JAD Travel & ToursUstaz Haji ZulkifliPegawai Pemasaran

Naik taraf PMN

PMN Haji Maksudnya Apa? Khemah Naik Taraf & Tawaf Haji Awal

PMN haji maksudnya khemah Arafah dan Mina naik taraf, ±200 m ke Jamrah, kenderaan khas dan tawaf haji awal (susunan musim lepas). Gred, maktab dan harga.

±200 m
khemah naik taraf (PMN) ke Jamrah · khemah biasa ±3.5 km
  • RM10,000seorang, pakej biasa lain
  • Tempatdipastikan JAD bila dipilih
  • Golddah termasuk PMN
Brosur JAD 1448H · pengesahan JAD, 26 Okt 2026
Ustaz Haji Zulkifli AhmadUstaz Zulkifli · Dikemas · 15 min baca
Jemaah berehat di atas sofa bed dalam khemah PMN di MinaDeretan sofa katil berbantal dalam khemah PMN JAD di Arafah
Dalam halaman ini
  1. PMN maksudnya khemah naik taraf, lebih kurang 200 m ke Jamrah
  2. Naik taraf PMN di JAD: RM10,000 seorang, tempat dipastikan
  3. Khemah PMN biasanya Maktab 111 hingga 115, gred asas hingga A+
  4. Tawaf haji seawal malam 10 Zulhijah, dengan kenderaan khas
  5. Tujuh kelebihan PMN, dari pengalaman musim lepas
  6. Sebelum pilih: malam 10 Zulhijah panjang, dan semua PMN tawaf awal
  7. PMN sesuai kalau nak tidur di khemah dekat Jamrah
  8. 7 soalan sebelum pilih PMN
  9. Panduan berkaitan

Jawapan ringkas

PMN maksudnya Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf: khemah Arafah dan Mina naik taraf, lebih kurang 200 meter ke Kompleks Jamrah.

  • Khemah biasa, Muaisim (Maktab Asia Tenggara), lebih kurang 3.5 kilometer ke Jamrah.
  • Di JAD, Gold dah termasuk PMN. Elite Economy, Super, Elite, Classic dan Silver boleh naik taraf, RM10,000 seorang. JAD pastikan ada tempat bila dipilih masa mendaftar.

Susunan musim lepas · PMN JAD lawan pakej biasa

Rukun haji siap lebih kurang 3 hingga 6 hari lebih awal

Tawaf & saie haji siapMalam 10Pakej biasa: 16 Zulhijah
Semua larangan ihram terlepasMalam 11Pakej biasa: 16 Zulhijah
Khemah Mina ke Jamrah±200 mKhemah Muaisim: ±3.5 km
Lihat semua hari sekali gus
  1. 9 Zulhijah

    Wukuf di Arafah, khemah PMN.

    Wukuf di Arafah, khemah biasa.

  2. Malam 10

    Kenderaan khas lalu Muzdalifah lepas tengah malam, terus ke Masjidil Haram: tawaf & saie haji.

    Tawaf & saie haji selesai

    Bermalam (mabit) di Muzdalifah.

  3. 10 Zulhijah

    Gunting atau cukur di Makkah, seawal pagi. Rehat di hotel Aziziyah.

    Tahallul awal

    Dari khemah Muaisim ke Jamrah, melontar Jamrah Kubra, bercukur, kemudian ke hotel Aziziyah.

    Tahallul awal
  4. Malam 11

    Melontar Jamrah Kubra, masuk khemah PMN dan bermabit di Mina.

    Tahallul kedua

    Bermabit di Mina. Tiga larangan ihram masih ada.

  5. 11–13 Zulhijah

    Hari Tasyrik: melontar tiga Jamrah, bermabit di Mina. Rukun dah selesai.

    Hari Tasyrik: melontar tiga Jamrah, bermabit di Mina.

  6. 16 Zulhijah

    Tak perlu berasak ke Masjidil Haram untuk tawaf haji.

    Ke Masjidil Haram: tawaf & saie haji.

    Tawaf & saie haji selesaiTahallul kedua

Susunan 1448H bergantung arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan tertakluk TH. Sebab setiap langkah sah diterangkan di bahagian aliran di atas.

Dalam halaman ini
  1. PMN maksudnya khemah naik taraf, lebih kurang 200 m ke Jamrah
  2. Naik taraf PMN di JAD: RM10,000 seorang, tempat dipastikan
  3. Khemah PMN biasanya Maktab 111 hingga 115, gred asas hingga A+
  4. Tawaf haji seawal malam 10 Zulhijah, dengan kenderaan khas
  5. Tujuh kelebihan PMN, dari pengalaman musim lepas
  6. Sebelum pilih: malam 10 Zulhijah panjang, dan semua PMN tawaf awal
  7. PMN sesuai kalau nak tidur di khemah dekat Jamrah
  8. 7 soalan sebelum pilih PMN
  9. Panduan berkaitan

Setiap bahagian ada label Status yang tunjuk dari mana faktanya: brosur JAD 1448H, musim lepas, atau pengalaman saya di lapangan.

