Jawapan ringkas
Mula dengan keadaan keluarga, baru tengok pakej.
- Mak ayah susah berjalan? Jarak hotel dulu.
- Cuti terhad? Semak tempoh pakej dan kumpulan penerbangan.
- Lepas tu, bawa 15 soalan yang sama kepada setiap PJH yang tuan/puan timbang. PJH (Pengelola Jemaah Haji) ialah syarikat haji yang dilesenkan Tabung Haji (TH).
Dalam halaman ini
- Enam keadaan yang paling kerap saya dengar di meja
- Bajet paling penting? Timbang Muassasah dulu
- Harga pakej haji 2027 di pasaran: julat 32 brosur PJH
- 15 soalan untuk mana-mana PJH
- Tanda penipuan: akaun individu, janji rayuan lulus, harga terlalu murah
- Pakej JAD ikut keutamaan: dekat, jimat atau singkat
- Panduan berkaitan
Enam keadaan yang paling kerap saya dengar di meja
Pilih satu yang paling dekat dengan keluarga tuan/puan. Lepas tu boleh tekan yang lain.
Pilih keadaan keluarga
JAD10 pakej JAD 1448H · beza selain hotel
Warga emas Paling dekat ke Masjidil Haram: Super, Al Safwah Tower 1 sekitar 60 meter, dari RM59,900 seorang (bilik berlima).
Bajet ketat Bajet paling rendah: Elite Economy dari RM56,900 seorang (bilik berlima), hotel Al Safwah Tower 1 ±60 m.
Cuti terhad Gold, lebih kurang 25 hari, dari RM110,900 seorang (bilik berempat). Flight business class (kelas perniagaan) kena mohon dulu, tak dijamin. Kalau lulus, ada caj tambahan ikut harga semasa (anggaran RM15,000 hingga RM17,000 seorang). Kalau tak lulus, tiada caj
Haji pertama Selain hotel, tengok kursus dan kelengkapan sekali.
Anak urus Tiga benda ni yang paling kerap tertinggal.
Pasangan Bilik berdua bersama pasangan: Beza RM6,000 hingga RM18,000 seorang, ikut pakej
Kotak emas = pakej yang padan dengan keadaan dipilih.
| Basic EconomySold out | BasicSold out | Elite EconomyAvailable | SuperAvailable | EliteAvailable | ClassicAvailable | SilverAvailable | GoldAvailable | MyJAD BasicSold out | MyJAD EliteSold out | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Penerbangan | ||||||||||
| Charter (sewa khas), kumpulan awal | ya | ya | tidak | ya | tidak | tidak | tidak | tidak | ya | ya |
| Charter (sewa khas), awal, pertengahan atau akhir | tidak | tidak | ya | tidak | ya | ya | ya | tidak | tidak | tidak |
| Komersil; business class atas permohonan | tidak | tidak | tidak | tidak | tidak | tidak | tidak | ya | tidak | tidak |
| Bilik Aziziyah | ||||||||||
| Berlima atau berempat | ya | ya | ya | ya | ya | tidak | tidak | tidak | ya | ya |
| Berempat | tidak | tidak | tidak | tidak | tidak | ya | ya | tidak | tidak | tidak |
| Kekal bertiga atau berdua, ikut bilik hotel | tidak | tidak | tidak | tidak | tidak | tidak | tidak | ya | tidak | tidak |
| Set kelengkapan (jenis) | ||||||||||
| Eco 21/22 | ya | tidak | ya | ya | tidak | tidak | tidak | tidak | ya | ya |
| Eksklusif 30/31 | tidak | ya | tidak | tidak | ya | ya | ya | ya | tidak | tidak |
| Kursus haji | ||||||||||
| 1 hari | ya | tidak | ya | ya | tidak | tidak | tidak | tidak | ya | ya |
| 2 hari 1 malam | tidak | ya | tidak | tidak | ya | ya | ya | ya | tidak | tidak |
Lihat jadual asal
| Pakej | Penerbangan | Bilik Aziziyah | Set kelengkapan (jenis) | Kursus haji |
|---|---|---|---|---|
| Basic Economy | Charter (sewa khas), kumpulan awal | Berlima atau berempat | Eco 21/22 | 1 hari |
| Basic | Charter (sewa khas), kumpulan awal | Berlima atau berempat | Eksklusif 30/31 | 2 hari 1 malam |
| Elite Economy | Charter (sewa khas), awal, pertengahan atau akhir | Berlima atau berempat | Eco 21/22 | 1 hari |
| Super | Charter (sewa khas), kumpulan awal | Berlima atau berempat | Eco 21/22 | 1 hari |
| Elite | Charter (sewa khas), awal, pertengahan atau akhir | Berlima atau berempat | Eksklusif 30/31 | 2 hari 1 malam |
| Classic | Charter (sewa khas), awal, pertengahan atau akhir | Berempat | Eksklusif 30/31 | 2 hari 1 malam |
| Silver | Charter (sewa khas), awal, pertengahan atau akhir | Berempat | Eksklusif 30/31 | 2 hari 1 malam |
| Gold | Komersil; business class atas permohonan | Kekal bertiga atau berdua, ikut bilik hotel | Eksklusif 30/31 | 2 hari 1 malam |
| MyJAD Basic | Charter (sewa khas), kumpulan awal | Berlima atau berempat | Eco 21/22 | 1 hari |
| MyJAD Elite | Charter (sewa khas), kumpulan awal | Berlima atau berempat | Eco 21/22 | 1 hari |
Kalau ada warga emas yang susah berjalan

Jarak hotel Makkah · skala 430 meter
Anggaran berjalan ke Masjidil Haram; hotel atau setaraf. Brosur JAD 1448H; MyJAD: poster MyJAD; Super: tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026; Elite Economy: poster 30 Okt
Status sumber: Brosur JAD 1448H
Tengok jarak berjalan dulu. Bintang hotel kemudian.
