JAD Travel & ToursUstaz Haji ZulkifliPegawai Pemasaran

Sebelum terbang

Surat Jadual Penerbangan Haji 1448H: Panduan SJP

SJP haji 1448H keluar Februari 2027. Tarikh rasmi TH, tempoh ±40 hari, cara semak SJP di THiJARI dan bila boleh confirm cuti.

Feb 2027
bulan SJP (Surat Jadual Penerbangan) dijadual keluar
  1. Feb 2027SJP keluar
  2. 8 Aprpenerbangan pertama
  3. 15 Meiwukuf di Arafah
Rasmi TH 1448H · tempoh ±40 hari, Gold ±25 (brosur JAD)
Ustaz Haji Zulkifli AhmadUstaz Zulkifli · Dikemas · 7 min baca
Jemaah menarik bagasi di dewan berlepas stesen kereta api laju Haramain, musim 1447HBas JAD untuk pergerakan tawaf dan saie
Dalam halaman ini
  1. Apa itu SJP?
  2. Bila SJP 1448H keluar?
  3. Tarikh rasmi TH: SJP Februari, penerbangan pertama 8 April 2027
  4. Cara semak SJP di THiJARI
  5. Dah dapat SJP? Baca, banding, baru confirm cuti
  6. Jemaah PJH pun tunggu SJP
  7. Kalau SJP belum kelihatan
  8. Senarai semak keluarga
  9. Panduan berkaitan

Jawapan ringkas

Surat Jadual Penerbangan (SJP) haji 1448H dijadual keluar pada Februari 2027. Surat ni yang beritahu bila tuan/puan terbang.

  • Dah rasmi: penerbangan pertama 8 April 2027, wukuf 15 Mei 2027.
  • Tempoh: lebih kurang 40 hari (Gold lebih kurang 25 hari).

Status sumber: Rasmi TH · tempoh: Brosur JAD 1448H

JADKeluar Februari 2027 · semak di THiJARI

Rupa SJP: surat yang jawab "saya terbang bila?"

Surat Jadual Penerbangan Haji 1448H · jadual individu

Nama bakal haji
ikut surat
Tarikh berlepas
tarikh tuan/puan sendiri
Tarikh pulang
tarikh tuan/puan sendiri
Lapor diri
tempat dan masa
Ilustrasi, bukan rupa sebenar surat TH.

Dapat tarikh pulang? Pasport mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepasnya.

Contoh: pulang 24 Mei 2027 (penerbangan pertama pulang). Pasport sah hingga sekurang-kurangnya 24 November 2027.

Belum dapat SJP? Guna akhir Disember 2027 sebagai had selamat.

Syarat pasport penuh →

Sumber: jadual TH 1448H; ukuran 6 bulan selepas pulang: panduan Senarai Semak Oktober.

Dalam halaman ini
  1. Apa itu SJP?
  2. Bila SJP 1448H keluar?
  3. Tarikh rasmi TH: SJP Februari, penerbangan pertama 8 April 2027
  4. Cara semak SJP di THiJARI
  5. Dah dapat SJP? Baca, banding, baru confirm cuti
  6. Jemaah PJH pun tunggu SJP
  7. Kalau SJP belum kelihatan
  8. Senarai semak keluarga
  9. Panduan berkaitan

Sebelum SJP sampai, saya pun tak boleh bagi tarikh terbang sesiapa.

Fakta yang tak bertanda datang daripada sumber rasmi Tabung Haji (TH) di bawah.

Apa itu SJP?

SJP ni TH yang keluarkan. Boleh semak dan cetak online melalui THiJARI, iaitu laman dan aplikasi rasmi TH.

Dalam garis masa 1448H, bakal haji mula tahu tarikh terbang masing-masing melalui SJP, pada Februari 2027. Hari tepat surat tu keluar belum dinyatakan. Status sumber: Belum diumumkan TH

Tiga benda ni bukan tarikh terbang tuan/puan:

  • Tarikh penerbangan pertama bagi seluruh operasi TH.
  • Anggaran tempoh sesuatu pakej.
  • Kumpulan awal, pertengahan atau akhir dalam brosur PJH (Pengelola Jemaah Haji, syarikat swasta berlesen TH).

Tarikh tuan/puan sendiri hanya ada dalam SJP.

Bila SJP 1448H keluar?

