JAD Travel & ToursUstaz Haji ZulkifliPegawai Pemasaran

Sebelum terbang

Senarai Barang Haji 2027: Set JAD, Barang Sendiri & Had Bagasi

Senarai barang haji 2027: apa dalam set kelengkapan JAD, apa perlu bawa sendiri, dan had bagasi serta zamzam musim lepas (jemaah TH).

21–31 jenis
dalam set kelengkapan JAD, ikut pakej
  • Set JADEco 21/22 atau Eksklusif 30/31 jenis
  • ±40 haribekalan ubat dengan preskripsi
  • Belum diumumhad bagasi dan zamzam 1448H
Senarai ibu pejabat JAD 1448H · bahan TH musim lepas
Ustaz Haji Zulkifli AhmadUstaz Zulkifli · Dikemas · 8 min baca
Jemaah JAD berkumpul pada waktu malam di depan Hotel Nusk Al-Masarah, bendera JAD diangkat, musim 1447H
Dalam halaman ini
  1. Set kelengkapan JAD: 21 hingga 31 jenis, ikut pakej
  2. Dokumen dan ubat: masuk beg kecil yang tuan/puan pegang sendiri
  3. Pakaian, ihram dan kasut: jalan kaki lebih kurang 7 km sehari
  4. Had bagasi dan zamzam 1448H belum diumumkan: ini angka musim lepas
  5. Senarai semak: tanda yang dah masuk beg
  6. Soalan lazim
  7. Sedang menimbang pakej haji 1448H?
  8. Panduan berkaitan

Jawapan ringkas

Risau beli barang pendua, atau tertinggal ubat? Mula dengan apa yang pakej dah beri, baru beli yang kurang.

  • Set JAD: 21 hingga 31 jenis ikut pakej. Ada bagasi 28 inci, 2 set ihram (lelaki), telekung dan jubah (perempuan). Status sumber: Senarai ibu pejabat JAD 1448H
  • Bawa sendiri: ubat cukup untuk lebih kurang 40 hari dengan preskripsi, kasut jalan jauh, dan pakaian kapas ringan.
  • Bagasi dan zamzam 1448H: belum diumumkan TH. Angka musim lepas ↓
Dalam halaman ini
  1. Set kelengkapan JAD: 21 hingga 31 jenis, ikut pakej
  2. Dokumen dan ubat: masuk beg kecil yang tuan/puan pegang sendiri
  3. Pakaian, ihram dan kasut: jalan kaki lebih kurang 7 km sehari
  4. Had bagasi dan zamzam 1448H belum diumumkan: ini angka musim lepas
  5. Senarai semak: tanda yang dah masuk beg
  6. Soalan lazim
  7. Sedang menimbang pakej haji 1448H?
  8. Panduan berkaitan

Fakta tanpa tanda ialah makluman rasmi Tabung Haji (TH). Tanda Musim lepas maksudnya amalan musim sebelum ni, belum tentu sama untuk 1448H.

Set kelengkapan JAD: 21 hingga 31 jenis, ikut pakej

Saiz set ikut pakej yang tuan/puan pilih:

Set Lelaki Perempuan Pakej
Set Eco 21 jenis 22 jenis MyJAD Basic, MyJAD Elite, Basic Economy, Elite Economy, Super
Set Eksklusif 30 jenis 31 jenis Basic, Elite, Classic, Silver, Gold

Status sumber: Senarai ibu pejabat JAD 1448H; poster JAD 30 Okt

"Eco" ialah nama set, bukan nama pakej. Model dan jenama barang ikut bekalan ibu pejabat JAD.

Senarai penuh, barang demi barang: halaman Kenapa JAD.

Ambil Set Eco? 9 barang ni tuan/puan sediakan sendiri

Packing cube, tuala muka, set tahallul (tahallul: keluar daripada larangan ihram), kipas angin, pen dan buku nota, tuala mandi, international plug, selipar hotel, powerbank.

Set Eksklusif ada sembilan barang ni, Set Eco tiada. Banyak yang mungkin dah ada di rumah. Status sumber: Senarai ibu pejabat JAD 1448H

Tarikh dan cara serahan set 1448H belum dimaklumkan JAD.

