Jawapan ringkas
Risau mak ayah tak larat berjalan? Tiga jarak ni yang paling penting.
- Hotel Makkah: semua pakej yang masih dibuka (Elite Economy hingga Gold) ±60–80 meter ke Masjidil Haram. Pakej ±430 meter dah sold out.
- Hotel Aziziyah: ±500 meter ke Kompleks Jamrah, tempat melontar. Elite Economy ±600 meter.
- Khemah Mina: Muaisim (khemah biasa) ±3.5 km ke Jamrah; PMN (khemah naik taraf) ±200 meter.
JADBrosur JAD 1448H · hotel atau setaraf
Berapa jauh berjalan, ikut pakej
Makkah · skala 430 meter
Anggaran berjalan ke Masjidil Haram; hotel atau setaraf. Brosur JAD 1448H; MyJAD: poster MyJAD; Super: tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026; Elite Economy: poster 30 Okt
- ±150 mMadinah ke Masjid Nabawi (Maden Taiba); Gold ±15 m
- ±500 mAziziyah ke Kompleks Jamrah (Nousk Al-Masarah); Elite Economy ±600 m (Nuzul Al Rayyan)
- ±3.5 kmkhemah Muaisim ke Jamrah; PMN ±200 m (Gold termasuk)
Sumber: brosur JAD 1448H; khemah: slaid Kursus Asas Haji TH dan susunan musim lepas, tertakluk TH. Tekan baris hotel untuk foto.
Dalam halaman ini
Fakta tak bertanda datang dari sumber rasmi Tabung Haji (TH). Angka lain bertanda sumbernya: brosur JAD 1448H atau musim lepas.
Hotel Makkah 60 hingga 430 meter dari Masjidil Haram
Banding jarak berjalan ikut pakej di Denai 1448H →
Status sumber: Brosur JAD 1448H; poster MyJAD; Super: tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026; poster JAD 30 Okt
Nama hotel dan jarak ke Masjidil Haram ikut yang tercetak dalam brosur, termasuk hotel dalam Clock Tower.
Jarak ni anggaran.
Lihat jadual jarak asal
| Pakej | Hotel Makkah | Jarak |
|---|---|---|
| Basic Economy, Basic, MyJAD Basic | Prestige Al-Mashaer | ±430 meter |
| Elite Economy, Super, Elite, MyJAD Elite | Al Safwah Tower 1 | ±60 meter |
| Classic | Al Marwa Rayhaan (Rotana) | ±80 meter |
| Silver | Fairmont Makkah Clock Royal Tower | ±80 meter |
| Gold | Fairmont Gold | ±80 meter |
Sold out: Basic Economy, Basic, MyJAD Basic dan MyJAD Elite. Yang masih dibuka: Elite Economy, Super, Elite, Classic, Silver dan Gold. Status sumber: Pengesahan JAD, 23 dan 31 Okt 2026
Di Madinah, tujuh pakej biasa (Basic Economy hingga Silver) dan kedua-dua MyJAD duduk di Maden Taiba, lebih kurang 150 meter dari Masjid Nabawi.
Gold di Biltmore Al Madina, lebih kurang 15 meter je, paling dekat antara semua pakej.
Brosur tulis "atau setaraf" pada setiap hotel. Maksudnya?
Maksudnya, kalau perlu, ibu pejabat JAD boleh tukar ke hotel lain yang setaraf bintang dan jarak.
Pertukaran macam ni jarang berlaku. Status sumber: Pengesahan JAD
Bilik berempat atau berlima di hotel Makkah dan Madinah dikongsi ikut jantina. Suami isteri yang nak sebilik kena ambil bilik berdua. Status sumber: Pengesahan JAD
Nak tengok perjalanan setiap pakej dari mula sampai pulang dalam satu paparan? Cuba Denai Haji JAD 1448H.
Aziziyah: hotel ★3, ±500 m ke Jamrah (Elite Economy ±600 m)
Lihat foto rombongan ke Jamrah dan peta laluan hotel Aziziyah (±500 m)


Status sumber: Brosur JAD 1448H; poster JAD 30 Okt
Aziziyah ni kawasan penginapan sementara di luar Makkah, untuk hari-hari Mina.
Hotelnya Nousk Al-Masarah ★3, lebih kurang 500 meter ke Kompleks Jamrah, tempat melontar.