- Semua pakej JAD yang masih dibuka duduk hotel Makkah 60 hingga 80 meter ke Masjidil Haram. Paling dekat, Elite Economy, Super dan Elite di Al Safwah Tower 1, ±60 m. Status sumber: Super: tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026; poster JAD 30 Okt
- Basic Economy dan Basic, sekitar 430 meter, dah sold out.
- Aziziyah pula sekitar 500 meter ke Kompleks Jamrah untuk semua pakej JAD, kecuali Elite Economy, sekitar 600 meter. Jarak inilah yang paling terasa masa hari-hari melontar.
- Untuk JAD, saya boleh jawab terus. Di Makkah, JAD sediakan kerusi roda tapi jumlahnya terhad, dan jemaah boleh juga beli sendiri.
- Kalau mak atau ayah dah guna kerusi roda sepanjang masa, bincang dulu dengan pegawai PJH sebelum daftar, supaya bantuan yang ada memang cukup. Kalau JAD, tekan butang WhatsApp di halaman ni dan bincang dengan saya.
- Ikut syarat TH, peneman pun kena ada surat tawaran sendiri, atau lulus rayuan. Butirannya ada di Haji Warga Emas.
Semua jarak hotel, Aziziyah dan khemah Mina saya dah susun di Lokasi Hotel dan Pergerakan Haji JAD 1448H.
| Kalau keutamaan tuan/puan | Yang perlu disemak | Contoh pakej JAD |
|---|---|---|
| Paling dekat ke Masjidil Haram | Jarak hotel Makkah, bertulis | Super, Al Safwah Tower 1 sekitar 60 meter, dari RM59,900 seorang (bilik berlima). |
Kalau bajet ketat

Status sumber: Brosur JAD 1448H; set kelengkapan: senarai ibu pejabat JAD 1448H, 18 Okt 2026; poster JAD 30 Okt
Pakej JAD yang masih dibuka paling rendah ialah Elite Economy, dari RM56,900 seorang (bilik berlima), atau RM58,900 bilik berempat.
Bayaran Haji PJH RM23,398 dah termasuk dalam harga tu.
Jumlah ni TH ambil terus dari akaun Tabung Haji tuan/puan, tertakluk kepada ketetapan TH. Pecahan setiap pakej ada di Kos Haji 1448H/2027M.
- Elite Economy lawan Super, bilik berempat: beza RM5,000 seorang. Hotel Makkah sama, Al Safwah Tower 1. Super dapat wang saku 1,000 SAR dan Aziziyah ±500 m. Elite Economy tiada wang saku dan Aziziyahnya ±600 m, tapi boleh pilih terbang awal, pertengahan atau akhir.
- Super lawan Elite, bilik berempat: beza RM4,000 seorang. Kini hotel sama (Al Safwah Tower 1, ±60 m) dan wang saku sama, 1,000 SAR. Status sumber: Tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026
- Elite dapat Set Eksklusif 30/31 berbanding Eco 21/22 jenis, dan Kursus Haji Perdana 2 hari 1 malam berbanding 1 hari. Kalau kelengkapan dah ada sendiri, Super pun dah cukup.
- MyJAD Basic, MyJAD Elite, Basic Economy dan Basic dah sold out. Hubungi Ustaz Zul / Puan Azimah untuk diskaun istimewa. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 23 Okt 2026
- Bilik berempat jauh lebih jimat. Beza dengan bilik berdua antara RM6,000 hingga RM18,000 seorang, ikut pakej.
- Bilik berdua dalam pakej tu untuk hotel Makkah dan Madinah. Bilik berempat atau berlima di hotel Makkah dan Madinah dikongsi ikut jantina, jadi suami isteri yang nak sebilik kena ambil bilik berdua. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 2 Okt 2026
- Di Aziziyah, kecuali Gold, bilik dikongsi ikut jantina: berlima atau berempat, dan Classic serta Silver berempat.
- Nak sebilik berdua di Aziziyah, upgrade RM8,000 seorang (Elite Economy RM6,000), tertakluk kekosongan. Minta masa daftar, sebelum nama dihantar ke eHajj, iaitu sistem Arab Saudi tempat PJH daftar jemaah untuk visa, hotel dan khemah. Lepas dihantar, bilik tak boleh tukar.
- Suami isteri yang dua-dua dapat surat tawaran 1448H: tengok pilihan bilik berdua Super untuk pasangan, Al Safwah Tower 1 ±60 m, dari RM72,900 seorang. Ada pilihan sebilik di Aziziyah juga.
- Kalau bajet memang ketat dan hotel tak berapa penting, tengok dulu laluan Muassasah, iaitu haji yang TH urus sendiri (di bawah).
| Kalau keutamaan tuan/puan | Yang perlu disemak | Contoh pakej JAD |
|---|---|---|
| Bajet paling rendah | Apa yang dikurangkan sampai harganya lebih rendah | Elite Economy dari RM56,900 seorang (bilik berlima), hotel Al Safwah Tower 1 ±60 m. Set Eco 21/22, kursus 1 hari, tiada wang saku. Basic Economy, Basic dan MyJAD dah sold out. |
Kalau cuti terhad
Status sumber: Brosur JAD 1448H
Berapa lama nak apply cuti bergantung pada dua benda: tempoh pakej dan kumpulan penerbangan.
- Kebanyakan pakej JAD lebih kurang 40 hari. Gold lebih kurang 25 hari. Syarat penerbangan dan caj Gold ada dalam jadual di hujung halaman.
- Super kumpulan awal je. Elite Economy, Elite, Classic dan Silver ada pilihan awal, pertengahan atau akhir. Tarikh setiap kumpulan TH yang tetapkan. Kumpulan lewat bagi lebih ruang nak susun cuti.