Hukum dan jarak datang dari bahan rasmi Tabung Haji (TH).

PMN maksudnya khemah naik taraf, lebih kurang 200 m ke Jamrah

Jemaah berehat di atas sofa bed dalam khemah PMN di Mina
Dalam khemah PMN di Mina: sofa bed, bukan tikar. Foto musim 1444H.
Lihat 6 foto khemah PMN JAD di Arafah, musim lepas

Khemah PMN JAD di Arafah · foto musim lepas

Koridor khemah PMN JAD di Arafah dengan bilik bersekat, musim 1447H
Koridor bilik bersekat · musim 1447H
Deretan sofa katil berbantal dalam khemah PMN JAD di Arafah, musim 1447H
Sofa katil berbantal · musim 1447H
Khemah PMN JAD di Arafah berkarpet merah dengan sofa lantai dan penghawa dingin
Karpet, sofa lantai, penghawa dingin · musim 1446H
Jemaah berihram wukuf dalam khemah PMN JAD di Arafah
Wukuf dalam khemah · musim 1446H
Sudut bufet makanan dalam khemah PMN JAD di Arafah
Sudut bufet · musim 1446H
Pek sambutan berisi buah, air dan tisu di atas sofa katil khemah PMN JAD di Arafah, musim 1447H
Pek sambutan: buah, air, tisu · musim 1447H
Buka saiz penuh (boleh zum) ↗

Status sumber: Brosur JAD 1448H

Kalau lutut mak ayah dah tak kuat, check satu benda dulu: khemah Mina tu jauh tak dari tempat melontar? Situ PMN buat beza.

Masya'ir ialah tempat ibadah haji di luar Makkah: Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Jemaah PMN dapat khemah Arafah dan Mina yang dinaik taraf, dan kenderaan khas untuk tawaf dan saie haji awal.

Jemaah pakej biasa JAD dapat khemah Mina di Maktab Asia Tenggara, yang orang panggil Muaisim.

Beza paling terasa ialah jarak berjalan ke Kompleks Jamrah, bangunan tempat melontar di Mina, pada hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijah).

Lihat jadual perbandingan penuh
Perkara Khemah biasa (Mina: Muaisim) Khemah PMN
Jarak khemah Mina ke Kompleks Jamrah Lebih kurang 3.5 kilometer sehala (bahan kursus TH) Lebih kurang 200 meter
Khemah Arafah dan Mina Khemah biasa (Mina: Maktab Asia Tenggara) Khemah naik taraf
Kenderaan khas untuk tawaf dan saie haji awal Tiada Ada (brosur: PMN sahaja)
Muzdalifah (musim lepas) Turun dan bermabit lebih kurang 4 hingga 5 jam Lalu dalam kenderaan, tak turun
Tawaf dan saie haji (musim lepas, pengalaman lapangan JAD) 16 Zulhijah, sehari selepas pindah dari Aziziyah ke hotel Makkah Seawal selepas tengah malam 10 Zulhijah
Pakej JAD Basic Economy, Basic, Elite Economy, Super, Elite, Classic, Silver Gold (termasuk); pakej lain boleh naik taraf, tempat dipastikan JAD

Jemaah khemah Muaisim, musim lepas: Status sumber: Musim lepas

  • Bergerak dengan bas antara Arafah, Muzdalifah dan Mina, 40 hingga 50 orang sebas.
  • Ke Kompleks Jamrah, berjalan kaki lebih kurang 3.5 kilometer sehala, melalui terowong Muaisim.

Yang saya nampak sendiri di lapangan: Status sumber: Pengalaman lapangan, musim lepas

  • Khemah Muaisim ada tilam dan tandas, tapi memang sesak sebab ramai orang.
  • Jemaah Muassasah dan jemaah pakej biasa JAD sama-sama di Muaisim, cuma lain maktab.
Mabit di Mina, ringkasnya
  • Malam-malam Tasyrik, jemaah wajib bermabit (bermalam) di Mina, ikut Kursus Asas Haji TH. Hotel Aziziyah (lebih kurang 500 meter ke Kompleks Jamrah) di luar Mina, jadi tidur di hotel tak dikira mabit.
  • Had Mina: Jamrah Kubra (Jamrah 'Aqabah) ialah jamrah paling hampir dengan Makkah. Menurut pendapat muktamad mazhab Syafi'i, jamrah itu sendiri tidak termasuk Mina; Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-28 pun sebut begitu. Jadi tempat bermabit mesti melepasi Jamrah Kubra, di sebelah Jamrah Wusta dan Jamrah Sughra (arah Masjid Khaif), bukan di sebelah hotel.
  • Di lapangan, kebanyakan jemaah JAD di hotel Aziziyah berjalan kaki masuk ke Mina. Mereka berada di situ lebih separuh malam, lepas tu balik berehat di hotel (pengalaman saya). Yang tidur di khemah Mina bermabit di khemah. Pada 10 Zulhijah, jemaah pakej biasa berjalan dari khemah Muaisim ke Jamrah, kemudian ke hotel Aziziyah.