Semua pakej, termasuk Gold, guna hotel yang sama ni sebab lokasinya dekat Jamrah.
Kecuali Elite Economy. Hotelnya Nuzul Al Rayyan ★3 (atau setaraf), lebih kurang 600 meter ke Kompleks Jamrah.
Musim lepas: nama lain hotel ni, dan berapa lama di Aziziyah
Musim lepas, namanya ditulis "Nusuk Sya'air"; itu hotel yang sama.
Musim lepas, jemaah duduk di Aziziyah dari 1 hingga 15 Zulhijah. Ada juga pintu laluan sehala (satu arah) ke Jamrah. Status sumber: Musim lepas

Dari Aziziyah ke Masjidil Haram naik apa? Status sumber: Pengesahan JAD
- Antara 1 dan 4 Zulhijah, JAD bawa jemaah ke sana sekurang-kurangnya sekali, dengan bas JAD.
- Nak pergi lebih kerap, boleh pergi sendiri, tapi hanya sampai 4 Zulhijah.
Bilik Aziziyah: dikongsi ikut jantina, upgrade, suami isteri
Bilik Aziziyah:
- Pakej biasa dikongsi ikut jantina. Basic Economy, Basic, Elite Economy, Super dan Elite berlima atau berempat. Classic dan Silver berempat.
- Gold kekal ikut bilik hotel asal (bertiga atau berdua).
- Pakej biasa lain boleh upgrade: bertiga RM4,000 seorang, berdua RM8,000 seorang, tertakluk kekosongan. Caj ni dibayar bersama bayaran akhir pakej. Status sumber: Pengesahan JAD
- Elite Economy lebih rendah: bertiga RM2,000, berdua RM6,000 seorang. Status sumber: Poster JAD, 30 Okt 2026
- Suami isteri nak sebilik? Ambil bilik berdua, dan minta masa daftar pakej, sebelum nama dihantar ke eHajj. eHajj ialah sistem Arab Saudi tempat PJH (syarikat haji berlesen TH) daftar jemaah untuk visa, hotel dan khemah. Lepas dihantar, bilik tak boleh tukar. Butiran bayaran ada di Kos Haji 1448H/2027M.
Khemah Mina: 9 pakej di Muaisim, Gold di PMN

Leret ke kiri untuk lihat seluruh rajah.
Lihat peta infografik HQ JAD: Jamrah, Maktab 112 PMN, Maktab 82

Status sumber: Brosur JAD 1448H; poster MyJAD; poster JAD 30 Okt
Di Mina, tujuh pakej biasa (Basic Economy hingga Silver) dan kedua-dua MyJAD dapat khemah Maktab Asia Tenggara, yang orang panggil Muaisim.
Gold dapat Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf (PMN), iaitu khemah naik taraf di Arafah dan Mina, dan harganya dah termasuk dalam pakej.
Apa itu PMN dan berapa kosnya →
Lihat jadual khemah
| Khemah | Untuk pakej | Jarak ke Jamrah |
|---|---|---|
| Muaisim (Maktab Asia Tenggara) | Semua pakej kecuali Gold (9 pakej, termasuk MyJAD) | ±3.5 kilometer sehala (bahan kursus TH) |
| PMN (Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf) | Gold (termasuk); pakej biasa lain (naik taraf) | ±200 meter |
Khemah Muaisim musim lepas: ada tilam dan tandas, tapi sesak. Status sumber: Pengalaman lapangan, musim lepas
Mabit di Mina, ringkasnya
- Hukum: Malam Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijah): wajib bermabit di Mina, iaitu bermalam lebih separuh malam. Hotel Aziziyah di luar Mina, jadi tidur di hotel tak dikira mabit. (Kursus Asas Haji TH; Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, MHPK ke-41)
- Had Mina: Jamrah Kubra (Jamrah 'Aqabah) penanda hujung Mina. Jamrah itu sendiri tidak termasuk Mina (pendapat muktamad Syafi'i; MHPK ke-28). Bermabit mesti melepasi Jamrah Kubra, arah Jamrah Wusta, Sughra dan Masjid Khaif, bukan sebelah hotel.
- Di lapangan (pengalaman saya): kebanyakan jemaah JAD di hotel Aziziyah berjalan kaki masuk ke Mina dan bermabit lebih separuh malam. Lepas tu, mereka balik berehat di hotel. Yang tidur di khemah Mina bermabit di khemah.