- Musim lepas, tempoh kumpulan awal dan kumpulan lewat lebih kurang sama. Kumpulan lewat cuma anjak tarikh terbang, bukan pendekkan tempoh. Status sumber: Musim lepas; tarikh dan tempoh 1448H ikut jadual TH
- Untuk 1448H, TH dah umumkan tarikh umum. Penerbangan pertama pergi 8 April 2027, wukuf 15 Mei 2027 (tertakluk Arab Saudi), dan penerbangan pertama pulang 24 Mei 2027. Status sumber: Infografik TH Perjalanan Haji 1448H
- Tarikh terbang setiap jemaah pula keluar dalam Surat Jadual Penerbangan (SJP), yang TH jadualkan keluar Februari 2027. SJP boleh disemak dan dicetak di THiJARI, iaitu laman dan aplikasi rasmi TH.
- Tarikh setiap kumpulan JAD belum ada. Tunggu SJP keluar dulu, baru confirm cuti. Berapa hari cuti haji penjawat awam dan pekerja swasta: Cuti Haji 2027.
| Kalau keutamaan tuan/puan | Yang perlu disemak | Contoh pakej JAD |
|---|---|---|
| Cuti terhad, tempoh lebih singkat | Tempoh hari dan jenis penerbangan | Gold, lebih kurang 25 hari, dari RM110,900 seorang (bilik berempat). Flight business class (kelas perniagaan) kena mohon dulu, tak dijamin. Kalau lulus, ada caj tambahan ikut harga semasa (anggaran RM15,000 hingga RM17,000 seorang). Kalau tak lulus, tiada caj |
Kalau ini haji pertama

Status sumber: Brosur JAD 1448H
Selain hotel, tengok kursus dan kelengkapan sekali.
- Kursus Haji Perdana ada dua tempoh: 1 hari (Elite Economy, Super) atau 2 hari 1 malam (Elite, Classic, Silver, Gold). Tarikh dan tempatnya belum ditetapkan ibu pejabat JAD, dan akan dimaklumkan kemudian. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026
- Set kelengkapan: Eco 21/22 atau Eksklusif 30/31 jenis (senarai).
- Tanya siapa pembimbing yang bertugas, dan seorang pembimbing jaga berapa jemaah. Kalau syarikat tak boleh jawab dengan jelas, catat dulu, dan tanya lagi sebelum daftar.
- Di JAD, setiap bas (maksimum 50 jemaah) ada seorang mutawwif dan seorang petugas, dan ibu pejabat yang agihkan. Jadi tak semua bas dibimbing PEKTA, iaitu pengkursus ibadat haji bertauliah TH. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 20 Okt 2026
- Untuk 1448H, ibu pejabat umumkan 3 PEKTA (Ustaz Haji Abu Bakar, Ustaz Haji Yahdi dan Ustaz Haji Hilmi) yang mengajar kursus dan ikut ke Tanah Suci. Untuk wanita, ada Ustazah Hajah Nony (Pembimbing Ilmu & Tadabbur) dan Ustazah Hajah Norasidah (Mutawwifah). Ustazah Hajah Norasidah ikut ke Tanah Suci. Status sumber: Brosur dan poster JAD 1448H; pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026
- Saya sendiri mutawwif, dah lima musim haji (2022 hingga 2026). Musim 1448H pun saya ikut, tapi tak boleh janji bimbing kumpulan tuan/puan. Status sumber: Pengalaman pegawai pemasaran JAD; pengesahan 1 Okt 2026
Kalau tuan/puan anak yang uruskan untuk mak ayah
Tiga benda ni yang paling kerap tertinggal.
- Mak atau ayah kena ada surat tawaran sendiri, atau lulus rayuan sendiri. Tanpa itu, anak tak boleh daftarkan mereka.
- Setiap orang isi borang pendaftaran sendiri, walaupun satu keluarga. Sediakan awal untuk setiap seorang: kad pengenalan, nombor akaun TH, nombor daftar haji dan nombor pasport.
- Nak temankan tapi belum ada surat tawaran? Mohon rayuan. TH utamakan mahram, pengiring warga emas dan pengiring OKU. Tak pasti kategori mana? Telefon pusat panggilan TH (THCC) dulu. Rayuan 1448H dibuka 2 Oktober 2026 di THiJARI, tutup Januari 2027. Caranya di Rayuan Haji 1448H.
Kalau pasangan dah dapat surat, saya belum
Yang belum dapat surat boleh mohon rayuan di THiJARI mulai 2 Oktober 2026. TH ada kategori khas untuk pasangan:
- suami sebagai mahram isteri yang terpilih
- isteri ikut suami yang terpilih
Syaratnya simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun TH.
Lulus melalui laluan TH sebagai mahram atau pengiring? Ikut laman rayuan TH, bayarannya ikut kategori pendapatan (B40, M40 atau T20) bakal haji terpilih yang diiringi, bukan RM33,300.
Yang dah dapat surat tetap kena bayar ikut jadual. Untuk JAD:
- Bayaran tak boleh ditangguh sampai pasangan lulus rayuan.
- Kalau rayuan isteri tak lulus, suami yang dah dapat surat tawaran boleh teruskan pakej dia, dan isteri tiada bayaran kepada JAD.
Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026
| Kalau keutamaan tuan/puan | Yang perlu disemak | Contoh pakej JAD |
|---|---|---|
| Bilik berdua bersama pasangan | Caj upgrade dari berempat ke berdua | Beza RM6,000 hingga RM18,000 seorang, ikut pakej |
Saya Pegawai Pemasaran JAD, jadi contoh angka di sini dari brosur JAD, tapi soalannya boleh dibawa ke syarikat mana pun.
Fakta tak bertanda datang dari sumber rasmi TH; yang lain saya tanda sumbernya.
Bajet paling penting? Timbang Muassasah dulu
Soalan ni patut dijawab dulu, sebelum banding PJH sesama sendiri. Muassasah ialah haji yang TH urus sendiri.
