Jawapan ringkas
Pasport tamat sebelum akhir Disember 2027? Renew sekarang.
Tiga urusan yang Tabung Haji (TH) letak pada Oktober 2026:
- sediakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA),
- daftar MyNIISe, sistem imigresen baru (ikut laporan media),
- daftar Saudi Visa Bio (SVB), rekod muka dan cap jari.
TH baru sebut bulan je. Hari dan cara daftar belum diumumkan, jadi tunggu makluman TH.
Pilih pakej PJH? Pendaftaran tawaran dan rayuan ditutup 8 November 2026. Status sumber: Pengesahan JAD, 26 Okt 2026
JADOktober 2026 · garis masa rasmi TH 1448H
Tiga urusan dokumen bulan ni
Pasport tamat sebelum akhir Disember 2027? Renew sekarang.
- Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA)Okt 2026 · bulan sahajaSediakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).
- MyNIISeOkt 2026 · cara daftar belum keluarDaftar MyNIISe, sistem imigresen baru (ikut laporan media).
- Saudi Visa Bio (SVB)Okt 2026 · muka + 10 cap jariDaftar Saudi Visa Bio (SVB), rekod muka dan cap jari.
TH baru sebut bulan je. Hari dan cara daftar belum diumumkan, jadi tunggu makluman TH. Sumber: infografik TH 1448H; SVB: slaid kursus TH musim lepas.
Dalam halaman ini
- Senarai semak sebelum terbang
- 1. Pasport (PMA) tamat sebelum akhir Disember 2027? Renew sekarang
- 2. MyNIISe: sistem imigresen baru, langkah daftar belum keluar
- 3. Daftar Saudi Visa Bio (SVB) bila TH beritahu caranya
- 4. Urusan lain yang masih berjalan
- Garis masa hingga terbang
- Soalan lazim
- Sedang menimbang pakej haji 1448H?
- Panduan berkaitan
Fakta tanpa tanda saya ambil daripada sumber rasmi TH di bawah. Tanda Musim lepas maksudnya amalan musim sebelum ni, belum tentu sama untuk 1448H.
Tanda satu-satu bila dah siap.
Senarai semak sebelum terbang
Tandakan yang dah siap
0 / 11 siap- 21 September 2026Surat tawaran mula dihantar berperingkat. Kos dan bayaran haji diumumkan bulan yang samaRasmi TH 1448H
- September 2026Pemeriksaan kesihatan, wajib lulus untuk layak terima tawaranRasmi TH 1448H
- 25 September 2026Kursus Asas Haji (KAH) bermula, 12 siriRasmi TH 1448H
- 2 Oktober 2026Rayuan haji 1448H dibuka di THiJARIRasmi TH 1448H
- Oktober 2026Sediakan PMA dan daftar MyNIISeRasmi TH 1448H (bulan sahaja)
- Oktober 2026Daftar Saudi Visa Bio (SVB) bagi permohonan visa hajiRasmi TH 1448H (bulan sahaja)
Lihat 6 tarikh lagi
- 8 November 2026Pendaftaran pakej PJH ditutup, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuanPengesahan JAD, 26 Okt 2026
- Januari 2027Rayuan haji ditutupRasmi TH 1448H (bulan sahaja)
- Bulan SyaabanSerah pasport dan 2 keping gambar ke pejabat cawangan THMusim lepas, tertakluk TH
- Februari 2027Surat Jadual Penerbangan (SJP) keluar. Masa inilah bakal haji pertama kali tahu tarikh terbang masing-masingRasmi TH 1448H (bulan sahaja)
- Ikut SJPLapor diri, pasport dipulangkan, dan berlepasMusim lepas, tertakluk TH
- 15 Mei 2027Wukuf di ArafahRasmi TH 1448H, tertakluk ketetapan Arab Saudi
1. Pasport (PMA) tamat sebelum akhir Disember 2027? Renew sekarang
PMA ialah pasport antarabangsa biasa dari Jabatan Imigresen Malaysia. Ia perlu untuk visa haji, dan TH letak persediaannya pada Oktober 2026 (bulan je).
Pada 6 Julai 2026, TH dah ingatkan bakal haji 1448H supaya pastikan pasport berstatus aktif dan ada tempoh sah yang cukup.
