JAD Travel & ToursUstaz Haji ZulkifliPegawai Pemasaran

1448H · 2027M Denai pakej JAD

Berapa jauh saya perlu berjalan?

Pakej yang masih dibuka: hotel Makkah (atau setaraf) ±60–80 m ke Masjidil Haram. Pakej ±430 m dah sold out. Pilih pakej untuk kad penuh yang boleh tuan/puan share dengan keluarga.

Pilih satu pakej

Kad pakej saya

Pilih pakej untuk buka kad tuan/puan

Hotel, jarak dan corak kumpulan akan keluar di sini.

JAD Travel & ToursPJH18/1448H · KPK/LN/5377jadhajiumrah.com

01 · Makkah

Hotel mana paling dekat?

Pilih pakej di atas. Hotelnya akan terus ditanda.

Peta skematik hotel JAD di Makkah. Tiga hotel dalam kelompok sekitar 60 hingga 80 meter dan Prestige Al-Mashaer sekitar 430 meter dari Masjidil Haram.±60–80 mMasjidil HaramAl-SafwahAl MarwaFairmont±430 mPrestige
Hotel pakej dipilihHotel pakej lainTidak mengikut skala

02 · Madinah

Hotel pakej tuan/puan di Madinah

Pilih pakej untuk check hotelnya.

Peta skematik hotel JAD di Madinah. Biltmore Al Madina sekitar 15 meter dan Maden Taiba sekitar 150 meter dari Masjid Nabawi.Masjid NabawiMaden TaibaBiltmore
Hotel pakej dipilihHotel pakej lainTidak mengikut skala

03 · Aziziyah ke Jamrah

Satu laluan pergi, sekitar 500 meter

Laluan ini ikut infografik musim lepas, tertakluk Tabung Haji.

  1. 01
    Nousk Al-MasarahHotel Aziziyah semua pakej
  2. 02
    Pintu laluan sehalaSusunan musim lepas
  3. 03
    Kompleks Jamrah±500 m dari hotel

Dua nama, hotel yang sama“Nusuk Sya'air” dalam infografik 1447H.“Nousk Al-Masarah” dalam brosur 1448H.

Rombongan jemaah JAD mengikut bendera menuju Kompleks Jamrah
Rombongan JAD ikut bendera ke Kompleks Jamrah. Foto musim 1446H.

04 · Khemah Mina

Khemah Mina: 3.5 km atau 200 m ke Jamrah?

Masya'ir ialah Arafah, Muzdalifah dan Mina. Gold termasuk Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf. Pakej biasa lain boleh mohon naik taraf RM10,000 seorang, tertakluk kelulusan.

Khemah pakej dipilih

Maktab Asia Tenggara

Muaisim

±3.5 km sehalaBergantung lokasi khemah · sumber Tabung Haji
Khemah pakej dipilih

Perkhidmatan Masya'ir Naik Taraf

PMN

±200 mGold termasuk · pakej biasa lain boleh mohon naik taraf

Musim lepas: Maktab 111–115 PMN; Maktab 82 maktab Muassasah (urusan TH) di Muaisim. Susunan semasa tertakluk pengagihan musim 1448H.

Fakta maktab dan gred PMN disahkan Ustaz Zulkifli, pegawai pemasaran JAD, 30 September 2026.

Jemaah JAD di kawasan Kompleks Jamrah pada malam Tasyrik
Malam Tasyrik di kawasan Kompleks Jamrah. Foto musim 1446H.
Soalan untuk dibandingkan
  • Nombor maktab musim 1448H sudah disahkan?
  • Gred PMN yang ditawarkan apa?
  • Siapa bantu jika keluarga guna kerusi roda? JAD: Makkah ada, terhad, boleh beli sendiri; Arafah, Muzdalifah, Mina ada 25 kerusi roda elektrik (iklan JAD, 3 Okt 2026), terhad, tempah semasa daftar.

05 · Corak perjalanan

Kumpulan mana untuk pakej ini?

Musim lepas (1447H), tertakluk Tabung Haji.

Tarikh umum TH 1448H: penerbangan pertama pergi 8 April 2027, wukuf 15 Mei 2027 (tertakluk Saudi), pertama pulang 24 Mei 2027.

Tarikh setiap kumpulan keluar dalam SJP (Surat Jadual Penerbangan), Februari 2027.

Pilih pakej untuk check corak perjalanannya.

Belum disahkan

Kumpulan 1448H masih menunggu pengesahan

Elite, Classic dan Silver boleh masuk kumpulan awal, pertengahan atau akhir. Kumpulan ditetapkan Tabung Haji, bukan kami.

06 · Waktu ibadat

Bila waktu bermula?

Lima waktu yang sudah disemak silang. Waktu melontar hari Tasyrik masih belum dimasukkan.