Kadarnya ikut kategori pendapatan isi rumah: B40 (rendah), M40 (bukan B40 dan bukan T20) dan T20 (melebihi RM15,000 sebulan).
- RM15,000B40
- RM23,500M40
- RM33,300T20 (kos penuh)
Kalau kadar tu lebih penting daripada pilih hotel dan bilik, timbang Muassasah dulu.
Laluan mana sesuai untuk siapa, saya terangkan di Beza Muassasah dan Pakej Swasta.
Harga pakej haji 2027 di pasaran: julat 32 brosur PJH
Status sumber: Brosur 32 PJH 1448H, versi 1 Okt 2026
Sebelum tengok mana-mana pakej, elok tahu dulu harga biasa di pasaran. Jadual ni kumpul harga bilik berempat dalam brosur 32 PJH lain untuk musim 1448H. Nama syarikat sengaja tak disebut.
| Jarak hotel Makkah (dicetak brosur) | Termurah | Separuh di tengah | Tertinggi |
|---|---|---|---|
| Dalam 100 m (82 pakej) | RM48,990 | RM60,700 hingga RM74,100 | RM145,000 |
| 101 hingga 500 m (36 pakej) | RM42,990 | RM51,200 hingga RM59,700 | RM96,990 |
Cara baca jadual ni
- "Separuh di tengah" maksudnya separuh daripada pakej jatuh dalam julat tu.
- Harga di luar julat tak semestinya ada yang tak kena. Tanya apa bezanya: berapa hari di hotel, bilik di Madinah dan Aziziyah, PMN (khemah Arafah dan Mina yang dinaik taraf), kelas penerbangan.
- Jarak tu PJH sendiri yang tulis dalam brosur. Ada yang tulis "setaraf", maksudnya hotel yang sama taraf, bukan semestinya hotel yang disebut. Minta nama hotel sebenar secara bertulis.
- Julat ni campur pakej yang lain-lain isinya. Ada yang pendek (±20 hari), ada yang dah termasuk PMN, dan ada yang satu harga untuk bilik berempat atau berlima.
- Ni harga brosur 1 Okt. Ada pakej yang dah penuh atau berubah lepas tu.
Untuk banding, JAD di hotel lebih kurang 60 m, bilik berempat:
- Elite Economy RM58,900, tanpa wang saku.
- Super RM63,900, dengan wang saku 1,000 SAR.
Status sumber: Brosur JAD 1448H dan poster JAD 30 Okt; Super: tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026
15 soalan untuk mana-mana PJH
Screenshot senarai ni atau cetak, lepas tu tanda satu-satu masa berbincang dengan syarikat.
Tekan "Jawapan JAD" bawah setiap soalan untuk contoh jawapan bertulis. Status sumber: Brosur JAD 1448H, borang JAD dan pengesahan pegawai pemasaran JAD
Tandakan yang dah siap
0 / 15 siapJawapan JAD
JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd ada dalam senarai 34 PJH musim 1448H. Semak sendiri di laman TH.Jawapan JAD
Basic Economy dan Basic (sold out): Prestige Al-Mashaer, ±430 m. Elite Economy, Super dan Elite: Al Safwah Tower 1, ±60 m (Super: tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026). Classic: Al Marwa Rayhaan, ±80 m. Silver: Fairmont Clock Royal Tower, ±80 m. Gold: Fairmont Gold, ±80 m. MyJAD Basic dan MyJAD Elite (sold out): hotel sama dengan Basic Economy dan Elite. Semua "atau setaraf", maksudnya setaraf bintang dan jarak.Jawapan JAD
Maden Taiba, ±150 m ke Masjid Nabawi (semua pakej kecuali Gold, termasuk MyJAD). Gold: Biltmore Al Madina, ±15 m.Jawapan JAD
Nousk Al-Masarah (3 bintang), ±500 m ke Kompleks Jamrah. Sama untuk semua pakej, termasuk Gold dan MyJAD, kecuali Elite Economy: Nuzul Al Rayyan (3 bintang), ±600 m. Jemaah JAD berada di Aziziyah 1 hingga 15 Zulhijah (susunan musim lepas).Jawapan JAD
Semua pakej kecuali Gold, termasuk MyJAD: khemah biasa di Arafah, dan di Mina khemah Maktab Asia Tenggara (Muaisim). Gold dah termasuk PMN. Elite Economy, Super, Elite, Classic dan Silver boleh naik taraf PMN, RM10,000 seorang, dan JAD pastikan ada tempat bila dipilih masa mendaftar. Gred PMN JAD 1448H: Type A+ (pengesahan pegawai pemasaran JAD, 18 Okt 2026). Maktab PMN belum ada.