Syarat pasport:
- Sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh masuk ke Arab Saudi. Ni syarat biasa untuk perjalanan luar negara dan masuk Arab Saudi, bukan syarat haji je. Status sumber: Syarat kemasukan Arab Saudi
- Sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong berturut-turut. Status sumber: Musim lepas
- Musim lepas, TH minta sah 6 bulan selepas tarikh wukuf. Wukuf jatuh lepas tarikh masuk, jadi ukuran ni lebih ketat daripada syarat biasa. Status sumber: Musim lepas, tertakluk TH
Ukur dari tarikh penerbangan pulang
Cara paling selamat: pastikan pasport masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tarikh penerbangan pulang.
Ukuran ni cover semua syarat di atas, dan tuan/puan tak perlu risau kalau jadual berubah sikit.
Jadi, pasport yang tamat sebelum akhir Disember 2027 elok diperbaharui sekarang. Untuk renew, ikut cara Jabatan Imigresen Malaysia.
Contoh kiraan, dan kira tarikh sah pasport sendiri
Contoh kiraan: Menurut jadual TH 1448H, penerbangan pertama pulang ialah 24 Mei 2027.
Tarikh pulang setiap jemaah pula hanya diketahui dalam Surat Jadual Penerbangan (SJP), yang dijadual keluar Februari 2027.
Katakan tuan/puan pulang 20 Jun 2027 (contoh je). Pasport kena sah sampai sekurang-kurangnya 20 Disember 2027.
Dapat tarikh pulang? Pasport mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepasnya.
Contoh: pulang 20 Jun 2027 (contoh je). Pasport sah hingga sekurang-kurangnya .
Spesifikasi gambar visa: 2 keping, 4 cm × 6 cm, latar putih
Gambar untuk visa Status sumber: Musim lepas
- 2 keping, saiz 4 cm × 6 cm, latar belakang putih.
- Hujung telinga kiri ke hujung telinga kanan: 3 cm.
- Atas kepala ke bawah dagu: 4.5 cm.
- Muka penuhi 70% hingga 80% ruang gambar.
Serahan pasport: PMA dan 2 keping gambar diserah di pejabat cawangan TH, mulai Syaaban. Status sumber: Musim lepas
Musim lepas, pasport dipulangkan masa lapor diri sebelum berlepas. Status sumber: Musim lepas
Tarikh serahan untuk 1448H belum diumumkan.
Ikut pakej PJH? Tanya cara serahan pasport
PJH (Pengelola Jemaah Haji) ialah syarikat swasta yang dilesenkan TH untuk urus haji.
Kalau tuan/puan pilih pakej PJH, tanya syarikat tu: pasport diserah sendiri di cawangan TH, atau melalui mereka?
Kadar RM100, dokumen yang dibawa dan kalau pasport hilang: Pasport Haji 1448H.
2. MyNIISe: sistem imigresen baru, langkah daftar belum keluar
MyNIISe ialah Sistem Imigresen Bersepadu Nasional, sistem baru Jabatan Imigresen Malaysia. Status sumber: Laporan media
TH letak langkah ni pada Oktober 2026 (bulan je).
Ayat penuh TH
Bunyinya: "penyediaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dan pendaftaran MyNIISe oleh bakal haji".
TH belum umumkan langkah daftar MyNIISe untuk bakal haji.
Tunggu panduan TH, dan hati-hati dengan "panduan" tak rasmi di media sosial.
3. Daftar Saudi Visa Bio (SVB) bila TH beritahu caranya
SVB ialah aplikasi biometrik kerajaan Arab Saudi. Biometrik maksudnya rekod ciri badan seseorang, macam gambar muka dan cap jari.
Ayat penuh TH
TH sebut "Bakal haji melakukan pendaftaran SVB bagi permohonan visa haji", pada Oktober 2026 (bulan sahaja).
SVB tu sendiri bukan visa. Visa haji dikeluarkan oleh Arab Saudi, jadi tiada sesiapa boleh janjikan tarikh visa.
Cara daftar SVB: 6 langkah (musim lepas)
Cara mendaftar Status sumber: Musim lepas
Musim lepas, ada enam langkah:
- Download aplikasi Saudi Visa Bio (SVB).