Susunan 1448H tertakluk TH. Butiran hotel dan pergerakan ada di Lokasi Hotel dan Pergerakan Haji JAD.

Naik taraf PMN di JAD: RM10,000 seorang, tempat dipastikan

Status sumber: Brosur JAD 1448H; pengesahan JAD; poster JAD 30 Okt

Naik taraf PMN RM10,000 seorang. Ia dibuka untuk Silver, Classic, Elite, Super dan Elite Economy.

Gold dah termasuk PMN dalam harga pakej. Harga semua pakej ada di Kos Haji 1448H/2027M.

  • Tempat dipastikan. JAD pastikan ada tempat PMN bila tuan/puan pilih masa mendaftar. Susunan khemah ikut arahan Kementerian Haji Arab Saudi. Status sumber: Pengesahan JAD, 26 Okt 2026
  • Tarikh tutup pilihan PMN belum ditetapkan, akan dimaklumkan kemudian.
  • Bila bayar? Bersama bayaran akhir pakej. Status sumber: Pengesahan JAD
  • Satu keluarga tak perlu semua naik taraf. Seorang je yang ambil PMN pun boleh.
  • Jemaah Muassasah (haji urusan TH) tak ditawarkan naik taraf PMN.

Musim lepas, e-brosur rasmi syarikat haji catat PMN sebagai pilihan berbayar yang tertakluk kelulusan Mashariq, pihak yang sediakan khemah di Mina. Untuk musim 1448H, JAD pastikan tempat PMN jemaah yang memilihnya.

Khemah PMN biasanya Maktab 111 hingga 115, gred asas hingga A+

Pintu masuk khemah JAD Maktab 112 di Arafah dengan papan Selamat Datang
Pintu masuk khemah JAD, Maktab 112, di Arafah. Foto musim 1444H.

Leret ke kiri untuk lihat seluruh rajah.

Rajah ringkas (dilukis semula, bukan ikut skala). Had Mina: pendapat muktamad mazhab Syafi'i dan Muzakarah Haji ke-28. Kedudukan tempat dan nombor maktab: peta HQ JAD musim 1447H. Jemaah hotel berjalan masuk ke Mina untuk bermabit: pengalaman lapangan saya.
Lihat peta infografik HQ JAD: Jamrah, Maktab 112 PMN, Maktab 82
Peta infografik HQ JAD musim 1447H: Kompleks Jamrah, khemah PMN Maktab 112, Maktab 82 dan kawasan hotel JAD
Rujukan: peta infografik HQ JAD musim 1447H (Kompleks Jamrah, Maktab 112 PMN, Maktab 82).
Buka saiz penuh (boleh zum) ↗

Status sumber: Musim lepas

Maktab ialah kawasan khemah untuk satu kumpulan besar jemaah, dan setiap maktab ada nombor.

Dari pengalaman saya, khemah PMN biasanya di Maktab 111 hingga 115. Khemah PMN 112 JAD musim lepas terletak di Arafah. Status sumber: Pengesahan JAD

PMN ada beberapa gred, dari asas sampai A+.

Syarikat haji lain (PJH, Pengelola Jemaah Haji) pun tawarkan PMN, sebab tu harga naik taraf lain-lain:

Lihat banding PMN, PJH lain lawan JAD: harga, khemah, jarak ke Jamrah, gred
PJH lain (brosur 1448H)JAD
Harga naik taraf
RM8,000 seorang (dua brosur); satu brosur ada pilihan "Arafah sahaja" RM3,500RM10,000 seorang; tempat dipastikan JAD bila dipilih masa mendaftar
Khemah
Ikut syarikat: Arafah sahaja, atau Arafah dan MinaArafah dan Mina, dengan kenderaan khas
Jarak ke Jamrah
Musim lepas, e-brosur gabungan PJH cetak antara ±200 m hingga ±1.5 km±200 m (brosur JAD 1448H)
Gred dan maktab
Berbeza, dari asas hingga A+Gred Type A+; nombor maktab dimaklumkan bila disahkan

Status sumber: Brosur PJH lain dan JAD 1448H; jarak PJH: musim lepas

Jadi sebelum banding harga, tanya dulu: PMN tu untuk Arafah je, atau Arafah dan Mina? Gred apa? Apa yang termasuk?

PMN JAD 1448H gred Type A+, sama dengan PMN dalam pakej Gold. Nombor maktab saya maklumkan secara bertulis bila dah disahkan. Status sumber: Pengesahan JAD, 18 Okt 2026

Nak tanya dulu, tekan butang WhatsApp di halaman ni.

Nama saya ada dalam brosur JAD 1448H sebagai Ustaz Haji Zulkifli, pegawai pemasaran JAD Bangi.

Tawaf haji seawal malam 10 Zulhijah, dengan kenderaan khas

Bas JAD bernombor 112 tiba di kem Arafah
Bas JAD tiba di kem Arafah. Foto musim 1444H.