Beg beroda TH tu untuk siapa?

Beg beroda TH untuk bakal haji Muassasah (laluan haji yang TH sendiri urus) sahaja.

Jemaah pakej dapat beg daripada PJH (Pengelola Jemaah Haji, syarikat swasta berlesen TH). Untuk jemaah JAD, beg ada dalam set kelengkapan.

Status sumber: Musim lepas

Dokumen dan ubat: masuk beg kecil yang tuan/puan pegang sendiri

Barang Apa perlu tahu Sumber
Pasport Sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas wukuf, 4 muka kosong TH, musim lepas
Telefon pintar Untuk aplikasi Nusuk (aplikasi rasmi Arab Saudi) TH, musim lepas
Kad Nusuk Kad jemaah di Arab Saudi (panduan Saudi musim lepas); simpan gambarnya dalam telefon Nasihat JAD
Ubat harian Cukup untuk lebih kurang 40 hari (Gold lebih kurang 25) Nasihat JAD, ikut tempoh pakej
Preskripsi Atau laporan doktor: penyakit, ubat, dos Panduan Saudi, musim lepas
Insulin Peti sejuk ada di hotel, Aziziyah dan khemah Pengesahan JAD

Cara kira tarikh sah pasport ada di senarai semak Oktober. Ubat terkawal dan had 30 hari: persediaan kesihatan.

Salinan pasport, kit pertolongan cemas dan beg ke masjid
  • Simpan salinan digital pasport dalam telefon, untuk urusan ganti kalau hilang.
  • Kit pertolongan cemas kecil: ubat yang perlu, antiseptik, topeng muka dan pembalut.
  • Bawa beg sederhana untuk dokumen, kad dan duit ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Beg besar tak dibenarkan masuk.

Status sumber: Musim lepas

Musim lepas, tiada doktor JAD ikut rombongan. Rawatan melalui kemudahan Saudi dan TH. Status sumber: Pengalaman lapangan, musim lepas

Pakaian, ihram dan kasut: jalan kaki lebih kurang 7 km sehari

TH jangka bakal haji berjalan lebih kurang 10,000 langkah atau 7 km sehari pada hari melontar. Sebab tu, kasut ialah barang pertama yang patut tuan/puan uji.

Kasut dan selipar

  • Panduan Saudi: selipar atau sandal ringan untuk jalan jauh. Jangan berkaki ayam. Status sumber: Musim lepas
  • Kursus TH: kasut yang sesuai, sebab jemaah berjalan ke tempat melontar. Status sumber: Musim lepas
  • Biasakan kaki dengan kasut tu dari sekarang, masa latihan berjalan. Status sumber: Nasihat JAD
Siapa Pakaian dalam set JAD
Lelaki ihram 2 set, kurta 2 pasang, baju polo, topi
Perempuan jubah, telekung, blouse JAD, tudung 2 pasang, topi

Status sumber: Senarai ibu pejabat JAD 1448H

Selebihnya, bawa pakaian kain kapas ringan yang cukup. Panduan Saudi pesan jangan bergantung pada satu set ihram, sebab mungkin perlu tukar sekali atau dua. Status sumber: Musim lepas

Cara pakai ihram dan aurat wanita ialah soal hukum. Tanya pembimbing ibadat JAD.

Beg sandang ke Arafah dan Mina: 8 barang cadangan mutawwif JAD

Masya'ir ialah Arafah, Muzdalifah dan Mina. Cuacanya panas, dan Muzdalifah tiada khemah.

  1. Air minum secukupnya.
  2. Alas duduk kecil.
  3. Kasut selesa.
  4. Payung.
  5. Ubat peribadi dan ubat kronik.
  6. Tisu basah tanpa pewangi, dan pembersih tangan.
  7. Sehelai baju biasa, untuk dipakai lepas tahallul awal.
  8. Wang tunai secukupnya. Elak bawa barang kemas.

Ini senarai cadangan mutawwif (pembimbing jemaah di Tanah Suci) JAD, bukan senarai rasmi TH. Bila boleh tukar baju biasa, tanya pembimbing.

Status sumber: Nasihat JAD

Had bagasi dan zamzam 1448H belum diumumkan: ini angka musim lepas

TH belum umumkan had bagasi dan zamzam untuk 1448H. JAD pun belum beri jawapan bertulis untuk jemaah JAD.