- 10 Zulhijah (pengalaman saya, musim lepas): jemaah pakej biasa berjalan dari khemah Muaisim ke Jamrah, kemudian ke hotel Aziziyah. Selepas tu, jarak ±3.5 km paling terasa bagi yang pilih tidur di khemah.
- Arahan keselamatan (Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, 2026): jemaah diminta kekal dalam khemah, keluar hanya bila perlu atau untuk ibadah. Semua jemaah diminta ikut arahan anggota keselamatan. Kalau askar minta beralih dari laluan, ikut. Itu kawalan orang ramai.
Susunan 1448H tertakluk TH.
Naik taraf PMN dibuka untuk Silver, Classic, Elite, Super dan Elite Economy. Status sumber: Pengesahan JAD Harganya ada di Kos Haji 1448H/2027M.
Kod maktab dan gred PMN: apa nak tanya
Maktab ialah kawasan khemah untuk satu kumpulan besar jemaah. Kod maktab musim lepas:
| Kod maktab | Maksudnya |
|---|---|
| Maktab 82 | Maktab Muassasah (haji urusan TH), dalam kawasan Muaisim |
| Maktab 112 | Maktab PMN |
| Maktab 111 hingga 115 | Biasanya kawasan khemah PMN, dengan beberapa gred dari asas sampai A+ |
Sebab gred berbeza, harga PMN lain-lain ikut syarikat.
Bila banding, tanya nombor maktab dan gred PMN-nya. Status sumber: Musim lepas
Gold terus ke Aziziyah; pakej lain ikut kumpulan penerbangan
Arafah, Muzdalifah dan Mina ada dalam satu laluan. Arafah paling jauh dari Makkah, tempat wukuf pada 9 Zulhijah.
Butiran Tiba
Biasa: Ikut kumpulan penerbangan awal, pertengahan atau akhir.
Gold: Gold tidak singgah hotel Makkah ketika tiba.
Butiran Makkah / Aziziyah
Biasa: Semua pakej biasa pindah ke Aziziyah pada 1 Zulhijjah.
Gold: Gold kekal di Aziziyah sebelum berpindah ke Fairmont Gold.
Butiran Arafah
Bergerak ke Arafah untuk wukuf.
Butiran Muzdalifah
Biasa: Mabit di Muzdalifah selepas wukuf, kemudian ke Mina.
Gold: Musim lepas: kenderaan khas PMN lalu Muzdalifah lepas tengah malam, terus ke Masjidil Haram untuk tawaf & saie haji.
Butiran Mina
Biasa: Khemah Maktab Asia Tenggara di kawasan Muaisim.
Gold: Gold termasuk khemah PMN yang lebih dekat ke Jamrah.
Butiran Tasyrik (11–13 Zulhijah)
Biasa: Bermabit di Mina dan melontar di Kompleks Jamrah. Hotel Aziziyah di luar Mina: ramai berjalan dari hotel masuk ke Mina untuk bermabit lebih separuh malam, lalu berehat di hotel. Tempat mabit mesti melepasi Jamrah Kubra, arah Jamrah Wusta.
Gold: Bermabit di khemah PMN dalam Mina (±200 m ke Jamrah), atau jalan dari hotel Aziziyah masuk ke Mina untuk bermabit lebih separuh malam, melepasi Jamrah Kubra arah Jamrah Wusta.
Butiran Madinah
Biasa: Maden Taiba; susunan ikut kumpulan penerbangan.
Gold: Kereta Api Laju Haramain kelas perniagaan ke Biltmore Al Madina.
Butiran Pulang
Biasa: Tempoh brosur tujuh pakej biasa (termasuk Elite Economy).
Gold: Tempoh brosur pakej Gold.
Butiran langkah penuh daripada panduan
Gold (khemah PMN)
- Berlepas ke Jeddah.
- Sampai Jeddah, terus ke Aziziyah tanpa singgah hotel Makkah.
- Duduk di Aziziyah sampai hampir wukuf.
- Bergerak ke Arafah pada 8 atau 9 Zulhijah untuk wukuf.
- Malam 10 Zulhijah, lepas Isyak: kenderaan khas PMN bertolak dari Arafah dan melalui Muzdalifah selepas tengah malam.
