Jawapan ringkas
Risau terlanggar larangan ihram masa haji nanti? Ini pakaian dan larangan ihram, ikut bahan kursus Tabung Haji (TH).
- Lelaki: dua helai kain yang tidak bercantum, dipakai sebelum berniat. Sunat putih.
- Wanita: tiada pakaian ihram khusus. Pakaian biasa yang menutup aurat, dan muka tidak ditutup.
- Larangan: ada 13, dari mula berniat sampai tahallul (lepas daripada larangan ihram).
Dalam halaman ini
- Ihram bermula bila berniat, bukan bila pakai kain
- Pakaian ihram lelaki: dua helai kain, selipar nampak tumit
- Pakaian ihram wanita: tiada pakaian khusus, muka tidak ditutup
- 13 larangan ihram: 2 ditanda khusus lelaki, 1 khusus wanita
- Bila niat ihram haji: 8 Zulhijah di Makkah, umrah di miqat
- Berapa lama dalam ihram haji: dari 8 Zulhijah sampai tahallul
- Sebelum berangkat: 4 perkara boleh buat sekarang
- Soalan lazim
- Rancang haji 1449H
- Panduan berkaitan
Fakta di halaman ni dari sumber rasmi TH.
Ringkasan bahan TH, bukan fatwa
Ini ringkasan bahan TH dan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK), bukan fatwa. Untuk kes sendiri, tanya pembimbing ibadat.
Ihram bermula bila berniat, bukan bila pakai kain
Ihram ialah keadaan selepas berniat ihram haji atau umrah. Larangan ihram berjalan dari mula berniat sampai tahallul.
Kain putih tu pula pakaian ihram. Orang selalu sebut "pakai ihram" untuk kain tu, dan bahan kursus TH pun ada guna begitu.
Niat ihram: rukun haji yang pertama
Niat ihram haji ialah rukun haji yang pertama. Lafaz niat dan bacaan talbiah ada dalam nota Kursus Asas Haji (KAH).
Pakaian ihram lelaki: dua helai kain, selipar nampak tumit
- Izar: sehelai kain lepas, menutup antara pusat dan lutut.
- Rida': sehelai lagi kain lepas, dibuat selendang.
- Warna: sunat putih. Dua-dua kain tidak bercantum.
- Bila pakai: wajib sebelum berniat ihram. Sebaik-baiknya dari rumah, stesen berlepas, atau hotel di Madinah.
Selipar atau sandal lelaki semasa ihram
Mesti nampak tumit, dan sekurang-kurangnya hujung tiga jari kaki, ikut Muzakarah Haji (MHPK) ke-39.
Kasut dan selipar untuk jalan jauh: Senarai Barang Haji.
Cara lilit kain diajar dalam KAH. Cuba pakai di rumah dulu, dan minta pembimbing tunjukkan.
Velcro, pin, zip, getah, sleeping bag dan payung: resolusi MHPK
- Dalam Mazhab Syafie, lelaki dalam ihram dilarang pakai rida' (kain atas) yang dijahit velcro atau pin, atau dibutangkan, atau dizipkan.
- Izar (kain bawah) pula dilarang berjahit getah di pinggang.
- Lelaki dalam ihram dilarang guna sleeping bag.
- Sandal yang ada ikatan di belakang: harus (boleh) dipakai ketika ihram. (Resolusi MHPK ke-20)
- Payung atau lampu suluh jenis yang disarung dan melekap di kepala: larangan ihram bagi lelaki. Bagi wanita, kalau ia menutup sebahagian muka. (Resolusi MHPK ke-30)
- Kaki cacat sampai tak boleh pakai selipar atau sandal: boleh pakai kasut bertutup di depan, asalkan nampak tumit. Tidak dikenakan dam (bayaran sembelihan atau gantinya). (Resolusi MHPK ke-32)
Idtiba' (bahu kanan terbuka): bila sunat
Idtiba' hanya sunat semasa tawaf (mengelilingi Kaabah) yang diiringi saie, dan semasa saie. Saie ialah berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Di tempat lain, contohnya stesen berlepas, ia tidak disunatkan. Solat dalam keadaan idtiba' pula makruh.