Status sumber: Brosur JAD 1448H; masa ikut susunan musim lepas

Lihat infografik Siri Bimbingan Haji #03: Tahallul Awal & Thani, apa bezanya
Infografik Siri Bimbingan Haji #03: beza tahallul awal dan tahallul thani
Siri Bimbingan Haji 1448H #03: Tahallul Awal & Thani dalam Haji: Apa Bezanya?Tahallul: keluar daripada larangan ihram.
Baca teks infografik #03

Dua daripada tiga amalan tentukan bila ihram tertanggal. Tiga amalan penentu: melontar Jamrah Kubra, tawaf dan sa’ie, bercukur. Tak semestinya ikut turutan.

  • Tahallul awal (2/3): buat mana-mana dua, dah dapat tahallul awal. Boleh tanggal ihram, pakai wangi. Masih haram jimak dan sentuhan bersyahwat. Nikah/kahwin masih belum dibenarkan.
  • Tahallul thani (3/3): buat ketiga-tiganya, itu tahallul thani. Semua larangan ihram gugur.

Rujukan: Kursus Asas Haji Siri 03: Rukun Haji (Bercukur), Tabung Haji. Tanya pembimbing/TH bagi keadaan khusus.

Buka saiz penuh (boleh zum) ↗

Brosur JAD 1448H senaraikan tawaf dan saie haji awal, dengan kenderaan khas, untuk jemaah PMN.

Masa di bawah ialah susunan yang jemaah PMN JAD lalui musim lepas. Tahun 1448H bergantung arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan tertakluk TH.

Nota tarikh: dalam kiraan Hijrah, malam bermula waktu Maghrib. Jadi "malam 10 Zulhijah" ialah malam selepas hari wukuf 9 Zulhijah.

  1. 9 Zulhijah: wukuf di Arafah, di khemah PMN.
  2. Malam 10 Zulhijah, lepas Isyak (lebih kurang pukul 10 malam): kenderaan khas bertolak dari Arafah.
  3. Selepas tengah malam: kenderaan khas melalui Muzdalifah. Mabit maksudnya bermalam, dan mabit di Muzdalifah ialah wajib haji.

    Saya berpegang, lalu dalam kenderaan selepas separuh malam memenuhi syarat mabit. Sebabnya saya terangkan di bawah.

  4. Terus ke Masjidil Haram: tawaf haji (tawaf ifadah) dan saie haji. Saie ialah berjalan antara Safa dan Marwah.

  5. Gunting atau cukur rambut: tahallul awal, seawal pagi 10 Zulhijah, sebelum atau selepas Subuh. Tahallul maksudnya keluar daripada larangan ihram.
  6. Siang 10 Zulhijah: rehat di hotel Aziziyah.
  7. Malam 11 Zulhijah (malam selepas rehat siang tu), lepas Maghrib atau Isyak dan makan: melontar Jamrah Kubra, yang juga dipanggil Jamrah 'Aqabah. Ini tahallul kedua (tahallul thani).
  8. Lepas melontar: masuk khemah PMN di Mina.
Kenapa susunan ni boleh? Ada tiga perkara:
  • Mabit di Muzdalifah. Ikut takrif Kursus Asas Haji TH, mabit di Muzdalifah bererti berada di bumi Muzdalifah walaupun seketika.

    Waktunya antara separuh malam 10 Zulhijah dan sebelum terbit fajar. Takrif tu tak menyentuh soal kenderaan.

    Kitab al-Īḍāḥ karya Imam an-Nawawi pula sebut mabit terhasil bila jemaah hadir di Muzdalifah walaupun seketika, selepas separuh malam.

    Atas dasar takrif dan kitab ni, saya berpegang jemaah dalam kenderaan yang melalui kawasan Muzdalifah selepas separuh malam dah memenuhi syarat mabit.

  • Waktu tawaf. Ikut TH, waktu tawaf dan saie haji bermula selepas tengah malam 10 Zulhijah.

  • Tahallul awal. Ikut Kursus Intensif Haji TH, tahallul awal terhasil bila selesai dua daripada tiga perkara. Tiga perkara tu: melontar Jamrah Kubra, tawaf dan saie haji, serta bergunting atau bercukur.

    Carta TH sendiri tunjuk gabungan tawaf, saie dan bercukur, dengan tahallul awal terhasil di Makkah.

Selepas tahallul awal, ikut Kursus Asas Haji TH, tinggal tiga larangan ihram:

  • bernikah, menikahkan atau menerima wakil nikah
  • mukadimah hubungan kelamin
  • bersetubuh

(Ikut TH, larangan menebang pokok dan memburu binatang di Tanah Haram kekal untuk semua orang, sama ada dalam ihram atau tidak.)

Selepas tahallul kedua, semua larangan ihram terlepas.

Tujuh kelebihan PMN, dari pengalaman musim lepas

↑ Banding hari demi hari: PMN lawan pakej biasa ada di atas

Status sumber: Pengalaman lapangan, musim lepas

Lihat tujuh kelebihan PMN
  • Khemah dekat Jamrah. Lebih kurang 200 meter, berbanding lebih kurang 3.5 kilometer dari khemah Muaisim. Ini paling terasa masa bermabit di khemah pada hari Tasyrik.