Garis masa rasmi TH untuk 1448H letak SJP pada Februari 2027.

Jemaah berjalan di laluan pejalan kaki menuju menara Masjidil Haram, musim 1447H
musim 1447HLaluan pejalan kaki ke Masjidil Haram. Tarikh tuan/puan sendiri tiba ada dalam SJP.

TH belum umumkan hari tepat, atau sama ada semua bakal haji nampak surat pada hari yang sama. Jadi check THiJARI sepanjang Februari.

Kalau tuan/puan tolong urus untuk mak ayah, set satu peringatan keluarga untuk semak THiJARI pada Februari.

Screenshot SJP orang lain tak boleh jadi panduan, sebab surat tu jadual individu.

Tarikh rasmi TH: SJP Februari, penerbangan pertama 8 April 2027

Tarikh bawah ni untuk bantu keluarga nampak gambaran musim ni. Soalan "saya terbang bila?" tetap SJP yang jawab.

Lihat 4 tarikh rasmi TH: Feb 2027, 8 Apr, 15 Mei dan 24 Mei 2027
  1. Februari 2027
    SJP keluarRasmi TH 1448H (bulan sahaja)
  2. Khamis, 8 April 2027
    Penerbangan pertama pergi, bagi seluruh operasi TH. Tak semua jemaah terbang hari tuRasmi TH 1448H
  3. Sabtu, 15 Mei 2027
    Wukuf di ArafahRasmi TH 1448H, tertakluk kepada ketetapan Arab Saudi
  4. Isnin, 24 Mei 2027
    Penerbangan pertama pulang. Belum tentu tarikh pulang kumpulan JADRasmi TH 1448H

Penerbangan terakhir 1448H, pergi dan pulang: tunggu SJP atau makluman TH.

Musim lepas, penerbangan pergi terakhir 20 Mei 2026, dan pulang terakhir 30 Jun 2026. Status sumber: Musim lepas

Jadual kumpulan JAD pun belum ada tarikh bertulis.

Gambaran musim lepas (1447H): dua fasa penerbangan
  • Pergi (musim lepas): 18 April hingga 20 Mei 2026.
  • Pulang (musim lepas): 4 hingga 30 Jun 2026.
  • Lebih kurang 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL (Malaysia Airlines) dan Saudia. Yang pertama terbang terus ke Madinah.

Status sumber: Musim lepas

Tarikh lain, dari surat tawaran hingga rayuan ditutup, ada dalam jadual tarikh penting haji 1448H.

Cara semak SJP di THiJARI

Semak dan cetak SJP melalui THiJARI:

  1. Log masuk ke akaun THiJARI, guna aplikasi atau laman rasmi TH.
  2. Bila TH beritahu SJP dah tersedia, cari menu semakan Surat Jadual Penerbangan.
  3. Baca semua butiran dalam surat.
  4. Simpan satu salinan dalam telefon, dan cetak satu untuk keluarga.
  5. Susun cuti dan perjalanan ke tempat lapor diri (tempat daftar masuk sebelum terbang) ikut SJP sendiri.
Menu SJP tak nampak? Semak makluman TH atau THCC

Nama menu boleh berubah. Kalau menu tu tak nampak, semak makluman TH, atau telefon pusat panggilan THCC di +603-6207 1919.

Jaga data peribadi dalam SJP

Jangan muat naik surat penuh ke media sosial atau group terbuka.

Kalau keluarga perlu tolong, hantar terus kepada seorang ahli keluarga di WhatsApp peribadi, bukan dalam group.

Buang butiran yang tak perlu.

Dah dapat SJP? Baca, banding, baru confirm cuti

5 langkah: baca, banding, tanya TH atau PJH, confirm cuti, simpan SJP
  1. Baca surat dari awal sampai habis. Tandakan apa yang perlu dibuat.
  2. Bandingkan dengan makluman rasmi TH atau PJH yang tuan/puan terima.
  3. Ada yang tak jelas? Tanya TH pasal SJP dan jadual penerbangan. Tanya PJH pasal susunan pakej.
  4. Barulah confirm cuti, dan susun perjalanan ke tempat lapor diri. Hak cuti ikut majikan: Cuti Haji 2027.
  5. Simpan SJP bersama dokumen perjalanan lain, supaya senang dicapai masa lapor diri.