Ini angka musim lepas, untuk jemaah TH:

Perkara Musim lepas (jemaah TH)
Bagasi pulang, diserah dari hotel 30 kg
Beg beroda TH yang dibawa naik pesawat masa pulang kain baju sahaja, 5 kg
Air zamzam, diterima di lapangan terbang tanah air 5 liter seorang
Tak boleh dibawa naik pesawat logam atau besi, barang mudah terbakar, cecair lebih 100 ml

Status sumber: Musim lepas, jemaah TH, tertakluk TH dan syarikat penerbangan

Zamzam 5 liter: musim lepas, jemaah JAD pun dapat. Angka lain untuk jemaah pakej PJH ikut makluman TH. Status sumber: Pengalaman lapangan JAD, 1 Nov 2026

Bagasi pulang diserah dari hotel (city check-in)

Bagasi diserah di hotel, kemudian dihantar terus ke pesawat. Notis diberi 5 hingga 6 hari awal, dan bagasi dihantar 3 hari sebelum berlepas.

Jadi barang untuk 3 hari terakhir masuk beg kecil.

Status sumber: Musim lepas

Untuk jemaah JAD, pos dan kargo melalui kontraktor TH berada di luar pakej, dengan bayaran berasingan. Status sumber: Brosur JAD 1448H

Air zamzam: tak boleh bawa pulang atau pos sendiri
  • Musim lepas, TH beri 5 liter air zamzam seorang sebaik mendarat di tanah air.
  • Jemaah tak boleh bawa pulang atau pos air zamzam sendiri. Jangan masukkan dalam beg, sebab beg akan dibuka masa pemeriksaan.

Status sumber: Musim lepas · Pengalaman lapangan JAD, 1 Nov 2026

Butiran berat bagasi, beg tangan dan pos barang: Bagasi Haji 1448H.

Barang yang Panduan Saudi minta jangan bawa
  • Cerek elektrik.
  • Makanan berbau kuat atau cepat basi.
  • Barang tajam: pisau, gunting, jarum.
  • Ubat yang biasanya tak diperlukan.
  • Barang bernilai tinggi, kecuali betul-betul perlu.

Status sumber: Musim lepas

Senarai semak: tanda yang dah masuk beg

Tanda disimpan dalam pelayar telefon tuan/puan sahaja. Ia tak dihantar kepada kami, kecuali tuan/puan tekan Kongsi atau WhatsApp.

Tandakan yang dah siap

Soalan lazim

Set kelengkapan haji JAD dapat apa?

Set Eco 21 jenis (lelaki) atau 22 jenis (perempuan) untuk MyJAD Basic, MyJAD Elite, Basic Economy, Elite Economy dan Super. Set Eksklusif 30 atau 31 jenis untuk Basic, Elite, Classic, Silver dan Gold. Dua-dua ada bagasi 28 inci, beg, sejadah, payung, kerusi lipat dan pakaian. Status: Senarai ibu pejabat JAD 1448H.

Bagasi haji berapa kilo?

Had bagasi 1448H belum diumumkan TH, dan JAD pun belum maklumkan secara bertulis. Musim lepas, jemaah TH bawa pulang bagasi 30 kg, dan beg beroda 5 kg (kain baju sahaja) naik pesawat. Status: Musim lepas, jemaah TH.

Zamzam haji dapat berapa liter?

Musim lepas, setiap jemaah haji TH terima 5 liter air zamzam di lapangan terbang tanah air semasa pulang. Pengalaman lapangan JAD musim lepas: jemaah tak boleh bawa pulang atau pos air zamzam sendiri, cukup terima 5 liter tu bila mendarat. Jangan masukkan zamzam dalam beg.

Berapa kain ihram untuk haji?

Set kelengkapan JAD beri 2 set ihram kepada jemaah lelaki, dalam Set Eco dan Set Eksklusif. Panduan Saudi musim lepas pesan jangan bergantung pada satu set sahaja, sebab mungkin perlu tukar sekali atau dua pada hari-hari haji. Cara pakai dan hukum ihram, tanya pembimbing atau rujuk bahan kursus TH.