- Terus ke Masjidil Haram untuk tawaf haji (tawaf ifadah) dan saie haji, kemudian gunting atau cukur. Siang 10 Zulhijah rehat di hotel Aziziyah.
- Malam 11 Zulhijah: melontar Jamrah 'Aqabah di Kompleks Jamrah, kemudian masuk khemah PMN. Mabit (bermalam) tetap di Mina.
- Hari-hari Tasyrik: bermabit di khemah PMN (dalam Mina), atau berjalan dari hotel Aziziyah masuk ke Mina untuk bermabit, dan melontar di Kompleks Jamrah.
- Pada 15 Zulhijah, pindah ke hotel Makkah (Fairmont Gold) untuk ziarah dan umrah tambahan.
- Ke Madinah dengan Kereta Api Laju Haramain (HHR) kelas perniagaan, ikut brosur JAD 1448H.
- Menginap di Biltmore Al Madina, lebih kurang 15 meter dari Masjid Nabawi.
- Pulang ke tanah air.
Langkah 5 hingga 7 ikut susunan tawaf dan saie haji awal jemaah PMN JAD musim lepas, dari pengalaman saya di lapangan. Penerangan penuh di Apa Itu PMN Haji. Susunan 1448H bergantung arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan tertakluk TH.
Business class (kelas perniagaan) untuk flight Gold kena mohon dulu, dan tak dijamin. Caj dan syaratnya ada di Kos Haji 1448H/2027M.
Pakej selain Gold: ikut kumpulan penerbangan
Musim lepas (1447H), pakej selain Gold ada dua kumpulan penerbangan: awal (Madinah dulu) dan lewat (Makkah dulu). Semua kumpulan masuk Aziziyah pada 1 Zulhijah. Status sumber: Musim lepas
Brosur 1448H tulis Basic Economy, Basic dan Super dalam kumpulan awal. Elite, Classic dan Silver boleh jatuh dalam kumpulan awal, pertengahan atau akhir. Elite Economy pun sama. Laluan kumpulan pertengahan belum dimaklumkan. Status sumber: Brosur JAD 1448H; poster JAD 30 Okt
Kumpulan penerbangan awal: Madinah dahulu
- Berlepas ke Madinah.
- Menginap di Maden Taiba, lebih kurang 150 meter dari Masjid Nabawi.
- Bertolak ke Makkah, duduk di hotel Makkah sampai akhir Zulkaedah.
- Pindah ke Aziziyah pada 1 Zulhijah.
- Ke Arafah untuk wukuf, bermalam di Muzdalifah, kemudian ke khemah Mina (Muaisim).
- Melontar di Kompleks Jamrah; dari khemah Muaisim lebih kurang 3.5 kilometer sehala.
- Hari-hari Tasyrik: bermabit di Mina (lihat kotak mabit di atas), melontar, kemudian rehat di hotel Aziziyah. Pada 15 Zulhijah, ke hotel Makkah.
- Pulang ke tanah air dari Jeddah.
Kumpulan penerbangan lewat: Makkah dahulu, Madinah selepas haji
- Berlepas ke Jeddah, terus ke hotel Makkah.
- Pindah ke Aziziyah pada 1 Zulhijah.
- Ke Arafah untuk wukuf, bermalam di Muzdalifah, kemudian ke khemah Mina (Muaisim).
- Melontar di Kompleks Jamrah.
- Hari-hari Tasyrik: bermabit di Mina (lihat kotak mabit di atas), melontar, kemudian rehat di hotel Aziziyah. Pada 15 Zulhijah, ke hotel Makkah untuk tawaf haji, ziarah dan umrah.
- Ke Madinah awal Muharam dan menginap di Maden Taiba.
- Pulang ke tanah air.
Penerbangan haji musim lepas ialah penerbangan sewa khas terus ke Madinah atau Jeddah, tanpa singgah di negara lain. Status sumber: Musim lepas
Tempoh keseluruhan lebih kurang 40 hari untuk semua pakej kecuali Gold (lebih kurang 25 hari). Status sumber: Brosur & poster JAD 1448H
Untuk pakej ±40 hari, anggarannya lebih kurang 20 malam di Makkah dan 5 hingga 8 malam di Madinah. Aziziyah 1–15 Zulhijah tak termasuk dalam angka ni. Tepatnya ikut jadual penerbangan pergi balik yang TH beri. Status sumber: Jangkaan JAD
Tarikh setiap kumpulan bergantung pada Surat Jadual Penerbangan (SJP) dari Tabung Haji, yang dijadual keluar Februari 2027. Butirannya ada di Surat Jadual Penerbangan Haji 1448H.