Lihat 10 soalan lagi
Jawapan JAD
Makkah dan Madinah ikut jenis bilik yang dipilih. Bilik berempat atau berlima dikongsi ikut jantina, jadi suami isteri yang nak sebilik ambil bilik berdua (pengesahan 2 Okt 2026). Di Aziziyah, kecuali Gold, bilik dikongsi ikut jantina. Nak sebilik berdua di Aziziyah, upgrade RM8,000 seorang (Elite Economy RM6,000), tertakluk kekosongan.Jawapan JAD
Deposit RM1,000 seorang, sama untuk semua pakej (pengesahan pegawai pemasaran JAD, 17 Okt 2026). Deposit ni sebahagian harga pakej, bukan bayaran tambahan. Ia diminta paling akhir, lepas lulus pemeriksaan kesihatan dan jawab tawaran TH (tujuh langkah, dari surat tawaran ke deposit). Jemaah rayuan: lepas rayuan lulus dan lulus pemeriksaan. Gagal pemeriksaan bermaksud tak boleh jawab tawaran, dan JAD tak minta apa-apa bayaran (pengesahan pegawai pemasaran JAD, 1 Okt 2026). Bayaran kedua, dua minggu lepas deposit: 50% daripada baki tunai kepada JAD selepas deposit. Bayaran ketiga: baki selebihnya, selewat-lewatnya 1 Disember 2026. Contoh Super berempat: bahagian JAD RM40,502. Deposit RM1,000, jadi bayaran kedua dan ketiga RM19,751 setiap satu. Status sumber: Pengesahan pegawai pemasaran JAD, 2 Okt 2026 Bayaran Haji PJH RM23,398 ditolak dari akaun TH (angka brosur, tertakluk TH).Jawapan JAD
Lepas sahkan terima tawaran JAD, tak boleh tarik diri, pindah syarikat atau kembali ke TH-Muassasah untuk musim ni. Kalau batal, denda dikira atas bahagian JAD, iaitu harga tolak Bayaran Haji PJH. Kadarnya 5% selepas bayar pakej, 20% selepas jadual penerbangan keluar, dan 40% selepas jadual keluar dan visa haji diperuntukkan.Jawapan JAD
Setiap bas (maksimum 50 jemaah) ada seorang mutawwif dan seorang petugas. Ibu pejabat JAD dah umumkan 3 PEKTA dan 2 pembimbing wanita untuk 1448H. 3 PEKTA mengajar kursus haji dan ikut ke Tanah Suci. Saya pun ikut sebagai mutawwif. Agihan setiap kumpulan, ibu pejabat yang tentukan.Jawapan JAD
Tak termasuk: pos dan kargo, pengangkutan dan ziarah tambahan, bimbingan mutawwif di luar pakej, insurans tambahan dan kad perubatan. Senarai penuh di Kos Haji 1448H/2027M.Jawapan JAD
Super: kumpulan awal je. Elite Economy, Elite, Classic dan Silver: awal, pertengahan atau akhir. Tarikh umum TH: penerbangan pertama pergi 8 April 2027, pertama pulang 24 Mei 2027. Tarikh setiap jemaah dalam SJP (Februari 2027, tertakluk TH). Tarikh setiap kumpulan JAD belum diumumkan. Tunggu SJP keluar dulu, baru confirm cuti.Jawapan JAD
Kerusi roda ada di Makkah, tapi terhad. Boleh juga beli sendiri. Untuk hari-hari di Arafah, Muzdalifah dan Mina, JAD sediakan 25 unit kerusi roda elektrik (iklan JAD, 3 Okt 2026). Unit terhad, jadi tempah semasa daftar. Siapa layak guna, tertakluk pengesahan semasa daftar. Peneman kena ada surat tawaran sendiri, atau lulus rayuan.Jawapan JAD
Tiada bayaran kepada JAD sebelum rayuan lulus. Lulus sebelum 1 Disember 2026: jadual sama. Lulus selepas itu: akan dimaklumkan kemudian setelah ketetapan dibuat oleh pihak syarikat.Jawapan JAD
Tak boleh, lepas sahkan terima tawaran JAD. Kadar denda kalau batal ada dalam jawapan "Batal pakej" di atas.Jawapan JAD
Akaun pembayaran atas nama JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd.
Kalau ada yang belum terjawab: soalan dielak = berhati-hati; 7 perkara JAD belum ada jawapan
Kalau ada yang belum terjawab
Ada soalan yang memang belum ada jawapan lagi. Kalau pegawai jawab "belum ada, saya check dulu", itu biasa.
Yang patut buat tuan/puan berhati-hati ialah bila soalan dielak terus.
Untuk JAD sendiri, setakat 1 Okt 2026, antara yang belum ada jawapan:
- tarikh setiap kumpulan terbang JAD 1448H (tarikh umum TH dah ada, dalam jawapan Penerbangan di atas)
- maktab PMN, dan tarikh tutup pilihan PMN
- nama pembimbing setiap kumpulan (susunannya seorang mutawwif dan seorang petugas setiap bas, maksimum 50 jemaah)
- jadual bayaran kalau rayuan lulus selepas 1 Disember 2026
- tarikh dan tempat Kursus Haji Perdana
- kalau tak cukup duit untuk bayaran kedua atau ketiga
Tanda penipuan: akaun individu, janji rayuan lulus, harga terlalu murah
Cara paling mudah nak semak dulu: cari nama syarikat dalam senarai PJH berlesen TH.
JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd ada dalam senarai 34 PJH musim 1448H, sama macam 33 syarikat lain.
Dalam siaran akhbar 7 Disember 2023, TH nasihatkan bakal haji jangan serahkan deposit sebelum terima surat tawaran. Pegang nasihat tu untuk 1448H juga.
Berhenti dulu dan tanya semula kalau:
- Tuan/puan diminta bayar ke akaun bank atas nama individu.
- Ada orang janji rayuan tuan/puan confirm lulus, atau minta deposit sebelum surat tawaran TH keluar. Tiada sesiapa boleh janjikan rayuan pasti lulus. Keputusan akhir di tangan TH.
- Ditawarkan pakej, termasuk pakej "premium", yang kononnya boleh cepatkan kelulusan haji atau rayuan. Keputusan akhir di tangan TH. Status sumber: Laporan media
- Harga jauh lebih murah daripada pasaran tanpa sebab yang munasabah. Status sumber: Laporan media
Status sumber: Brosur dan laman PJH lain 1448H, setakat 1 Okt 2026; Brosur JAD 1448H
Nak tahu "jauh lebih murah" tu berapa? Ni yang saya kumpul dari e-brosur 33 PJH 1448H, setakat 1 Okt 2026.
Skala RM0 hingga RM70,000. Semua termasuk Bayaran Haji PJH RM23,398 (angka brosur, tertakluk TH).
Hotel, tempoh dan apa yang termasuk berbeza antara syarikat; harga setakat 1 Okt 2026 dan boleh berubah.