Pakaian ihram wanita: tiada pakaian khusus, muka tidak ditutup
- Pakaian: tiada pakaian ihram khusus macam lelaki. Pakai pakaian biasa yang menutup aurat.
- Muka: tidak ditutup. Menutup muka ialah larangan ihram untuk wanita.
- Sarung tangan: tidak dipakai. Ia ada dalam senarai larangan ihram.
- Warna: nota kursus TH tak tetapkan warna untuk wanita. Kalau pakai putih, pastikan tak jarang.
Enam pesanan TH untuk jemaah wanita, sarung lengan dan had tangan
- Elak bersolek tanpa keperluan.
- Jaga aurat.
- Pakai kain telekung dan pakaian yang tak menampakkan bentuk badan.
- Stoking tebal dan panjang disyorkan.
- Elak cermin mata besar yang menutup sebahagian muka dan melekap di muka.
- Kalau pakai pakaian putih, pastikan tak jarang.
Sarung lengan yang tak dibenarkan ialah yang menyarung keseluruhan tapak tangan dan anak jari. (Resolusi MHPK ke-29)
Had aurat di bahagian tangan: ikut ajaran KAH, atau tanya pembimbing wanita.
Haid, mahram dan bilik suami isteri: Haji Wanita.
13 larangan ihram: 2 ditanda khusus lelaki, 1 khusus wanita
TH bahagi 13 larangan ihram kepada dua jenis:
- Taraffuh (no. 1 hingga 9): bersuka, berseronok, berhias.
- Itlaf (no. 10 hingga 13): menggugur, menghilang, merosak, membinasa.
| No. | Larangan | Khusus |
|---|---|---|
| 1 | Pakaian bersarung dan bercantum | Lelaki |
| 2 | Tutup kepala atau sebahagiannya | Lelaki |
| 3 | Tutup muka | Wanita |
| 4 | Pakai sarung tangan | – |
| 5 | Minyak di kepala, janggut, bulu muka | – |
| 6 | Pakai wangian di badan dan pakaian | – |
| 7 | Pendahuluan persetubuhan | – |
| 8 | Persetubuhan | – |
| 9 | Kahwin, kahwinkan, terima wakil kahwin | – |
| 10 | Tanggalkan rambut atau bulu | – |
| 11 | Kerat atau potong kuku | – |
| 12 | Tebang atau cabut pokok di Tanah Haram | – |
| 13 | Buru dan bunuh binatang buruan | – |
Tanda "–": senarai TH tak letak tanda lelaki atau wanita pada larangan tu.
Terlanggar larangan?
- Sengaja: berdosa dan dikenakan dam (bayaran sembelihan atau gantinya).
- Tak sengaja atau jahil, jenis taraffuh: tidak dikenakan dam.
- Tak sengaja atau jahil, jenis itlaf: tetap dikenakan dam.
- Nikah (no. 9): tiada dam, tapi nikah tu tidak sah.
Jahil maksudnya tak tahu hukumnya. Jenis dam: Dam Haji.
Wangian, minyak rambut, kuku dan facial mask: perinciannya
Kuku, rambut, bulu, minyak rambut dan minyak wangi di badan: kemaskan sebelum berniat. Masa tu ia amalan sunat. Senarai penuh ↓
Selepas berniat, ia masuk senarai larangan (no. 5, 6, 10 dan 11).
- Wangian yang disapu pada badan sebelum ihram tak jadi larangan, walaupun baunya kekal semasa ihram. (Resolusi MHPK ke-20)
- Semasa ihram, wangian yang disapu atau disembur pada pakaian dan badan: dilarang. (Resolusi MHPK ke-41)
- Facial mask untuk kecantikan, jenis sapuan tebal atau kepingan tisu basah: dilarang semasa ihram. (Resolusi MHPK ke-41)
No. 5 penuhnya: minyak di kepala, janggut dan semua bulu di muka, selain bulu halus di pipi dan dahi. (Bahan kursus TH)
No. 12 termasuk tumbuh-tumbuhan. No. 12 dan 13 tak boleh dibuat dalam Tanah Haram (kawasan tanah suci), semasa ihram atau di luar ihram. (Bahan kursus TH)
Sabun, ubat gigi, tali pinggang: tanya dulu
Sabun, syampu, ubat gigi, deodoran, losyen, sikat, tali pinggang, jam, cermin mata lelaki, seluar dalam, alat bantu dengar, payung biasa, pelitup muka wanita (di luar wabak).