  • Kenderaan khas. Ikut brosur JAD 1448H, kenderaan khas ni untuk jemaah PMN sahaja. Jadi kurang berjalan pada malam 10 Zulhijah.

  • Rukun selesai awal. Musim lepas, tawaf dan saie haji siap seawal pagi 10 Zulhijah. Jemaah biasa buat pada 16 Zulhijah.

  • Masjidil Haram lebih lengang. Dari pengalaman saya, masa tu Masjidil Haram biasanya lebih lengang dan lebih sejuk berbanding selepas hari Tasyrik.

  • Tahallul kedua lebih awal. Ikut susunan musim lepas, semua larangan ihram terlepas seawal malam 11 Zulhijah. Jemaah biasa pula selepas tawaf haji, pada 16 Zulhijah.

  • Lebih ringan untuk warga emas, kalau larat berjaga. Bila rukun dah selesai awal, baki hari haji lebih ringan. Tapi malam 10 Zulhijah panjang. Baca bahagian bawah dulu.

  • Kurang risau bagi jemaah wanita. Ikut Kursus Asas Haji TH, haid tak menghalang wukuf, mabit atau melontar. Yang terhalang cuma tawaf.

    Jadi bila tawaf haji dah siap awal, tuan/puan tak perlu risau ia tertangguh kalau haid datang selepas tu.

    Tapi kalau haid datang sebelum tawaf haji awal tu sempat dibuat, tawaf tu pun kena tunggu suci dulu, sama macam jemaah lain.

Sebelum pilih: malam 10 Zulhijah panjang, dan semua PMN tawaf awal

Baca 7 perkara: malam 10 panjang, semua PMN tawaf awal
  • Malam 10 Zulhijah panjang. Lepas wukuf seharian, jemaah terus bergerak sampai pagi: Muzdalifah, Masjidil Haram, tawaf, saie, gunting. Rehat baru dapat di hotel Aziziyah.

  • Tak boleh pilih tawaf cara biasa. Semua jemaah PMN JAD ikut aliran tawaf awal. Tiada kumpulan PMN, termasuk Gold, yang bermalam di Muzdalifah, melontar, kemudian baru tawaf. Status sumber: Pengesahan JAD

    Kalau tak larat berjaga sampai pagi, bincang dengan keluarga dulu sebelum pilih PMN.

  • Jamrah Kubra dilontar malam 11, bukan pagi 10. Ikut TH, waktu terbaik (afdal) melontar Jamrah Kubra ialah waktu Dhuha 10 Zulhijah. Waktu yang dibolehkan (harus) berterusan hingga sebelum terbenam matahari 13 Zulhijah, dan aliran PMN JAD musim lepas guna waktu tu. Ada soalan hukum? Tanya saya melalui WhatsApp, atau Bimbingan TH.

  • Susunan dan gred. Ini susunan musim lepas; 1448H bergantung arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan tertakluk TH. Harga PMN syarikat lain mungkin untuk gred lain, jadi banding gred dengan gred.

  • Pembimbing. Di JAD, setiap bas (maksimum 50 jemaah) ada seorang mutawwif dan seorang petugas. Ibu pejabat yang agihkan, jadi tak semua bas dibimbing PEKTA. Status sumber: Poster JAD 1448H; pengesahan JAD

    • 3 PEKTA 1448H: Ustaz Haji Abu Bakar, Ustaz Haji Yahdi dan Ustaz Haji Hilmi. Mereka mengajar kursus dan ikut ke Tanah Suci.
    • 2 pembimbing wanita: Ustazah Hajah Nony, dan Ustazah Hajah Norasidah (Mutawwifah) yang ikut ke Tanah Suci.
    • Saya pun ikut sebagai mutawwif, tapi tak boleh janji bimbing kumpulan tuan/puan.
  • Kerusi roda. Di Makkah, JAD sediakan kerusi roda tapi jumlahnya terhad, dan jemaah boleh juga beli sendiri. Status sumber: Pengesahan JAD

    Di Masya'ir, Saudi sediakan kereta golf naik Jambatan Jamrah untuk warga emas dan yang susah berjalan. Di stesen kereta api Masya'ir, warga emas dan OKU diminta guna lif. Status sumber: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

    Untuk hari-hari di Arafah, Muzdalifah dan Mina, JAD sediakan 25 unit kerusi roda elektrik. Unit terhad, jadi tempah semasa daftar. Siapa layak guna, tertakluk pengesahan semasa daftar. Status sumber: Iklan JAD 1448H

    Siapa tolak kerusi roda biasa jemaah JAD di Arafah, Muzdalifah dan Mina belum disahkan ibu pejabat. Kalau mak atau ayah perlukan kerusi roda, tanya saya melalui butang WhatsApp sebelum pilih PMN.