Contoh pakej PJH lain 1448H: apa yang perlu ditanya (4 contoh)
| Contoh pakej PJH lain 1448H | Yang perlu ditanya |
|---|---|
| RM42,990 seorang, bilik berempat atau berlima (satu harga untuk kedua-dua), hotel Makkah sekitar 190 meter | Harga paling rendah yang saya jumpa |
| RM48,990, hotel Makkah sekitar 380 meter | Tulis 15 hari je di hotel tu |
| RM44,940 bilik berlima, hotel Makkah sekitar 380 meter | Aziziyahnya sekitar 650 meter ke Kompleks Jamrah (Aziziyah JAD sekitar 500 meter) |
| Al-Safwah Tower, bilik berempat: dari RM55,900 seorang (paling rendah yang saya kumpul) | Berapa hari di hotel tu? Ada yang tulis 20 hari je (RM55,990). Di JAD, hotel sama: Elite Economy RM58,900, Elite RM67,900 |
Tawaran jauh di bawah angka ni? Tanya apa yang dikurangkan, dan semak lesen syarikat tu.
Bila nama hotel sama, tanya tiga benda: berapa hari di hotel tu, berapa orang sebilik, dan apa lagi yang termasuk.
Contohnya:
- Super dan Elite JAD duduk hotel sama, dan dua-dua dapat wang saku 1,000 SAR di Makkah. Elite dapat Set Eksklusif 30/31 jenis dan kursus 2 hari 1 malam; Super dapat Set Eco 21/22 dan kursus 1 hari.
- Semua pakej JAD Fullboard, iaitu makan disediakan 3 kali sehari. Untuk Gold di Makkah dan Madinah, brosur tulis "Fullboard International".
Status sumber: Brosur JAD 1448H; set kelengkapan: senarai ibu pejabat JAD 1448H, 18 Okt 2026; poster JAD 30 Okt
Berapa malam di hotel JAD: anggaran dan cara kira
Berapa malam di hotel JAD? Pakej lebih kurang 40 hari: lebih kurang 20 malam di Makkah dan 5 hingga 8 malam di Madinah. Status sumber: Jangkaan JAD
(Aziziyah 1–15 Zulhijah dikira berasingan.)
Tepatnya ikut jadual penerbangan TH. Gold, lebih kurang 25 hari, lebih singkat. Status sumber: Jangkaan JAD
- ±20 malamdi hotel Makkah (pakej ±40 hari)
- 5–8 malamdi hotel Madinah
- ±25 hariGold, lebih singkat
Nota lapangan: laluan rayuan PJH (potensi, bukan jaminan; keputusan di tangan TH)
Satu nota dari pengalaman kami di lapangan.
Kalau mohon melalui laluan rayuan PJH, pakej yang kurang persaingan kadang-kadang membantu. Status sumber: Pengalaman lapangan pegawai pemasaran JAD
Itu potensi, bukan jaminan, dan bukan kriteria bertulis TH. Keputusan akhir tetap di tangan TH.
Pakej JAD ikut keutamaan: dekat, jimat atau singkat
Pakej JAD yang sepadan dengan setiap keadaan ada dalam pemilih "Enam keadaan" di atas.
Status sumber: Brosur JAD 1448H; poster JAD 30 Okt
Gold, selain PMN, juga termasuk tawaf dan saie awal dengan kenderaan khas. Status sumber: Brosur JAD 1448H
Gold juga ada ziarah tambahan di Madinah, dan kad perubatan untuk hospital atau klinik swasta.
Beza sepuluh pakej selain hotel
Status sumber: Brosur JAD 1448H; MyJAD: poster MyJAD JAD 1448H; set kelengkapan: senarai ibu pejabat JAD 1448H, 18 Okt 2026; status pakej: pengesahan JAD, 23 Okt 2026; poster JAD 30 Okt
Hotel bukan satu-satunya beza. Ini yang lain-lain antara pakej:
Charter maksudnya penerbangan sewa khas. Bilik Aziziyah dikongsi ikut jantina, kecuali Gold.
Wang saku di Makkah cuma ada untuk Super dan Elite (1,000 SAR), dan MyJAD Elite (500 SAR).
Semua pakej selain Gold, termasuk MyJAD, sama-sama dapat khemah biasa (di Mina, kawasan Muaisim).
Pakej-pakej ni (selain Gold) juga sama-sama dapat kereta api laju Haramain (HHR) sehala kelas ekonomi, dan makan Fullboard 3 kali sehari.
Satu contoh yang elok dibaca dua kali: Super lawan Elite. Hotel sama, wang saku sama, beza harga RM4,000. RM4,000 tu sebenarnya beli benda lain:
Lihat jadual Super lawan Elite: 6 perkara
| Perkara | Super | Elite |
|---|---|---|
| Hotel Makkah | Al Safwah Tower 1, ±60 m | Al Safwah Tower 1, ±60 m |
| Harga seorang, bilik berempat | RM63,900 | RM67,900 |
| Set kelengkapan (jenis) | Eco 21/22 | Eksklusif 30/31 |
| Kursus | 1 hari | 2 hari 1 malam |
| Kumpulan | Awal je | Awal, pertengahan atau akhir |
| Wang saku di Makkah | 1,000 SAR | 1,000 SAR |
Status sumber: Brosur JAD 1448H; Super: tawaran HQ, 23 Okt 2026; set kelengkapan: senarai ibu pejabat, 18 Okt 2026
Kenal Super JAD tahun lepas (brosur 1447H)? Hotelnya Al-Safwah juga
Super 1448H kini di Al Safwah Tower 1, sama kompleks dengan tahun lepas. Elite pun di hotel yang sama.
Safwah bukan dalam Clock Tower. Status sumber: Tawaran HQ JAD, 23 Okt 2026; brosur JAD 1447H
Surat tawaran belum sampai? Baca Cara Rayuan Haji 1448H. Semua pakej JAD sebelah-menyebelah ada di halaman pakej.