Lihat peta Arafah, Muzdalifah dan Mina, dan foto malam Tasyrik di Jamrah


Muzdalifah di tengah, tempat bermalam selepas Arafah. Mina paling dekat dengan Makkah, tempat khemah dan Kompleks Jamrah.
Susunan dan tarikh Hijriah (bulan Islam) di bawah ni ikut susunan JAD musim lepas.
Tarikh Masihi 1448H untuk mana-mana kumpulan JAD belum disahkan Tabung Haji. Status sumber: Musim lepas
Warga emas: semak 8 perkara ni sama-sama keluarga

Dah guna kerusi roda sepenuh masa dari Malaysia? Bincang dengan kami dulu sebelum daftar. Status sumber: Pengesahan JAD
Panduan penuh untuk anak: Haji Warga Emas.
Tenaga setiap orang lain-lain, jadi ukur ikut jarak:
Tandakan yang dah siap
0 / 8 siapBuka senarai semak warga emas: 8 perkara
Kerusi roda dan bantuan berjalan: Makkah, Masya'ir, stesen
Kerusi roda dan bantuan berjalan, ikut tempat:
| Di mana | Bantuan |
|---|---|
| Makkah | JAD sediakan kerusi roda tapi jumlahnya terhad. Jemaah boleh juga beli sendiri. |
| Arafah, Muzdalifah dan Mina | JAD sediakan 25 unit kerusi roda elektrik (iklan JAD 1448H). Unit terhad, jadi tempah semasa daftar. Siapa layak guna, tertakluk pengesahan semasa daftar. |
| Masya'ir | Saudi sediakan kereta golf naik Jambatan Jamrah untuk warga emas dan yang susah berjalan. |
| Stesen kereta api Masya'ir | Warga emas dan OKU diminta guna lif. |
Status sumber: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
Siapa tolak kerusi roda biasa jemaah JAD di Arafah, Muzdalifah dan Mina belum disahkan ibu pejabat JAD.
Hal fizikal dan kesihatan ada di Persediaan Kesihatan Haji. Peneman dan ubat ada di Haji Warga Emas.
Belum pasti nak pakej mana? Cara Pilih Pakej Haji susun pilihan ikut keadaan keluarga, dan semua 10 pakej JAD sebelah-menyebelah ada di halaman pakej.
Pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026. Tarikh ini sama untuk semua PJH. Status sumber: Pengesahan JAD, 26 Okt 2026
Soalan lazim
Hotel Makkah pakej JAD 1448H jauh mana dari Masjidil Haram?
Elite Economy, Super dan Elite lebih kurang 60 meter (Al Safwah Tower 1; pengesahan JAD 31 Okt). Classic, Silver dan Gold lebih kurang 80 meter, ikut brosur JAD 1448H. Basic Economy dan Basic (lebih kurang 430 meter) dah sold out. Semua jarak ni anggaran JAD.
Aziziyah tu apa, dan jauh ke dari Jamrah?
Aziziyah ni kawasan penginapan sementara di luar Makkah. Semua pakej JAD duduk sini pada hari-hari Mina. Ikut brosur JAD 1448H, hotelnya Nousk Al-Masarah, lebih kurang 500 meter dari Kompleks Jamrah. Elite Economy pula di Nuzul Al Rayyan, lebih kurang 600 meter (poster JAD, 30 Okt 2026).
Khemah Mina JAD di mana? Apa beza Muaisim dengan PMN?
Tujuh pakej biasa (Basic Economy hingga Silver) dan kedua-dua MyJAD di khemah Maktab Asia Tenggara, yang dikenali sebagai Muaisim. Gold dapat Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf (PMN), khemah kira-kira 200 meter dari Kompleks Jamrah. Elite Economy, Super, Elite, Classic dan Silver pun boleh beli naik taraf PMN. Status: Pengesahan JAD.
Apa beza pergerakan pakej Gold dengan pakej biasa?