Barang haji wanita apa yang kena beli sendiri?

Set JAD perempuan dah ada topi, blouse JAD, jubah, telekung dan 2 pasang tudung. Pakaian lain, tambah ikut keperluan sendiri. Soalan aurat dan ihram wanita, tanya pembimbing wanita JAD.

Barang balik banyak, boleh pos tak?

Boleh, tapi pos dan kargo di luar pakej JAD, dengan bayaran berasingan melalui kontraktor TH (Brosur JAD 1448H). Musim lepas, pos bagasi dan air zamzam ada caj sendiri. Kadar 1448H belum diumumkan.

Sedang menimbang pakej haji 1448H?

Surat tawaran dah sampai? Maklumat 10 pakej haji 1448H oleh JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd, termasuk set kelengkapan setiap pakej, ada di halaman pakej.

Masih dibuka: Elite Economy, Super, Elite, Classic, Silver, Gold

Sold out: MyJAD Basic, MyJAD Elite, Basic Economy, Basic. Status sumber: Pengesahan JAD, 31 Okt 2026

Pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026. Tarikh ini sama untuk semua PJH. Status sumber: Pengesahan JAD, 26 Okt 2026

Lihat pakej →

Ditulis oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Pegawai Pemasaran JAD (Bangi), yang bertugas di Tanah Suci selama 5 musim haji (2022–2026).

Fakta TH di halaman ni saya semak pada tarikh "dikemas kini" di atas. Kalau ada yang berubah, ikut makluman TH.

Panduan berkaitan

Sumber & lesen

Lihat 11 sumber yang saya rujuk
  1. Pengalaman lapangan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 November 2026: TH beri 5 liter air zamzam seorang sebaik mendarat; jemaah tak boleh bawa pulang atau pos zamzam sendiri · 2026-11-01
  2. Senarai kelengkapan ibu pejabat JAD 1448H: Kelengkapan Haji 1448H/2027M, Set Eco 21/22 jenis dan Set Eksklusif 30/31 jenis (disahkan 18 Okt 2026) · 2026-10-18
  3. Brosur Pakej Haji JAD Travel & Tours 1448H (tempoh pakej lebih kurang 40 hari, Gold lebih kurang 25 hari; pos dan kargo di luar pakej) · 2026-09-21
  4. Panduan Haji Edisi Jemaah Haji Malaysia (panduan Kementerian Haji Arab Saudi, edisi Bahasa Melayu, dihos TH, musim 1447H): Bawa sekali, barang yang tidak boleh dibawa, kit pertolongan cemas, air Zamzam · 2026-04-28
  5. Slaid dan video Kursus Asas Haji TH Siri 10, Pengurusan Haji: Persiapan Diri dan Proses Keberangkatan (portal e-Bimbingan TH, musim lepas) · 2026-09-28
  6. Slaid Kursus Intensif Haji TH 1444H dan 1445H, Taklimat Pengurusan Haji: city check-in 30 kg, beg beroda 5 kg, barang larangan dalam pesawat, zamzam 5 liter (musim lepas) · 2026-09-28
  7. Siaran TH 6 Julai 2026: TH ingatkan bakal haji musim 1448H dan 1449H tingkat persediaan (10,000 langkah atau 7 km sehari) · 2026-07-06
  8. Infografik Siri Bimbingan Haji JAD #02: Beg Sandang ke Arafah dan Mina, 8 barang penting (cadangan mutawwif JAD, bukan senarai rasmi TH) · 2026-09-30
  9. Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026 (peti sejuk di hotel, Aziziyah dan khemah; tiada doktor JAD ikut rombongan) · 2026-10-01
  10. Pengesahan JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 26 Oktober 2026: pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026; tarikh sama untuk semua PJH · 2026-10-26
  11. Poster pakej Elite Economy, JAD Travel & Tours 1448H (30 Oktober 2026) dan pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 31 Oktober 2026 · 2026-10-31
Pakej Haji 1448H oleh JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd (795573-W), PJH berlesen TH musim 1448H.No. Lesen Haji: 18/1448 · No. Lesen MOTAC: KPK/LN/5377 TN 64, Jalan BBSE 3, Bandar Baru Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Tanya di WhatsApp