Kalau majikan minta tarikh sekarang

Tunjuk tarikh rasmi TH di atas sebagai gambaran. Terangkan yang tarikh sebenar hanya diketahui melalui SJP pada Februari 2027.

Jemaah PJH pun tunggu SJP

Muassasah (urusan TH)

  • Muassasah ialah urusan haji yang dikendalikan TH.

PJH, contohnya JAD

  • PJH pula syarikat swasta berlesen TH.

Untuk pakej JAD, ini yang tertulis dalam brosur. Status sumber: Brosur & poster JAD 1448H

  • Basic Economy, Basic dan Super: penerbangan charter (sewa khas jemaah haji), kumpulan awal.
  • Elite Economy, Elite, Classic dan Silver ada pilihan awal, pertengahan atau akhir.
  • Gold guna penerbangan komersial. Business class (kelas perniagaan) boleh dimohon, tak dijamin: tambah anggaran RM15,000 hingga RM17,000 seorang kalau lulus.
  • Tempoh: ±40 hari, Gold ±25 hari, ikut jadual penerbangan TH.

Dua-dua laluan ikut jadual penerbangan yang TH tetapkan.

Corak musim lepas (1447H): kumpulan awal terbang terus ke Madinah dan mula di Madinah.

Lihat 4 foto perjalanan jemaah JAD musim lepas (1447H)

Perjalanan jemaah JAD musim lepas · kumpulan 1448H ikut SJP

Pasangan jemaah tersenyum memegang jambangan ros semasa tiba di Madinah, musim 1447H
Tiba di Madinah, disambut dengan ros · musim 1447H
Jemaah masuk ikut pintu Station Entrance stesen kereta api laju Haramain, musim 1447H
Pintu masuk stesen Kereta Api Laju Haramain (HHR) · musim 1447H
Jemaah JAD tersenyum di tempat duduk dalam gerabak kereta api laju, musim 1447H
Dalam gerabak kereta api laju HHR · musim 1447H
Jemaah turun eskalator panjang di stesen kereta api laju, musim 1447H
Eskalator ke platform stesen HHR · musim 1447H
Buka saiz penuh (boleh zum) ↗

Kumpulan lewat terbang ke Jeddah, masuk Makkah dulu, dan ke Madinah selepas haji. Penerbangan sewa khas terbang terus, tanpa transit. Status sumber: Musim lepas, tertakluk TH

Kumpulan setiap pakej untuk 1448H belum disahkan secara bertulis. Status sumber: Belum diumumkan TH

Tulisan "awal" atau "akhir" dalam brosur belum cukup. Walaupun ambil pakej PJH, tunggu SJP dan makluman operasi yang sepadan, baru confirm cuti.

Butiran setiap pakej JAD ada di pakej haji JAD 1448H.

Kalau SJP belum kelihatan

Dah masuk Februari tapi SJP belum muncul? Belum tentu tuan/puan tercicir. TH cuma umumkan bulan, bukan hari atau urutan surat keluar.

4 langkah: semak THiJARI, baca makluman TH, telefon THCC, beritahu PJH
  • Semak semula di laman web THiJARI (www.thijari.com.my) atau aplikasinya.
  • Baca makluman TH yang terkini.
  • Untuk masalah surat atau paparan THiJARI, telefon THCC di +603-6207 1919 (8 pagi hingga 6.30 petang).
  • Kalau ambil pakej PJH, beritahu pegawai PJH yang SJP belum nampak. Tak perlu minta mereka teka tarikh.

Tarikh akhir semua SJP dikeluarkan, TH belum umumkan. Status sumber: Belum diumumkan TH

Senarai semak keluarga

Tandakan yang dah siap

Buka senarai semak keluarga: 6 perkara

Soalan lazim

Apa itu SJP haji?

SJP ni Surat Jadual Penerbangan yang TH keluarkan untuk bakal haji. Tarikh terbang setiap orang ada di situ. SJP boleh disemak dan dicetak di THiJARI, iaitu laman dan aplikasi rasmi TH.

Bila SJP haji 1448H keluar?

Garis masa rasmi TH 1448H letak SJP pada Februari 2027. Hari tepat, dan tarikh SJP bagi setiap individu, belum diumumkan TH.

Boleh saya mohon cuti sekarang?