- Sediakan alamat e-mel yang aktif untuk terima pengesahan.
- Sahkan e-mel melalui pemberitahuan dalam aplikasi SVB.
- Guna kamera telefon pintar untuk imbas:
- muka surat butiran peribadi dalam PMA,
- gambar muka bakal haji (muka diimbas terus dengan kamera telefon, bukan foto bercetak),
- 10 cap jari.
- Tekan butang Hantar, lepas tu pastikan e-mel pengesahan pendaftaran dah sampai.
- Cetak e-mel pengesahan tu, untuk diserah ke pejabat cawangan TH bersama pasport.
Untuk 1448H, tunggu dan ikut panduan TH dulu, sebab langkahnya mungkin berubah.
Anak yang tolong daftar? Musim lepas, mak atau ayah kena ada sekali
Kalau anak yang tolong: langkah musim lepas perlukan imbasan muka dan 10 cap jari bakal haji sendiri.
Jadi walaupun anak yang pegang telefon dan urus e-mel, mak atau ayah kena ada sekali masa pendaftaran.
Lepas visa, jemaah terima Kad Nusuk di Tanah Suci: Kad Nusuk & eHajj. Senarai beg pula ada di Senarai Barang Haji. Status sumber: Musim lepas
4. Urusan lain yang masih berjalan
Pemeriksaan kesihatan
Bakal haji terpilih kena lulus pemeriksaan kesihatan untuk layak terima tawaran haji. Urutan yang TH minta:
Baca lagi
- Bakal haji terpilih kena lulus pemeriksaan kesihatan untuk layak terima tawaran haji. Urutan yang TH minta:
- Periksa kesihatan dan lulus dulu.
- Lepas tu, pilih pakej dan cukupkan bayaran.
- Barulah jawab tawaran di laman web THiJARI, bukan aplikasi.
- JAD tak minta apa-apa bayaran sebelum tuan/puan lulus. Kos dan urutan penuh: tujuh langkah, dari surat tawaran ke deposit.
- Senarai hospital dan klinik setiap negeri untuk pemeriksaan musim 1448H.
- Buat awal, sebab kena lulus dulu sebelum tarikh akhir jawab tawaran.
Persediaan kesihatan yang lebih lengkap ada di Persediaan Kesihatan Haji 1448H.
Lihat 4 urusan lagi: Menjawab surat tawaran di THiJARI, Kursus Asas Haji (KAH) dan rayuan, Vaksin, Latihan berjalan kaki
Menjawab surat tawaran di THiJARI
Menurut soalan lazim TH, tawaran haji kena diterima di laman web THiJARI, bukan dalam aplikasi.
Baca lagi
THiJARI ialah laman web dan aplikasi telefon rasmi TH. Bezanya, dan apa nak buat kalau tak boleh log masuk, ada di panduan THiJARI.
Tarikh akhir menjawab ada dalam surat tawaran tuan/puan. Kalau tak pasti, telefon pusat panggilan TH (THCC) di +603-6207 1919.
Kursus Asas Haji (KAH) dan rayuan
KAH 1448H mula pada 25 September 2026, sebanyak 12 siri di 200 buah masjid, dan terbuka juga kepada orang awam.
Baca lagi

Jadualnya boleh check di THiJARI, laman TH atau pejabat TH.
Surat tawaran belum sampai? Semak status di THiJARI dulu, atau telefon THCC di +603-6207 1919.
Rayuan haji 1448H dibuka 2 Oktober 2026 sampai Januari 2027. Syarat dan langkahnya ada di Cara Rayuan Haji 1448H.
Vaksin
Senarai vaksin musim lepas, daripada bahan kursus TH. Status sumber: Musim lepas
Baca lagi
Ia juga ikut garis panduan pemeriksaan kesihatan bakal haji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan TH.
- Meningococcal ACYW-135 untuk semua bakal haji.
- Influenza dan COVID-19 untuk bakal haji yang:
- berumur 65 tahun ke atas,
- ada penyakit kronik (penyakit jangka panjang, contohnya jantung, paru-paru, buah pinggang atau hati), atau
- daya tahan badannya lemah.
Vaksin diambil lepas lulus pemeriksaan kesihatan, dan kena lengkap sebelum pasport diserah. Syarat vaksin Arab Saudi untuk 1448H belum diumumkan.