Ditulis oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Pegawai Pemasaran JAD (Bangi). Fakta TH di sini saya semak pada tarikh "dikemas kini" di atas. Kalau TH umumkan perubahan, ikut makluman TH.
Soalan lazim
Berapa harga biasa pakej haji swasta 1448H?
Ikut brosur 32 PJH lain (1 Okt 2026), pakej bilik berempat dengan hotel dalam 100 m dari Masjidil Haram bermula RM48,990. Separuh daripada pakej ni jatuh antara RM60,700 dan RM74,100. Untuk hotel 101 hingga 500 m pula, harga bermula RM42,990, dan separuh daripadanya antara RM51,200 dan RM59,700. Semua harga ni dah termasuk Bayaran Haji PJH RM23,398 yang ditolak dari akaun TH (tertakluk TH).
Macam mana nak tahu syarikat haji ni betul-betul berlesen, bukan penipu?
Buka senarai PJH berlesen di laman rasmi TH, tabunghaji.gov.my/pengelola, dan cari nama penuh syarikat tu. Tengok poster atau dengar cakap orang je tak cukup.
Bila tarikh akhir daftar pakej haji dengan PJH?
Pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026. Tarikh ini sama untuk semua PJH. Status: Pengesahan JAD, 26 Okt 2026.
Bajet terhad. Patut pilih Muassasah atau PJH?
Muassasah ialah haji yang TH urus sendiri. Kadarnya ikut kategori pendapatan isi rumah: B40 RM15,000, M40 RM23,500, T20 RM33,300. Kalau kadar tu lebih penting daripada pilihan hotel dan bilik, timbang Muassasah dulu. Laluan mana sesuai untuk siapa, saya terangkan di Beza Muassasah dan Pakej Swasta.
Mak saya dah tua dan susah nak berjalan. Apa yang paling perlu saya semak?
Check dua jarak dulu: hotel ke Masjidil Haram, dan Aziziyah ke Kompleks Jamrah. Di JAD, semua pakej yang masih dibuka (Elite Economy, Super, Elite, Classic, Silver, Gold) duduk hotel Makkah 60 hingga 80 meter. Basic Economy, Basic dan MyJAD Basic (sekitar 430 meter) dah sold out. Aziziyah sekitar 500 meter ke Kompleks Jamrah untuk semua pakej, kecuali Elite Economy, sekitar 600 meter. Di Makkah, JAD sediakan kerusi roda tapi jumlahnya terhad, dan jemaah boleh juga beli sendiri. Kalau mak dah guna kerusi roda sepanjang masa, bincang dengan saya dulu sebelum daftar. Untuk PJH lain, tanya soalan yang sama, dan tanya siapa pembimbingnya.
Lihat 6 soalan lagi
Saya dan pasangan masih bekerja, cuti pun terhad. Pakej mana yang sesuai?
Tengok tempoh pakej dan kumpulan penerbangan. Di JAD, kebanyakan pakej lebih kurang 40 hari, Gold lebih kurang 25 hari. Super kumpulan awal je. Elite Economy, Elite, Classic dan Silver ada pilihan awal, pertengahan atau akhir. Ikut jadual TH 1448H, penerbangan pertama pergi 8 April 2027 dan penerbangan pertama pulang 24 Mei 2027. Tarikh tuan/puan sendiri keluar dalam Surat Jadual Penerbangan (SJP), dijadual Februari 2027, tertakluk TH. Tunggu SJP keluar dulu, baru confirm cuti.
Khemah Maktab biasa dengan PMN, apa bezanya?
Khemah maktab biasa ialah khemah standard di Arafah dan Mina. Maktab tu kawasan khemah untuk satu kumpulan besar jemaah. Di Mina, khemah biasa jemaah Asia Tenggara terletak di kawasan Muaisim. PMN pula khemah naik taraf yang lebih dekat ke Jamrah. Di JAD, Gold dah termasuk PMN. Elite Economy, Super, Elite, Classic dan Silver boleh naik taraf PMN, RM10,000 seorang, dan JAD pastikan ada tempat bila dipilih masa mendaftar. Maktab dan gred PMN JAD 1448H belum ada. Untuk PJH lain, tanya PMN dah termasuk atau tidak, nombor maktab, gred dan harganya.
Saya mohon rayuan. Pakej JAD mana yang sesuai?
Saya cadangkan Silver atau Gold. Jemaah rayuan paling akhir dapat surat tawaran TH, dan masa tu bilik pakej lain mungkin dah penuh. Dua pakej ni di Clock Tower, dan bilik Fairmont serta Fairmont Gold sangat banyak. Tertakluk kekosongan bilik. Pakej tak menjamin rayuan lulus, keputusan tu di tangan TH. Pakej JAD lain yang masih dibuka, termasuk Super, pun boleh dipilih.
Kalau rayuan saya lulus lambat, jadual bayaran pakej macam mana?
Untuk JAD, tiada bayaran kepada JAD sebelum rayuan 1448H lulus dan tuan/puan lulus pemeriksaan kesihatan. Kalau lulus sebelum 1 Disember 2026, jadualnya sama macam jemaah lain. Deposit RM1,000 seorang, 50% baki tunai kepada JAD dua minggu lepas tu, dan baki penuh selewat-lewatnya 1 Disember 2026. Kalau lulus selepas itu, akan dimaklumkan kemudian setelah ketetapan dibuat oleh pihak syarikat. Untuk PJH lain, minta jadual ni secara bertulis.
Elite, Classic dan Silver JAD, apa bezanya selain hotel?
Ketiga-tiganya ada Set Eksklusif 30/31 jenis (lelaki/perempuan), kursus haji 2 hari 1 malam, dan pilihan kumpulan penerbangan awal, pertengahan atau akhir. Bezanya, Elite dapat wang saku 1,000 SAR di Makkah, dan bilik Aziziyah berlima atau berempat. Classic dan Silver, bilik Aziziyah berempat. Semua ni ikut brosur JAD 1448H; set kelengkapan ikut senarai ibu pejabat JAD, 18 Okt 2026.