  • Kalau anggota keselamatan suruh beralih, ikut. Pihak Saudi minta jemaah kekal dalam khemah, dan keluar hanya bila perlu atau untuk ibadah, dengan izin ketua kumpulan. Jemaah juga diminta ikut arahan anggota keselamatan dan jadual pergerakan. Itu kawalan orang ramai. Status sumber: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

PMN sesuai kalau nak tidur di khemah dekat Jamrah

Staf JAD menolak kerusi roda jemaah wanita warga emas, musim 1447H
Di Arafah, staf JAD menolak kerusi roda jemaah warga emas. Foto musim 1447H.

Penentu utama: malam Tasyrik nak tidur di khemah (PMN ±200 m, Muaisim ±3.5 km ke Jamrah) atau di hotel Aziziyah (±500 m)?

Lebih sesuai kalau:

  • Ada warga emas atau jemaah yang susah berjalan jauh, dan nak bermabit di khemah pada hari Tasyrik.
  • Nak tawaf dan saie haji selesai awal, dan larat berjaga satu malam panjang.
  • Pakej biasa JAD, dan nak rasa khemah Mina yang dekat dengan Jamrah tanpa naik ke Gold.

Mungkin tak perlu kalau:

  • Memang nak berehat di hotel Aziziyah (lebih kurang 500 meter ke Jamrah) pada hari Tasyrik. Larat berjalan masuk ke Mina untuk bermabit di sebelah Jamrah Wusta. Tak kisah tawaf haji selepas Tasyrik.
  • Susah berjaga semalaman lepas wukuf.
  • Bajet ketat. RM10,000 seorang tu besar, dan pakej biasa tetap ada hotel Aziziyah lebih kurang 500 meter ke Jamrah.

Kalau masih pening nak pilih pakej, Cara Pilih Pakej Haji susun pilihan ikut keadaan keluarga.

7 soalan sebelum pilih PMN

Screenshot (tangkap gambar skrin) senarai ni dan jawab sama-sama dengan keluarga.

Soalan untuk syarikat, minta jawapan bertulis (mesej WhatsApp pun boleh), supaya perbandingan adil.

Tandakan yang dah siap

Buka senarai semak: 7 soalan sebelum pilih PMN

Soalan lazim

PMN haji tu apa?

PMN ialah Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf. Masya'ir ialah Arafah, Muzdalifah dan Mina. Jemaah PMN dapat khemah Arafah dan Mina yang dinaik taraf, lebih kurang 200 meter ke Kompleks Jamrah, dan kenderaan khas. Khemah biasa di Mina (Muaisim) pula lebih kurang 3.5 kilometer sehala ke Jamrah, ikut bahan kursus Tabung Haji.

Berapa harga naik taraf PMN di JAD?

Ikut brosur JAD 1448H, RM10,000 seorang. Naik taraf ni dibuka untuk Silver, Classic, Elite, Super dan Elite Economy. JAD pastikan ada tempat PMN bila tuan/puan pilih masa mendaftar. Pakej Gold dah termasuk PMN.

PMN di JAD pasti dapat ke?

Ya. JAD pastikan ada tempat PMN bila tuan/puan pilih PMN masa mendaftar. Bayarannya RM10,000 seorang, sekali dengan bayaran akhir pakej. Susunan khemah ikut arahan Kementerian Haji Arab Saudi. Tarikh tutup pilihan PMN belum ditetapkan, akan dimaklumkan kemudian.

Bayaran naik taraf PMN RM10,000 tu bila kena bayar?

RM10,000 seorang tu dibayar bersama bayaran akhir pakej. Status: Pengesahan JAD.

Kenapa harga PMN lain-lain antara syarikat haji?

PMN ada beberapa gred, dari yang asas sampai A+. Maktabnya pun lain-lain. Dari pengalaman saya musim lepas, khemah PMN biasanya di Maktab 111 hingga 115. Bila banding, tanya nombor maktab dan gred PMN, jangan berhenti pada perkataan PMN je.

Lihat 8 soalan lagi
PMN dengan Muassasah, apa bezanya?

Muassasah ialah haji yang TH urus sendiri. Dari pengalaman saya di lapangan, jemaah Muassasah duduk di khemah Maktab biasa di Muaisim, contohnya Maktab 82. PMN pula maktab naik taraf, biasanya bernombor 111 hingga 115, dan ada beberapa gred, dari asas sampai A+. Sebab tu harga naik taraf PMN lain-lain antara syarikat. Jemaah Muassasah tak ditawarkan naik taraf PMN; PMN untuk jemaah pakej syarikat haji.

Betul ke jemaah PMN boleh tawaf haji malam 10 Zulhijah?

Ikut bahan kursus Tabung Haji, waktu tawaf dan saie haji bermula selepas tengah malam 10 Zulhijah. Musim lepas, jemaah PMN JAD bertolak dari Arafah lepas Isyak. Bas melalui Muzdalifah selepas tengah malam, kemudian terus ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie haji. Susunan 1448H bergantung arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan tertakluk TH.

Kalau tawaf dulu, bila jemaah PMN melontar Jamrah 'Aqabah?