Latihan berjalan kaki
TH jangka bakal haji berjalan kira-kira 10,000 langkah atau 7 km sehari pada hari-hari melontar jamrah.
Baca lagi
Musim lepas, jemaah di khemah Muaisim jalan kaki lebih kurang 3.5 km sehala ke Jamrah. Status sumber: Musim lepas
Mula sikit-sikit dari sekarang, contohnya jalan lepas Subuh, dan tambah jarak setiap minggu ikut nasihat doktor.

Garis masa hingga terbang
↑ Garis masa penuh ada di atas
Dua tip: renew pasport awal, dan tunggu SJP sebelum confirm cuti
- Semak tarikh tamat pasport hari ni, walaupun hari tepat belum diumumkan TH. Kalau kena renew, buat awal supaya tak bertembung dengan pendaftaran MyNIISe dan SVB.
- Tarikh terbang setiap bakal haji hanya diketahui melalui SJP pada Februari 2027. Tunggu SJP keluar dulu, baru confirm cuti.
Elak
Jangan kongsi gambar pasport, MyKad atau surat tawaran dalam group WhatsApp atau media sosial. Urusan rasmi melalui saluran TH.
Kalau pilih pakej swasta, check dulu senarai PJH berlesen di tabunghaji.gov.my/pengelola.
Soalan lazim
Macam mana nak tahu dah dapat surat tawaran?
Semak di THiJARI. Surat tawaran 1448H mula keluar berperingkat pada 21 September 2026. TH juga maklumkan melalui SMS, e-mel atau pos. Kalau ragu, telefon pusat panggilan TH (THCC), 8 pagi hingga 6.30 petang setiap hari, kecuali cuti umum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nombornya ada di bahagian Menjawab surat tawaran di bawah.
Dah lulus pemeriksaan kesihatan. Keputusan kena hantar ke mana?
Ikut TH, lepas lulus, cukupkan bayaran haji dalam akaun TH dan lengkapkan jawapan tawaran di laman web THiJARI, bukan aplikasi. Kalau ambil pakej JAD, jangan hantar gambar keputusan dalam WhatsApp. Pegawai JAD yang pegang rekod tuan/puan akan uruskan cara serahannya.
MyNIISe tu apa?
Menurut laporan media, MyNIISe ialah Sistem Imigresen Bersepadu Nasional, sistem baru Jabatan Imigresen Malaysia. TH letak pendaftaran MyNIISe bakal haji 1448H pada Oktober 2026. Langkah daftarnya belum diumumkan TH. Sementara tu, tunggu dan ikut panduan rasmi TH.
SVB tu sama ke dengan visa haji?
Tak sama. Saudi Visa Bio (SVB) ialah aplikasi biometrik kerajaan Arab Saudi untuk rekod butiran pasport, gambar muka dan cap jari bakal haji. Menurut TH, daftar SVB ialah langkah untuk permohonan visa haji. Visa tu sendiri dikeluarkan oleh Arab Saudi, jadi tiada sesiapa boleh janjikan tarikhnya. Ikut bahan kursus TH musim lepas, Arab Saudi lancarkan aplikasi ni pada 29 Mac 2022, untuk mudahkan pendaftaran jemaah dari Malaysia. Kedutaan Besar Arab Saudi wajibkannya mulai 28 November 2022.
Bila tarikh tepat nak daftar MyNIISe dan SVB?
Setakat ni TH umumkan bulan je, iaitu Oktober 2026. Hari tepat belum diumumkan. Ikut makluman TH di THiJARI, laman tabunghaji.gov.my atau pejabat TH.
Lihat 5 soalan lagi
Pasport tamat tahun depan. Kena renew ke untuk haji?
Untuk selamat, pasport yang tamat sebelum akhir Disember 2027 elok diperbaharui sekarang. Sebabnya, syarat biasa untuk semua perjalanan luar negara, termasuk masuk Arab Saudi, ialah pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan, dikira dari tarikh masuk. Cara paling selamat: pastikan pasport masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tarikh flight pulang. Pastikan juga ada paling kurang 4 muka surat kosong berturut-turut. Tarikh pulang setiap jemaah hanya diketahui dalam Surat Jadual Penerbangan (SJP), yang dijadual keluar Februari 2027.