Bahan kursus TH yang saya rujuk tak sebut barang ni satu-satu. Tanya pembimbing ibadat sebelum guna semasa ihram.
Bila niat ihram haji: 8 Zulhijah di Makkah, umrah di miqat
Ini untuk haji tamattu' (umrah dulu, kemudian haji). Miqat ialah tempat atau masa yang ditetapkan untuk berniat ihram.
| Laluan | Niat | Di mana |
|---|---|---|
| Terus ke Jeddah | Umrah | Qarn al-Manazil, dalam pesawat |
| Dari Madinah ke Makkah | Umrah | Bi'r Ali (Zu al-Hulaifah) |
| Dah di Makkah, 8 Zulhijah | Haji | Penginapan Makkah, sebelum ke Arafah |
Lalu miqat tanpa berniat, sedangkan memang nak buat haji atau umrah? Dikenakan Dam Tertib dan Taqdir, ikut Muzakarah Haji (MHPK) ke-38.
Ikut JAD? Laluan ikut jadual penerbangan. Bila pakai kain ihram dan bila niat, ikut taklimat pembimbing. Pergerakan jemaah JAD
Qiran, ifrad, dan amalan sunat sebelum, semasa dan selepas niat
Haji qiran atau ifrad berniat haji di miqat. Tiga cara haji
- Sebelum: kerat kuku, rapikan misai dan rambut, tanggalkan bulu ketiak dan ari-ari, pakai minyak rambut, pakai minyak wangi di badan.
- Sebelum juga: mandi sunat ihram, berwuduk, pakai kain ihram putih, solat sunat ihram (bukan pada waktu tahrim, iaitu waktu yang dilarang solat sunat).
- Semasa: menghadap kiblat, di dalam kenderaan, dalam keadaan berwuduk.
- Selepas: bertalbiah, berdoa, baca al-Quran, berzikir. Tak berbual kosong.
Berniat ihram sebelum sampai miqat: harus (boleh). Wanita yang haid pun boleh berniat ihram dan mandi sunat ihram.
Cara mandi dan solat sunat ihram: tanya penceramah KAH atau pembimbing ibadat.
Berapa lama dalam ihram haji: dari 8 Zulhijah sampai tahallul
- 8 Zulhijah: niat haji di Makkah. Larangan ihram bermula.
- 9 Zulhijah: wukuf (berada di Arafah).
- 10 Zulhijah: melontar di Jamrah Kubra (satu daripada tiga jamrah di Mina) dan bergunting. Ini tahallul awal: bebas 10 daripada 13 larangan.
- Selepas tawaf rukun haji dan saie: tahallul thani. Baki tiga larangan (no. 7, 8 dan 9) pun terlepas.
Saie ialah berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Ini aliran dalam nota kursus TH; jadual sebenar, ikut pembimbing.
- Berapa hari: dari 8 ke 10 Zulhijah, lebih kurang dua hari untuk 10 larangan tu.
- Berapa kali: haji tamattu' berniat ihram dua kali. Sekali untuk umrah, sekali untuk haji.
Tahallul awal, pakaian biasa dan ihram umrah
- Tahallul awal terhasil bila selesai dua daripada tiga: melontar Jamrah Kubra, bergunting atau bercukur, tawaf dan saie.
- Paling awal: selepas wukuf, dan selepas separuh malam 10 Zulhijah.
- Gambar dalam nota TH tunjuk jemaah melontar pada 11, 12 dan 13 Zulhijah berpakaian biasa, selepas tahallul awal. Bila boleh tukar, ikut pembimbing.
- Ihram umrah: larangan dijaga dari niat sampai bergunting, selepas tawaf dan saie.
- Selagi rukun belum selesai, jemaah masih terikat dengan larangan ihram.
Sebelum berangkat: 4 perkara boleh buat sekarang
Tandakan yang dah siap
0 / 4 siapTanda dalam senarai ni disimpan dalam pelayar telefon tuan/puan sahaja, kecuali tuan/puan tekan Kongsi atau WhatsApp.