Siapa pembimbing haji JAD 1448H? Ada ustazah untuk jemaah wanita?
Ibu pejabat JAD dah umumkan 3 PEKTA: Ustaz Haji Abu Bakar, Ustaz Haji Yahdi dan Ustaz Haji Hilmi. Mereka mengajar kursus haji dan ikut ke Tanah Suci. Untuk wanita, ada Ustazah Hajah Nony (Pembimbing Ilmu & Tadabbur) dan Ustazah Hajah Norasidah (Mutawwifah). Ustazah Hajah Norasidah ikut ke Tanah Suci. Saya pun ikut sebagai mutawwif. Satu mutawwif untuk satu bas, dan ibu pejabat JAD yang agihkan.
Panduan berkaitan
Sumber & lesen
Lihat 26 sumber yang saya rujuk
- Tawaran ibu pejabat JAD (pengesahan pegawai pemasaran JAD), 23 Okt 2026: pakej Super di Al Safwah Tower 1, ±60 m, dengan wang saku 1,000 riyal Saudi seorang di Makkah, harga Super brosur · 2026-10-23
- Iklan JAD Travel & Tours di Facebook, 3 Oktober 2026: 25 unit kerusi roda elektrik untuk Masyair (Arafah, Muzdalifah dan Mina), Haji 1448H/2027M; bilangan terhad · 2026-10-03
- Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH), Tabung Haji (senarai rasmi PJH berlesen) · 2026-09-30
- Siaran TH: penyerahan lesen kepada 33 PJH bagi musim 1448H (salinan disimpan penulis) · 2026-09-01
- Soalan Lazim Kos, Bayaran dan Bantuan Kewangan Haji 1448H, Tabung Haji (salinan disimpan penulis) · 2026-09-09
- Siaran TH: Haji 1448H, kos dan bayaran haji dikekalkan · 2026-09-09
- Soalan Lazim Rayuan Haji 1448H/2027M, Tabung Haji · 2026-09-28
- Siaran media TH: TH Buka Proses Rayuan Haji 1448H/2027M Lebih Awal Mulai 2 Oktober · 2026-09-28
- Siaran akhbar TH 7 Disember 2023 (jangan serah deposit sebelum surat tawaran) · 2023-12-07
- Brosur Pakej Haji JAD Travel & Tours 1448H · 2026-09-21
- Brosur dan laman pakej haji 1448H PJH lain, dikumpul pegawai pemasaran JAD (nama syarikat tidak disebut): harga paling rendah dan Bayaran Haji PJH dalam harga · 2026-09-29
- Borang Pengesahan Penerimaan Tawaran Haji JAD 1448H · 2026-09-22
- Nota lapangan Ustaz Zulkifli Ahmad, Pegawai Pemasaran JAD (kerusi roda, peneman warga emas) · 2026-09-24
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 30 September 2026: satu mutawwif untuk satu bas; jemaah Muassasah tidak ditawarkan naik taraf PMN · 2026-09-30
- Poster ibu pejabat JAD 1448H: 3 PEKTA dan 2 pembimbing wanita; pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 1 Oktober 2026: 3 PEKTA mengajar kursus dan ikut ke Tanah Suci, Mutawwifah ikut ke Tanah Suci, Ustaz Zulkifli ikut sebagai mutawwif 1448H · 2026-10-01
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 2 Oktober 2026: satu bas JAD membawa lebih kurang 40 jemaah musim lepas; bilik berempat atau berlima di hotel Makkah dan Madinah dikongsi ikut jantina; bayaran kedua ialah 50% daripada baki tunai kepada JAD selepas deposit, bayaran ketiga baki selebihnya, sama untuk semua deposit (contoh Basic Economy berempat, deposit RM1,000 seorang: RM15,251 dan RM15,251) · 2026-10-02
- Infografik TH: Perjalanan Haji 1448H/2027M (penerbangan pertama pergi dan pulang, wukuf, Surat Jadual Penerbangan) (salinan disimpan penulis) · 2026-09-25
- Poster HQ JAD: jadual pergerakan penerbangan awal dan lewat musim 1447H (salinan disimpan penulis) · 2026-09-22
- Portal Berita RTM: Hati-hati tawaran pakej percepat kelulusan haji · 2026-05-07
- Portal Berita RTM: Waspada tawaran pakej haji murah, elak jadi mangsa penipuan · 2025-11-30
- Pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 20 Okt 2026: seorang mutawwif dan seorang petugas setiap bas, satu bas maksimum 50 jemaah · 2026-10-20
- Laman TH Pengelola Jemaah Haji: senarai PJH musim 1448H/2027M dikemas kini, 34 syarikat berlesen (dirujuk 20 Okt 2026) · 2026-10-20
- Pengesahan JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 26 Oktober 2026: pendaftaran bersama JAD, untuk pemegang surat tawaran dan pemohon rayuan, ditutup pada 8 November 2026; tarikh sama untuk semua PJH · 2026-10-26
- Pengesahan JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 26 Oktober 2026: tempat PMN JAD dipastikan bila jemaah pilih PMN masa mendaftar; susunan khemah ikut arahan Kementerian Haji Arab Saudi · 2026-10-26
- E-brosur 32 PJH 1448H/2027M selain JAD (dokumen industri KHUP, 1 Oktober 2026): harga bilik berempat dan jarak hotel Makkah seperti dicetak; semua harga termasuk Bayaran Haji PJH RM23,398 (tertakluk TH) · 2026-10-01
- Poster pakej Elite Economy, JAD Travel & Tours 1448H (30 Oktober 2026) dan pengesahan pegawai pemasaran JAD (Ustaz Zulkifli Ahmad), 31 Oktober 2026 · 2026-10-31