Tunggu SJP keluar dulu, baru confirm cuti. Jadual umum TH cuma sebut tarikh flight pertama. Tarikh setiap bakal haji hanya ada dalam SJP. Kalau majikan nak gambaran awal, tunjuk tarikh rasmi TH dalam halaman ni, dan beritahu tarikh sebenar menyusul Februari 2027.

Tarikh dalam SJP boleh ditukar?

Bahan kursus TH musim lepas sebut tarikh tak boleh ditukar, dan jemaah berlepas ikut SJP. Untuk 1448H, sahkan dengan TH bila SJP keluar nanti.

Kalau ambil pakej PJH, kena tunggu SJP juga?

Ya. PJH tu Pengelola Jemaah Haji, syarikat swasta berlesen TH. Tarikh dan tempoh pakej JAD ikut jadual penerbangan TH. Jadi, selagi SJP belum sampai, tarikh sendiri belum confirm.

Lihat 4 soalan lagi
Berapa lama kena tinggal di sana?

Ikut brosur JAD 1448H, pakej lain lebih kurang 40 hari, dan Gold lebih kurang 25 hari. MyJAD pun lebih kurang 40 hari (poster MyJAD). Untuk pakej 40 hari, anggarannya 20 malam di Makkah dan 5 hingga 8 malam di Madinah. Malam di Aziziyah (1–15 Zulhijah) tak termasuk dalam anggaran ni. Bilangan tepat ikut jadual penerbangan TH.

Flight terus ke Jeddah, atau ada transit? Mak dah tua.

Musim lepas (1447H), penerbangan sewa khas terbang terus tanpa henti, ke Madinah atau ke Jeddah. Kumpulan awal JAD ke Madinah dulu, dan kumpulan lewat ke Jeddah, terus masuk Makkah. Susunan 1448H tertakluk TH. Gold guna penerbangan komersial, dan laluannya belum ada bertulis.

Business class Gold berapa?

Business class untuk Gold kena mohon dulu, dan tak dijamin sebab kerusinya sangat terhad. Kalau lulus, caj tambahan ikut harga semasa, anggaran brosur RM15,000 hingga RM17,000 seorang. Kalau tak dapat, tiada caj tambahan.

Apa yang dah diumumkan pasal penerbangan haji 1448H?

Penerbangan pertama pergi: 8 April 2027. Wukuf di Arafah: 15 Mei 2027, ikut keputusan Arab Saudi. Penerbangan pertama pulang: 24 Mei 2027. Tarikh penerbangan terakhir dan jadual individu belum diumumkan. Tarikh lain musim ni ada di jadual tarikh penting haji 1448H.

Panduan berkaitan

Sumber & lesen

Lihat 8 sumber yang saya rujuk
  1. Infografik TH: Perjalanan Haji 1448H/2027M (salinan diterima 25 Sep 2026; tarikh terbitan TH tidak dijumpai) · 2026-09-25
  2. Soalan lazim TH: THiJARI (dirujuk 30 Sep 2026) · 2026-09-30
  3. Slaid Kursus Asas Haji Siri 10: Pengurusan Haji, portal e-Bimbingan TH (bahan musim lepas; dirujuk 30 Sep 2026) · 2026-09-30
  4. Brosur pakej haji JAD 1448H/2027M (diterima 21 Sep 2026) · 2026-09-21
  5. Siaran TH 18 Apr 2026: operasi haji 1447H bermula, penerbangan sewa khas terus ke Madinah (musim lepas) · 2026-04-18
  6. Laman TH Pengendalian Haji (masih berlabel 1447H/2026M; dirujuk 19 Okt 2026): rangka dua fasa, pergi 18 Apr hingga 20 Mei 2026, pulang 4 hingga 30 Jun 2026 (musim lepas) · 2026-10-19
  7. Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Oktober 2026: corak kumpulan JAD musim 1447H, anggaran malam di Makkah dan Madinah · 2026-10-01
  8. Poster pakej Elite Economy, JAD Travel & Tours 1448H (30 Oktober 2026) dan pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 31 Oktober 2026 · 2026-10-31
Pakej Haji 1448H oleh JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd (795573-W), PJH berlesen TH musim 1448H.No. Lesen Haji: 18/1448 · No. Lesen MOTAC: KPK/LN/5377 TN 64, Jalan BBSE 3, Bandar Baru Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Tanya di WhatsApp