Musim lepas, jemaah PMN JAD melontar Jamrah Kubra (Jamrah 'Aqabah) pada malam 11 Zulhijah, lepas Maghrib atau Isyak. Ikut kursus Tabung Haji, waktu yang dibolehkan (harus) untuk melontar Jamrah Kubra bermula tengah malam 10 Zulhijah hingga sebelum terbenam matahari 13 Zulhijah.

Tahallul awal jemaah PMN macam mana?

Ikut kursus Tabung Haji, tahallul awal terhasil bila jemaah selesai dua daripada tiga perkara: melontar Jamrah Kubra, tawaf dan saie haji, serta bergunting atau bercukur. Musim lepas, jemaah PMN JAD buat tawaf, saie dan gunting atau cukur dulu, jadi tahallul awal terhasil di Makkah, seawal pagi 10 Zulhijah. Lepas tu tinggal tiga larangan ihram. Susunan 1448H bergantung arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan tertakluk TH.

Syarikat haji lain pun ada PMN ke?

Ada. Syarikat haji (PJH) lain pun tawarkan PMN, dengan gred dan harga masing-masing. Sebab tu tanya nombor maktab dan gred PMN sebelum banding harga.

Tak larat berjaga sampai pagi. Boleh ambil PMN tapi tawaf ikut cara biasa?

Di JAD, semua jemaah PMN ikut aliran tawaf awal. Tiada kumpulan PMN, termasuk Gold, yang bermalam di Muzdalifah, melontar, kemudian baru tawaf. Malam 10 Zulhijah memang panjang. Kalau tak larat berjaga sampai pagi, bincang dengan keluarga dulu sebelum pilih PMN. Status: Pengesahan JAD.

Jemaah khemah biasa bergerak naik apa di Arafah, Muzdalifah dan Mina?

Musim lepas, jemaah bergerak dengan bas antara Arafah, Muzdalifah dan Mina, 40 hingga 50 orang sebas, ikut bahan kursus TH. Ke Kompleks Jamrah pula, jemaah khemah Muaisim berjalan kaki lebih kurang 3.5 kilometer sehala. Malam 10 Zulhijah, jemaah biasa bertolak dari Arafah seawal selepas Maghrib ikut giliran TH, turun di Muzdalifah dan bermabit di situ lebih kurang 4 hingga 5 jam. Muzdalifah tiada khemah. Kalau ada ruang, boleh tidur. Kalau penuh, jemaah hanya boleh duduk di atas karpet. Jemaah PMN pula ada kenderaan khas untuk tawaf dan saie haji awal.

Siapa pembimbing JAD musim 1448H? Ustaz Zul ikut?

Ibu pejabat JAD dah umumkan 3 PEKTA: Ustaz Haji Abu Bakar, Ustaz Haji Yahdi dan Ustaz Haji Hilmi. Mereka mengajar kursus haji dan ikut ke Tanah Suci. Ada juga 2 pembimbing wanita, dan Ustazah Hajah Norasidah (Mutawwifah) ikut ke Tanah Suci. Saya pun ikut sebagai mutawwif. Satu mutawwif untuk satu bas, dan ibu pejabat yang agihkan, jadi saya tak boleh janji siapa bimbing kumpulan tuan/puan.