Soalan lazim
Apa itu ihram haji?
Keadaan selepas berniat ihram haji. Larangan ihram berjalan dari mula berniat sampai tahallul (bahan kursus TH).
Pakaian ihram wanita warna apa?
Nota kursus TH tak tetapkan warna untuk wanita. Pakai pakaian biasa yang menutup aurat. Kalau putih, pastikan tak jarang (bahan kursus TH).
Apa larangan ihram bagi lelaki?
Dua ditanda khusus lelaki: pakaian bersarung dan bercantum, dan menutup kepala. Senarai penuh 13 larangan ada dalam halaman ni (bahan kursus TH).
Apa larangan ihram wanita?
Satu ditanda khusus wanita: menutup muka. Sarung tangan pun ada dalam senarai 13 larangan ihram (bahan kursus TH).
Kasut haji lelaki semasa ihram macam mana?
Selipar atau sandal yang nampak tumit dan sekurang-kurangnya hujung tiga jari kaki (Resolusi MHPK ke-39).
Lihat 2 soalan lagi
Bila niat ihram haji?
Haji tamattu': niat haji pada 8 Zulhijah di penginapan Makkah, sebelum ke Arafah. Niat umrah dibuat lebih awal, di miqat (bahan kursus TH).
Berapa lama dalam ihram haji?
Dari niat 8 Zulhijah sampai tahallul awal pada 10 Zulhijah, lebih kurang dua hari. Tiga larangan kekal sampai tahallul thani (kiraan JAD).
Rancang haji 1449H
Dah dapat tawaran? Langkah seterusnya di Jawab Tawaran Haji 1448H.
Nak pergi haji 1449H (2028)?
Bila pakej dan harga JAD 1449H keluar, Ustaz Zul atau Puan Azimah sendiri akan khabarkan di WhatsApp.
Percuma, dan boleh minta tolong semak simpanan TH dan pasport sekali.
Masuk senarai di WhatsAppDitulis oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Pegawai Pemasaran JAD, 5 musim haji di Tanah Suci.
Halaman ni ringkasan bahan kursus TH dan resolusi MHPK, pada tarikh "dikemas kini" di atas. Ia bukan fatwa. Ikut bimbingan TH dan pembimbing ibadat.
Panduan berkaitan
Sumber & lesen
Lihat 16 sumber yang saya rujuk
- Nota Kursus Asas Haji TH, Minggu 10 Ibadat Umrah, Niat Bersyarat dan Tawaf Wada' (bahagian A), dipaut dalam kursus KAH Musim Haji 1448H di portal e-Bimbingan: lelaki wajib berpakaian ihram sebelum berniat; dua helai kain lepas (izar dan rida'), sunat putih; wanita tiada pakaian khusus; idtiba'; selipar atau sandal (memetik MHPK ke-39); enam pesanan untuk jemaah wanita; amalan sunat ihram; berniat sebelum miqat; larangan umrah dijaga selepas niat sehingga bergunting; nikah tiada dam dan tidak sah; dilihat 13 November 2026 · 2026-11-13
- Nota Kursus Asas Haji TH, Minggu 05 Wajib-wajib Haji (bahagian A), dipaut dalam kursus KAH Musim Haji 1448H di portal e-Bimbingan: takrif miqat; Qarn al-Manazil dan Bi'r Ali; tamattu' berniat umrah di miqat, qiran dan ifrad berniat haji; niat haji 8 Zulhijjah di penginapan Makkah; amalan sunat ihram; pengertian larangan ihram; 13 larangan ihram (9 taraffuh, 4 itlaf); sengaja dan tidak sengaja; dilihat 13 November 2026 · 2026-11-13
- Nota Kursus Asas Haji TH, Minggu 06 Wajib-wajib Haji (bahagian A, subtopik Tahallul Awwal dan Tahallul Thani), dipaut dalam kursus KAH Musim Haji 1448H di portal e-Bimbingan: takrif tahallul; dua daripada tiga perbuatan; bebas 10 daripada 13 larangan; paling awal selepas separuh malam 10 Zulhijjah; rajah aliran 8 hingga 10 Zulhijjah; dilihat 13 November 2026 · 2026-11-13
- Nota Kursus Asas Haji TH, Minggu 06 Wajib-wajib Haji (bahagian B), dipaut dalam kursus KAH Musim Haji 1448H di portal e-Bimbingan: kapsyen gambar jemaah melontar pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah berpakaian biasa setelah Tahallul Awwal; dilihat 13 November 2026 · 2026-11-13
