 3 soalan lagi
Kos haji TH dah termasuk apa?
Menurut TH, kos haji termasuk flight, pengangkutan dan penginapan di Arab Saudi. Makanan, perubatan, kursus dan bimbingan pun termasuk. Begitu juga bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi, dan kelengkapan. Duit belanja sendiri kena asingkan.
Apa yang tak termasuk dalam harga pakej JAD?
Menurut brosur JAD 1448H, yang ni di luar harga pakej: pos dan kargo, pengangkutan dan ziarah tambahan. Bimbingan mutawwif (pembimbing jemaah) di luar pakej pun berasingan, begitu juga insurans tambahan dan kad perubatan.
Harga pakej JAD dah termasuk flight, visa, hotel dan makan?
Ya. Menurut brosur JAD 1448H, harga pakej termasuk Bayaran Haji PJH, penerbangan, dan hotel Makkah, Madinah dan Aziziyah. Khemah Arafah dan Mina, dan makan Fullboard 3 kali sehari, pun termasuk. Begitu juga kereta api laju Haramain sehala, set kelengkapan haji dan kursus haji. Visa haji pula termasuk dalam Bayaran Haji PJH (pengesahan pegawai pemasaran JAD, 30 Sep 2026).
Panduan berkaitan
Sumber & lesen
Lihat 17 sumber yang saya rujuk
- Siaran media TH: TH Buka Proses Rayuan Haji 1448H/2027M Lebih Awal Mulai 2 Oktober · 2026-09-28
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad): tiada bayaran sebelum rayuan lulus; jadual bayaran rayuan · 2026-09-29
- Siaran TH: Haji 1448H, kos dan bayaran haji dikekalkan · 2026-09-09
- Soalan Lazim Kos, Bayaran dan Bantuan Kewangan Haji 1448H, Tabung Haji (salinan disimpan penulis) · 2026-09-09
- Brosur Pakej Haji JAD Travel & Tours 1448H · 2026-09-21
- Borang Pengesahan Penerimaan Tawaran Haji JAD 1448H · 2026-09-22
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 30 September 2026: visa haji termasuk dalam Bayaran Haji PJH; harga pakej paling rendah naik kerana harga hotel naik · 2026-09-30
- Brosur dan laman pakej haji 1448H PJH lain, dikumpul pegawai pemasaran JAD (nama syarikat tidak disebut): harga paling rendah dan Bayaran Haji PJH dalam harga · 2026-09-29
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Oktober 2026 (malam): caj naik taraf PMN dan upgrade bilik Aziziyah dibayar bersama bayaran akhir pakej · 2026-10-01
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 17 Oktober 2026: deposit RM1,000 seorang untuk semua 9 pakej, termasuk MyJAD · 2026-10-17
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 2 Oktober 2026: bayaran kedua ialah 50% daripada baki tunai kepada JAD selepas deposit; bilik berempat dan berlima di hotel Makkah dan Madinah dikongsi ikut jantina · 2026-10-02
- Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi: Soalan Lazim (kereta elektrik tawaf dan saie disewa melalui app Tanaqol) · 2026-10-01
- Gulf News: kerusi roda percuma dan berbayar di Masjidil Haram, Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi · 2024-08-10
- Kongsian jemaah haji 2026 yang baru pulang di Threads (duit poket pasangan 48 hari, harga sarapan, upah tolak kerusi roda, pesan tentang teksi), dikumpul pegawai pemasaran JAD · 2026-08-23
- Laman TH Pengelola Jemaah Haji: senarai PJH musim 1448H/2027M dikemas kini, 34 syarikat berlesen (dirujuk 20 Okt 2026) · 2026-10-20
- Pengesahan JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 26 Oktober 2026: pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026; tarikh sama untuk semua PJH · 2026-10-26
- Poster pakej Elite Economy, JAD Travel & Tours 1448H (30 Oktober 2026) dan pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 31 Oktober 2026 · 2026-10-31