Gold terus ke Aziziyah sebaik sampai Jeddah. Pakej lain ikut kumpulan penerbangan. Kumpulan awal ke Madinah dulu, lepas tu Makkah. Kumpulan lewat ke Makkah dulu, Madinah selepas haji. Semua pakej masuk Aziziyah pada 1 Zulhijah. Ini susunan JAD musim lepas. Kumpulan setiap pakej dan tarikh 1448H, TH dan JAD yang tetapkan.
Emak saya warga emas dan guna kerusi roda. Boleh ke dia jalan ke Jamrah?
Dari khemah Muaisim ke Kompleks Jamrah lebih kurang 3.5 kilometer sehala, ikut bahan kursus rasmi Tabung Haji. Dari hotel Aziziyah pakej JAD pula lebih kurang 500 meter. Jauh lebih dekat daripada khemah, tapi untuk warga emas tetap perlu dikira. Pada hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijah), jemaah tetap bermabit di Mina. Hotel Aziziyah di luar Mina. Jadi kebanyakan jemaah JAD berjalan dari hotel masuk ke Mina, bermabit lebih separuh malam, lepas tu balik berehat di hotel. Tempat bermabit mesti melepasi Jamrah Kubra, ke arah Jamrah Wusta. Jadi jarak yang biasa dilalui setiap hari ialah dari hotel ke Jamrah. Tanya dia dulu, larat ke berjalan sejauh tu tanpa berhenti rehat. Di Makkah, JAD sediakan kerusi roda tapi jumlahnya terhad, dan jemaah boleh juga beli sendiri. Kalau emak dah guna kerusi roda sepenuh masa dari Malaysia, bincang dengan kami dulu sebelum daftar. Panduan penuh untuk anak ada di Haji Warga Emas.
Lihat 9 soalan lagi
Kenapa pakej Gold terus ke Aziziyah, tak singgah hotel Makkah dulu?
Musim lepas, Gold masuk terus ke Aziziyah supaya dah dekat bila masuk hari-hari Mina dan Arafah. Pada 15 Zulhijah baru pindah ke hotel Makkah untuk ziarah dan umrah tambahan. Susunan 1448H, TH dan JAD yang tetapkan.
Pakej yang bukan Gold, bila masuk Aziziyah?
Semua pakej selain Gold masuk Aziziyah pada 1 Zulhijah. Kumpulan penerbangan awal masuk selepas Madinah dan Makkah. Kumpulan penerbangan lewat masuk terus dari Makkah. Ini susunan musim lepas (1447H). Tarikh 1448H, TH dan JAD yang tetapkan.
Berapa malam di Makkah dan berapa malam di Madinah?
Untuk pakej lebih kurang 40 hari: lebih kurang 20 malam di Makkah dan 5 hingga 8 malam di Madinah. Aziziyah 1–15 Zulhijah tak termasuk dalam angka ni. Tepatnya ikut jadual penerbangan pergi balik yang Tabung Haji beri. Gold, lebih kurang 25 hari, lebih singkat. Ini anggaran JAD.
Kenapa hotel Aziziyah 3 bintang je, sedangkan pakej saya hotel 5 bintang?
Hotel Aziziyah, Nousk Al-Masarah ★3, sama untuk semua pakej JAD, termasuk Gold, kecuali Elite Economy (Nuzul Al Rayyan ★3, ±600 m). Sebabnya lokasi: lebih kurang 500 meter ke Kompleks Jamrah, supaya senang bergerak pada hari-hari haji. Nak bilik lebih selesa di situ, pakej biasa selain Gold boleh upgrade bertiga RM4,000 atau berdua RM8,000 seorang, tertakluk kekosongan. Untuk Elite Economy, RM2,000 atau RM6,000.
Brosur tulis hotel "atau setaraf". Maksudnya hotel boleh ditukar sesuka hati?
Tak. "Atau setaraf" maksudnya, kalau perlu, ibu pejabat JAD boleh tukar ke hotel lain yang setaraf bintang dan jarak. Pertukaran macam ni jarang berlaku. Status: Pengesahan JAD.
Duduk di Aziziyah, macam mana nak ke Masjidil Haram?
Antara 1 dan 4 Zulhijah, JAD bawa jemaah ke Masjidil Haram sekurang-kurangnya sekali, dengan bas JAD. Nak pergi lebih kerap, boleh pergi sendiri, tapi hanya sampai 4 Zulhijah. Status: Pengesahan JAD.
Upgrade bilik Aziziyah tu bayar bila?