- Nota Kursus Asas Haji TH, Minggu 03 Rukun Haji: Niat Ihram, Wuquf dan Tawaf (bahagian A), dipaut dalam kursus KAH Musim Haji 1448H di portal e-Bimbingan: niat ihram haji rukun pertama; selepas berniat wajib menjaga larangan ihram; rukun belum selesai, masih terikat dengan larangan ihram; dilihat 13 November 2026 · 2026-11-13
- Nota Kursus Asas Haji TH, Minggu 07 Jenis Haji dan Cara-cara Mengerjakan Haji, dipaut dalam kursus KAH Musim Haji 1448H di portal e-Bimbingan: haji tamattu' berniat umrah di Qarn al-Manazil atau Bi'r Ali, dan berniat haji pada 8 Zulhijjah di bangunan penginapan Makkah; dilihat 13 November 2026 · 2026-11-13
- Nota Kursus Asas Haji TH, Minggu 08 Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat (bahagian A), dipaut dalam kursus KAH Musim Haji 1448H di portal e-Bimbingan: sebaik-baiknya memakai ihram dari rumah, stesen berlepas atau hotel di Madinah; idtiba'; dilihat 13 November 2026 · 2026-11-13
- Nota Kursus Asas Haji TH, Minggu 09 Fiqh Wanita Dalam Ibadat Haji (bahagian B), dipaut dalam kursus KAH Musim Haji 1448H di portal e-Bimbingan: antara yang boleh dibuat semasa haid ialah niat ihram dan mandi sunat ihram; dilihat 13 November 2026 · 2026-11-13
- Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-39 (1444H, 2022), Kertas Kerja 1 perkara 1: selipar atau sandal jemaah haji lelaki semasa dalam ihram hendaklah menampakkan tumit dan sekurang-kurangnya hujung tiga jari kaki · 2026-11-13
- Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-41 (1446H, 2024), Kertas Kerja 1 perkara 2 dan 4: facial mask untuk kecantikan semasa dalam ihram dilarang; bahan wangian yang disapu atau disembur pada pakaian dan badan dilarang semasa dalam ihram · 2026-11-13
- Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-38 (1443H, 2021), perkara 1: berniat di miqat ialah wajib haji dan umrah; melepasi miqat tanpa niat ihram dikenakan Dam Tertib dan Taqdir · 2026-11-13
- Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-29 (1434H, 2013; naskhah imbasan): rida' yang dijahit velcro atau pin, dibutangkan atau dizipkan, dan izar berjahitan getah di pinggang; sarung lengan wanita; sleeping bag bagi lelaki dalam ihram · 2026-11-13
- Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-30 (1435H, 2014; naskhah imbasan): payung atau lampu suluh jenis menyarung dan melekap di kepala termasuk larangan ihram bagi lelaki, dan bagi wanita sekiranya menutup sebahagian muka · 2026-11-13
- Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-32 (1437H, 2015; naskhah imbasan), Kertas Kerja 3 perkara 3: jemaah yang kecacatan kakinya menghalang memakai selipar atau sandal boleh memakai kasut tertutup di hadapan dengan syarat menampakkan tumit; tidak dikenakan dam · 2026-11-13
- Himpunan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-20 hingga ke-27 (Bahagian Bimbingan TH): ke-20 (1425H, 2004), Kertas Kerja 2 perkara 2 dan 3: wangian yang disapu pada tubuh sebelum ihram tidak menjadi larangan walaupun baunya kekal; sandal yang ada ikatan di belakang harus digunakan ketika ihram; salinan arkib · 2026-11-13
- Pengesahan JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 13 November 2026: tarikh tutup daftar dengan PJH bagi jemaah tawaran dan rayuan dilanjutkan sampai 16 November 2026; TH keluarkan satu lagi kumpulan tawaran pada 13 November 2026 · 2026-11-13