Lihat waktu ibadat
WukufSumber: Tabung Haji · Kursus Asas Haji Siri 03
Zuhur 9 hingga Fajar 10
Mabit MuzdalifahSumber: Tabung Haji · Kursus Asas Haji Siri 04
Pertengahan malam hingga Fajar 10
Melontar Jamrah Kubra (jamrah besar) · 10 ZulhijahSumber: infografik waktu ibadat Tabung Haji
Pertengahan malam 10 hingga Maghrib 13
Tawaf haji (ifadah) dan saie hajiSumber: infografik waktu ibadat Tabung Haji
Bermula pertengahan malam 10 · tiada had waktu tamat
Bercukur/Bergunting, tahallul awal (pelepasan awal daripada ihram)Sumber: infografik waktu ibadat Tabung Haji
Bermula pertengahan malam 10 · tiada had waktu tamat

Pertengahan malam bukan semestinya jam 12. Ia ialah separuh waktu antara Maghrib dan Subuh.

Contoh cara kira: jika Maghrib 7.00 malam dan Subuh 5.00 pagi, tempohnya 10 jam. Separuh ialah 5 jam, jadi pertengahan malam ialah 12.00 tengah malam. Waktu sebenar berubah mengikut tarikh dan tempat.

Pertukaran hari dalam Islam bermula waktu Maghrib.

Bincang bersama keluarga

Kalau ada warga emas dalam keluarga

Saya tak beri anggaran minit berjalan. Tenaga setiap orang berbeza.

Soalan yang selalu ditanya

"Atau setaraf" maksudnya?Hotel setaraf bintang dan jarak. Pertukaran hotel jarang berlaku.
Suami isteri boleh sebilik di Aziziyah?Boleh, dengan naik taraf bilik berdua RM8,000 seorang, dimohon awal dan tertakluk kekosongan. Tanpa naik taraf, bilik dikongsi ikut jantina. Gold: bilik Aziziyah ikut bilik hotel yang dipilih.
Kenapa Aziziyah ★3, Gold pun sama?Aziziyah sama untuk semua pakej JAD, termasuk MyJAD, kecuali Elite Economy: Nuzul Al Rayyan, ±600 m ke Kompleks Jamrah. Lokasinya ±500 m ke Kompleks Jamrah, supaya senang bergerak pada hari-hari haji.
Kenapa Classic lebih mahal walaupun jarak hampir sama?Banding bilik yang sama dulu. Harga "dari" Super dan Elite ialah bilik berlima; Classic dan Silver bilik berempat, termasuk di Aziziyah. Bilik berempat: Elite RM67,900, Classic RM70,900, dengan hotel berlainan.
Pakej biasa selain Gold boleh dapat PMN?Boleh naik taraf PMN RM10,000 seorang, seorang dalam keluarga pun boleh. JAD pastikan ada tempat bila dipilih masa mendaftar. Gold sudah termasuk PMN. Kelebihan ikut pengalaman musim lepas: kenderaan khas, tawaf dan saie haji lebih awal, khemah ±200 m ke Jamrah. Susunan 1448H bergantung arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan tertakluk TH. MyJAD: tanya saya dulu.
Dari Aziziyah boleh ke Masjidil Haram?Antara 1 hingga 4 Zulhijah, JAD bawa jemaah ke Masjidil Haram sekurang-kurangnya sekali dengan bas JAD. Nak lebih, boleh pergi sendiri, tapi hanya sehingga 4 Zulhijah. (Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026)
Bila bayar PMN dan naik taraf bilik Aziziyah?Bersama bayaran akhir pakej. (Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026)
Berapa malam di Makkah dan Madinah?Pakej ±40 hari (brosur JAD 1448H): anggaran 20 malam di Makkah dan 5 hingga 8 malam di Madinah, tidak termasuk hari di Aziziyah (ikut corak musim lepas). Gold ±25 hari, lebih singkat. Bilangan tepat ikut jadual penerbangan TH. (Anggaran pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026)
Masa mabit, betul ke askar suruh beralih?Pihak Saudi minta jemaah kekal dalam khemah, dan keluar hanya bila perlu atau untuk ibadah. Semua jemaah diminta ikut arahan anggota keselamatan, sebab langgar arahan boleh buat sesak. Kalau askar minta beralih dari laluan, ikut. Itu kawalan orang ramai. (Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi)
Khemah Mina macam mana?Musim lepas: ada tilam dan tandas, dan memang sesak sebab ramai orang. 1448H bergantung arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan tertakluk TH. (Pengalaman lapangan pegawai pemasaran JAD)
Terbang macam mana?Brosur 1448H: penerbangan sewa khas, tarikh tertakluk ketetapan TH. Musim lepas (1447H), kumpulan awal terbang terus ke Madinah, kumpulan lewat ke Jeddah; susunan 1448H tertakluk TH. Gold guna penerbangan komersial.

Sebelum memilih

Apa yang masih perlu ditanya?

Tandakan perkara yang sudah jelas. Yang belum ditanda akan masuk dalam mesej WhatsApp.

0 / 5 ditanda
Tanya di WhatsAppIsi halaman ↑