Bersama bayaran akhir pakej. Bertiga RM4,000 atau berdua RM8,000 seorang (Elite Economy RM2,000 / RM6,000), tertakluk kekosongan. Status: Pengesahan JAD.
Flight haji terus ke Tanah Suci atau transit dulu? Mak dah tua.
Musim lepas, penerbangan haji ialah penerbangan sewa khas terus ke Madinah atau Jeddah, tanpa singgah di negara lain. Kumpulan penerbangan awal masuk Madinah dulu, kumpulan lewat masuk Jeddah. Tarikh dan kumpulan 1448H, TH yang tetapkan.
Masa mabit di Mina, betul ke askar suruh bangun atau beralih?
Pihak Saudi minta jemaah kekal dalam khemah, dan keluar hanya bila perlu atau untuk ibadah. Semua jemaah diminta ikut arahan anggota keselamatan, sebab langgar arahan boleh buat sesak. Kalau askar minta beralih dari laluan, ikut. Itu kawalan orang ramai.
Panduan berkaitan
Sumber & lesen
Lihat 16 sumber yang saya rujuk
- Tawaran ibu pejabat JAD (pengesahan pegawai pemasaran JAD), 23 Okt 2026: pakej Super di Al Safwah Tower 1, ±60 m, dengan wang saku 1,000 riyal Saudi seorang di Makkah, harga Super brosur · 2026-10-23
- Iklan JAD Travel & Tours di Facebook, 3 Oktober 2026: 25 unit kerusi roda elektrik untuk Masyair (Arafah, Muzdalifah dan Mina), Haji 1448H/2027M; bilangan terhad · 2026-10-03
- Had Mina: Mughni al-Muhtaj ج2 ص267, Tuhfat al-Muhtaj ج4 ص118, al-Īḍāḥ ص307 (Jamrah 'Aqabah bukan sebahagian Mina menurut pendapat muktamad Syafi'i); Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-28 (Jamrah Kubra tidak termasuk Mina, arah Jamrah Wusta) · 2026-09-30
- Infografik HQ JAD: Lokasi dan Pergerakan Haji (bahan musim 1447H) · 2025-11-25
- Brosur Pakej Haji JAD Travel & Tours 1448H · 2026-09-21
- Kursus Asas Haji Siri 04, slaid Wajib Haji (jarak khemah Muaisim ke Kompleks Jamrah), portal e-Bimbingan Tabung Haji · 2026-09-28
- Jawapan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 24 September 2026, tentang kerusi roda dan naik taraf bilik Aziziyah · 2026-09-24
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Oktober 2026 (malam): program bas JAD ke Masjidil Haram dari Aziziyah sekurang-kurangnya sekali antara 1 dan 4 Zulhijah; caj upgrade bilik Aziziyah dibayar bersama bayaran akhir · 2026-10-01
- Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi: laman Mina (kereta golf naik Jambatan Jamrah, lif stesen kereta api Masya'ir, kekal dalam khemah dan patuhi arahan anggota keselamatan) · 2026-09-20
- Siaran TH: Operasi Haji 1447H bermula (penerbangan sewa khas terus ke Madinah, Makkah Route) · 2026-04-18
- Keputusan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 30 September 2026, tentang naik taraf PMN dibuka untuk pakej selain Gold, dan maksud "atau setaraf" (setaraf bintang dan jarak; pertukaran jarang berlaku) · 2026-09-30
- Anggaran pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Oktober 2026: Makkah lebih kurang 20 malam, Madinah lebih kurang 5 hingga 8 malam, ikut jadual penerbangan TH; khemah Muaisim ada tilam dan tandas · 2026-10-01
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 2 Oktober 2026: bilik berempat atau berlima di hotel Makkah dan Madinah dikongsi ikut jantina; suami isteri yang nak sebilik ambil bilik berdua · 2026-10-02
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Oktober 2026: eHajj ialah sistem Arab Saudi tempat PJH daftar jemaah untuk visa, hotel dan khemah; lepas dihantar, bilik tak boleh tukar · 2026-10-01
- Pengesahan JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 26 Oktober 2026: pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026; tarikh sama untuk semua PJH · 2026-10-26
- Poster pakej Elite Economy, JAD Travel & Tours 1448H (30 Oktober 2026) dan pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 31 Oktober 2026 · 2026-10-31