Panduan berkaitan

Sumber & lesen

Lihat 27 sumber yang saya rujuk
  1. Iklan JAD Travel & Tours di Facebook, 3 Oktober 2026: 25 unit kerusi roda elektrik untuk Masyair (Arafah, Muzdalifah dan Mina), Haji 1448H/2027M; bilangan terhad · 2026-10-03
  2. Had Mina: Mughni al-Muhtaj ج2 ص267, Tuhfat al-Muhtaj ج4 ص118, al-Īḍāḥ ص307 (Jamrah 'Aqabah bukan sebahagian Mina menurut pendapat muktamad Syafi'i); Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-28 (Jamrah Kubra tidak termasuk Mina, arah Jamrah Wusta) · 2026-09-30
  3. Brosur Pakej Haji JAD Travel & Tours 1448H · 2026-09-21
  4. Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 30 September 2026: naik taraf PMN dibuka untuk pakej selain Gold; tarikh tutup pilihan PMN belum ditetapkan; dalam satu keluarga tidak perlu semua naik taraf; jemaah Muassasah tidak ditawarkan PMN; satu mutawwif untuk satu bas · 2026-09-30
  5. Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Oktober 2026 (malam): bayaran naik taraf PMN dibuat bersama bayaran akhir pakej; khemah PMN 112 musim lepas terletak di Arafah · 2026-10-01
  6. Poster ibu pejabat JAD 1448H: 3 PEKTA dan 2 pembimbing wanita; pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Oktober 2026: 3 PEKTA mengajar kursus dan ikut ke Tanah Suci, Mutawwifah ikut ke Tanah Suci, Ustaz Zulkifli ikut sebagai mutawwif 1448H · 2026-10-01
  7. Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 2 Oktober 2026: satu bas JAD (satu mutawwif) membawa lebih kurang 40 jemaah, musim lepas · 2026-10-02
  8. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi: laman Mina (kereta golf naik Jambatan Jamrah, lif stesen kereta api Masya'ir, kekal dalam khemah dan patuhi arahan anggota keselamatan) · 2026-09-20
  9. Kursus Intensif Haji 1445H Siri 01, Pengurusan (bas Masya'ir 40 hingga 50 orang, beratur naik bas dari Muzdalifah ke Mina), portal e-Bimbingan Tabung Haji; laporan media 25 Mei 2026 (bas setiap maktab, musim 1447H) · 2026-10-01
  10. Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 24 September 2026: kerusi roda di Makkah disediakan JAD tetapi terhad; jemaah boleh juga beli sendiri · 2026-09-24
  11. Pengalaman lapangan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 30 September 2026, tentang maktab dan gred PMN, hari Tasyrik, aliran tawaf haji awal jemaah PMN JAD musim lepas, dan kelebihannya (Masjidil Haram lebih lengang, rukun selesai awal) · 2026-09-30
  12. Infografik HQ JAD: Lokasi dan Pergerakan Haji (bahan musim 1447H) · 2025-11-25
  13. Kursus Asas Haji Siri 04, slaid Wajib Haji (jarak khemah Muaisim ke Kompleks Jamrah, takrif mabit di Muzdalifah, bermabit di Mina wajib haji, hari bermula waktu Maghrib), portal e-Bimbingan Tabung Haji · 2026-09-28
  14. Kursus Asas Haji Siri 03, slaid Rukun Haji (tahallul awal dan tiga larangan yang tinggal), portal e-Bimbingan Tabung Haji · 2026-09-30
  15. Kursus Intensif Haji 1445H Siri 01, Perjalanan Ibadat Haji (tahallul awal terhasil di Makkah, waktu melontar Jamrah Kubra, larangan Tanah Haram), portal e-Bimbingan Tabung Haji · 2026-09-30
  16. Infografik Waktu Ibadat Haji, Kursus Tauliah Haji dan Umrah Siri 03 (waktu tawaf dan saie haji), portal e-Bimbingan Tabung Haji · 2026-09-30
  17. Al-Īḍāḥ fī Manāsik al-Ḥajj (Imam an-Nawawi), hlm. 298: mabit di Muzdalifah terhasil bila hadir seketika selepas separuh malam · 2026-09-30
  18. Pegangan Ustaz Zulkifli Ahmad, 30 September 2026: jemaah dalam kenderaan yang melalui kawasan Muzdalifah selepas separuh malam memenuhi syarat mabit, atas dasar takrif TH dan kitab · 2026-09-30
  19. E-brosur rasmi PJH 1447H/2026M (bahagian TH/Bumitra): PMN pilihan berbayar, tertakluk kelulusan Mashariq; jarak khemah PMN yang dicetak berbeza antara syarikat (±200 m hingga ±1.5 km) · 2025-11-25
  20. Brosur pakej haji 1448H dua PJH lain, dikumpul pegawai pemasaran JAD (nama syarikat tidak disebut): harga naik taraf PMN dan pilihan Arafah sahaja · 2026-09-22
  21. Kertas kerja Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-40: khemah penginapan di Mina disediakan oleh pihak Masyariq · 2026-09-30
  22. Kursus Asas Haji Siri 07, Fiqh Wanita (infografik Isu-Isu Semasa Mengerjakan Haji: haid hanya menghalang tawaf), portal e-Bimbingan Tabung Haji · 2026-09-30
  23. Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 20 Okt 2026: seorang mutawwif dan seorang petugas setiap bas, satu bas maksimum 50 jemaah · 2026-10-20
  24. Penerangan mutawwif JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 18 Okt 2026: jemaah khemah biasa JAD check-in hotel Makkah 15 Zulhijah, tawaf dan saie haji 16 Zulhijah (musim lepas) · 2026-10-18
  25. Pengesahan JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 26 Oktober 2026: tempat PMN JAD dipastikan bila jemaah pilih PMN masa mendaftar; susunan khemah ikut arahan Kementerian Haji Arab Saudi · 2026-10-26
  26. Pengalaman lapangan Ustaz Zulkifli Ahmad, 28 Oktober 2026: jemaah pakej biasa (tanpa PMN) bergerak dari Arafah ke Muzdalifah seawal selepas Maghrib ikut giliran TH, turun dan bermabit di Muzdalifah lebih kurang 4 hingga 5 jam; tidur atau tidak bergantung keadaan, bila penuh jemaah hanya duduk di atas karpet · 2026-10-28
  27. Poster pakej Elite Economy, JAD Travel & Tours 1448H (30 Oktober 2026) dan pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 31 Oktober 2026 · 2026-10-31
Pakej Haji 1448H oleh JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd (795573-W), PJH berlesen TH musim 1448H.No. Lesen Haji: 18/1448 · No. Lesen MOTAC: KPK/LN/5377 TN 64, Jalan BBSE 3, Bandar Baru Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Tanya di WhatsApp