Boleh ke anak daftarkan SVB untuk mak ayah?
Anak boleh tolong uruskan telefon dan e-mel. Tapi langkah musim lepas perlukan imbasan gambar muka dan 10 cap jari bakal haji sendiri. Jadi mak atau ayah kena ada sekali masa pendaftaran. Untuk 1448H, ikut panduan TH nanti.
Bila pasport kena serah kepada TH?
Musim lepas, bakal haji serah pasport dan 2 keping gambar di pejabat cawangan TH, mulai bulan Syaaban. Pasport dipulangkan masa lapor diri sebelum berlepas. Tarikh serahan 1448H belum diumumkan. Kalau ikut pakej PJH, tanya PJH masing-masing macam mana cara serahannya.
Surat tawaran belum sampai. Apa yang boleh dibuat sekarang?
Rayuan haji 1448H dibuka 2 Oktober 2026 sampai Januari 2027, di aplikasi dan laman THiJARI. Kelulusan di tangan TH dan tidak dijamin. Syarat dan langkahnya saya terangkan di halaman Rayuan Haji 1448H.
Bila saya tahu tarikh flight sendiri?
Melalui Surat Jadual Penerbangan (SJP). Ikut garis masa TH, SJP dijadual keluar Februari 2027. SJP boleh check dan cetak di THiJARI. Musim lepas, tarikh dalam SJP tak boleh ditukar.
Sedang menimbang pakej haji 1448H?
Urusan dokumen ni tetap dibuat dengan TH, sama ada ikut urusan TH sendiri atau pakej PJH.
Kalau keluarga tengah banding pakej, maklumat pakej haji 1448H oleh JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd ada di halaman pakej.
Ditulis oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Pegawai Pemasaran JAD (Bangi), yang bertugas di Tanah Suci selama 5 musim haji (2022–2026).
Fakta TH di sini betul pada tarikh "dikemas kini" di atas. Kalau berubah, ikut makluman TH.
Panduan berkaitan
Sumber & lesen
Lihat 15 sumber yang saya rujuk
- Infografik TH: Perjalanan Haji 1448H/2027M (tarikh diterima; tarikh terbitan TH tidak dijumpai) · 2026-09-25
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 26 Oktober 2026: pendaftaran pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan melalui JAD dan semua PJH ditutup 8 November 2026 · 2026-10-26
- Siaran TH: TH Buka Proses Rayuan Haji 1448H/2027M Lebih Awal Mulai 2 Oktober · 2026-09-28
- Soalan lazim TH: Rayuan Haji 1448H/2027M · 2026-09-28
- Siaran TH: TH ingatkan bakal haji musim 1448H dan 1449H tingkat persediaan · 2026-07-06
- TH: Senarai fasiliti pemeriksaan kesihatan bakal haji musim 1448H · 2026-09-23
- Soalan lazim TH: THiJARI · 2026-09-28
- Siaran TH 24 September 2026 tentang Kursus Asas Haji 1448H · 2026-09-24
- Slaid kursus TH musim lepas (KAH Siri 10 Pengurusan Haji; KIH 1445H Taklimat Pengurusan Haji), portal e-Bimbingan TH (bahan musim lepas; tarikh dirujuk) · 2026-09-29
- Siaran TH: Haji 1448H, TH kekalkan kos dan bayaran haji 4 tahun berturut-turut · 2026-09-09
- Garis panduan pemeriksaan kesihatan bakal haji (KKM/TH, Edisi 10; tarikh terbitan tidak dijumpai, tarikh dirujuk) · 2026-09-29
- King Fahd International Airport (Arab Saudi): peraturan visa, pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh masuk · 2026-09-30
- TH: Hubungi Kami (pusat panggilan THCC) · 2026-09-28
- Daftar TH: cara bakal haji tahu terpilih (SMS, e-mel, pos) dan waktu pusat panggilan THCC (dirujuk 28 Sep 2026) · 2026-09-28
- Daftar TH: pergerakan Masya'ir, jalan kaki Muaisim ke Jamrah (slaid Kursus Intensif Haji TH 1445H, musim lepas) · 2026-10-01



